Terkini
Bentong, Mukah rekodkan cuaca panas tahap satu
Dua kawasan merekodkan status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga setakat semalam.
- Dua kawasan merekodkan status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga setakat semalam.
- Jabatan Meteorologi Malaysia (Metmalaysia) dalam kenyataan di Facebook berkata, kawasan yang merekodkan status cuaca panas tahap satu di Semenanjung ialah Bentong, Pahang.
- Katanya, di Sarawak pula, amaran cuaca panas tahap satu itu dikeluarkan bagi kawasan Mukah.
- “Status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga dikeluarkan bagi suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
Kuala Lumpur: Dua kawasan merekodkan status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga setakat semalam.
Jabatan Meteorologi Malaysia (Metmalaysia) dalam kenyataan di Facebook berkata, kawasan yang merekodkan status cuaca panas tahap satu di Semenanjung ialah Bentong, Pahang.
Katanya, di Sarawak pula, amaran cuaca panas tahap satu itu dikeluarkan bagi kawasan Mukah.
“Tiada kawasan di Sabah yang merekodkan cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga.
“Status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga dikeluarkan bagi suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
“Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang awam boleh rujuk https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ ,” katanya.
Sumber: Harian Metro
You must be logged in to post a comment Login