Connect with us

Antarabangsa

Kira-kira 100 maut akibat cuaca panas melampau di India

Kira-kira 100 orang maut dalam tempoh tiga hari lalu disebabkan oleh cuaca panas di beberapa kawasan India.

Wartawan TMT

Published

on

Kira-kira 100 maut akibat cuaca panas melampau di India
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kira-kira 100 orang maut dalam tempoh tiga hari lalu disebabkan oleh cuaca panas di beberapa kawasan India.
  • Kebanyakan kematian dilaporkan berlaku di kawasan utara di Uttar Pradesh, dengan 54 kematian sejak Khamis.
  • Seramai 44 orang meninggal dalam tempoh 24 jam, menurut laporan laman sesawang India Today.
  • Sebanyak 23 pesakit meninggal pada Khamis, 20 pada Jumaat, dan 11 pada Sabtu di hospital daerah Ballia, Uttar Pradesh, manakala 400 orang lagi dirawat di hospital disebabkan masalah kesihatan berkaitan cuaca panas.
  • Suhu mencecah sekitar 40 darjah Celsius di kebanyakan kawasan Uttar Pradesh, dengan beberapa daerah mencatatkan suhu melebihi 44 darjah Celsius.

NEW DELHI: Kira-kira 100 orang maut dalam tempoh tiga hari lalu disebabkan oleh cuaca panas di beberapa kawasan India.

Kebanyakan kematian dilaporkan berlaku di kawasan utara di Uttar Pradesh, dengan 54 kematian sejak Khamis.

Di Bihar, seramai 44 orang meninggal dalam tempoh 24 jam, menurut laporan laman sesawang India Today.

Sebanyak 23 pesakit meninggal pada Khamis, 20 pada Jumaat, dan 11 pada Sabtu di hospital daerah Ballia, Uttar Pradesh, manakala 400 orang lagi dirawat di hospital disebabkan masalah kesihatan berkaitan cuaca panas.

“Terdapat kepadatan yang begitu tinggi di hospital daerah, dan orang ramai terpaksa mendukung pesakit ke wad kecemasan,” menurut laporan dalam talian NDTV.

Suhu mencecah sekitar 40 darjah Celsius di kebanyakan kawasan Uttar Pradesh pada Ahad, dengan beberapa daerah mencatatkan suhu melebihi 44 darjah Celsius.

Suhu panas melampau di beberapa tempat termasuk Delhi, Rajasthan, dan Haryana, mencapai suhu sekitar 40 darjah Celsius pada Mei dan Jun.

Advertisement

Sumber: Berita Harian

Author

Antarabangsa

Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tawanan Israel, Yarden Peepas.
  • Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
  • Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
  • “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
  • Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
  • Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.

“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.

Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.

Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times

Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending