Antarabangsa
60,000 kematian direkodkan akibat cuaca panas melampau – WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menekankan ‘keperluan terdesak dan mendesak’ untuk menangani krisis iklim, dengan 60,000 kematian direkodkan di Eropah tahun lalu akibat cuaca panas melampau.

- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menekankan ‘keperluan terdesak dan mendesak’ untuk menangani krisis iklim, dengan 60,000 kematian direkodkan di Eropah tahun lalu akibat cuaca panas melampau.
- Pengarah Serantau WHO untuk Eropah, Hans Kluge, berkata jumlah kematian akibat panas melampau ‘dijangka meningkat dari tahun ke tahun’.
- Beliau juga menggesa orang ramai supaya sentiasa menyemak laporan cuaca, mengikuti garis panduan tempatan dan mengetahui risiko kesihatan berkaitan cuaca daripada sumber yang sahih.
- “Zon bahaya semasa, termasuk di selatan dan timur Eropah. Selain menyesuaikan diri dengan realiti baharu musim panas ini, kita perlu melihat tahun dan dekad yang akan datang. Terdapat keperluan terdesak dan mendesak untuk tindakan serantau dan global bagi menangani krisis iklim secara berkesan kerana ia berupaya memberi ancaman kepada manusia,” katanya semalam.
COPENHAGEN: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menekankan ‘keperluan terdesak dan mendesak’ untuk menangani krisis iklim, dengan 60,000 kematian direkodkan di Eropah tahun lalu akibat cuaca panas melampau.
Pengarah Serantau WHO untuk Eropah, Hans Kluge, berkata jumlah kematian akibat panas melampau ‘dijangka meningkat dari tahun ke tahun’.
Beliau juga menggesa orang ramai supaya sentiasa menyemak laporan cuaca, mengikuti garis panduan tempatan dan mengetahui risiko kesihatan berkaitan cuaca daripada sumber yang sahih.
“Zon bahaya semasa, termasuk di selatan dan timur Eropah.
“Selain menyesuaikan diri dengan realiti baharu musim panas ini, kita perlu melihat tahun dan dekad yang akan datang. Terdapat keperluan terdesak dan mendesak untuk tindakan serantau dan global bagi menangani krisis iklim secara berkesan kerana ia berupaya memberi ancaman kepada manusia,” katanya semalam.
Dalam jangka masa panjang, Kluge percaya pengadaptasian Deklarasi Budapest yang mengutamakan tindakan segera dan meluas terhadap cabaran kesihatan berkaitan dengan perubahan iklim sejak awal bulan ini akan memakan masa yang panjang bagi menangani ‘kesan terburuk perubahan iklim terhadap kesihatan dan sistem kesihatan’.
Beliau turut percaya deklarasi itu akan menggerakkan pembabitan golongan muda kerana mereka benar-benar terkait dalam isu iklim yang kini diwarisi dan sering tampil dengan idea dan penyelesaian.
“Tindakan terhadap perubahan iklim tidak boleh disandarkan kepada kerajaan atau parti politik tertentu, ia wajar menjadi isu bukan partisan yang diperjuangkan oleh semua pihak dalam spektrum politik,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Antarabangsa
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS
Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.
Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima.
“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.
“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).
“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.
Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.
“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.
Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.
Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.
Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times
Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine
View this post on Instagram
-
Terkini2 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini22 hours ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Terkini2 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN
-
Terkini2 days ago
DBKL tarik balik larangan jual arak