Connect with us

Terkini

Belanda sedia bantu Melaka tambah baik tarikan di Muzium Stadthuys

Duta Besar Belanda ke Malaysia Jacques Werner bersedia membantu kerajaan Melaka menambah baik tarikan dan acara di Muzium Stadthuys.

Wartawan TMT

Published

on

Belanda sedia bantu Melaka tambah baik tarikan di Muzium Stadthuys
Foto: Duta Besar Belanda, Jacques Werner.
  • Duta Besar Belanda ke Malaysia Jacques Werner bersedia membantu kerajaan Melaka menambah baik tarikan dan acara di Muzium Stadthuys.
  • Selain berkongsi pengalaman, ilmu dan kepakarannya, beliau juga akan menghubungi mana-mana institusi atau individu yang boleh membantu usaha itu.
  • “Kami akan cuba membantu kerajaan negeri membantu menambah baik apa yang sudah ada di Melaka, termasuk memulangkan mana-mana peninggalan bersejarah Melaka yang diambil semasa situasi perang.
  • “Pastinya ia bukan hak saya untuk putuskan… tetapi saya akan cuba jika saya boleh hubungi orang atau institusi yang sudi berkongsi koleksi mereka, memandangkan saya lihat adanya keinginan yang besar untuk mendapatkan lebih banyak artifak daripada Belanda untuk muzium ini (Stadthuys),” katanya kepada media ketika ditemui di majlis penutup bengkel pameran di bangunan itu di sini semalam.

MELAKA: Duta Besar Belanda ke Malaysia Jacques Werner bersedia membantu kerajaan Melaka menambah baik tarikan dan acara di Muzium Stadthuys.

Selain berkongsi pengalaman, ilmu dan kepakarannya, beliau juga akan menghubungi mana-mana institusi atau individu yang boleh membantu usaha itu.

“Kami akan cuba membantu kerajaan negeri membantu menambah baik apa yang sudah ada di Melaka, termasuk memulangkan mana-mana peninggalan bersejarah Melaka yang diambil semasa situasi perang.

“Pastinya ia bukan hak saya untuk putuskan… tetapi saya akan cuba jika saya boleh hubungi orang atau institusi yang sudi berkongsi koleksi mereka, memandangkan saya lihat adanya keinginan yang besar untuk mendapatkan lebih banyak artifak daripada Belanda untuk muzium ini (Stadthuys),” katanya kepada media ketika ditemui di majlis penutup bengkel pameran di bangunan itu di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan, Seni dan Kebudayaan Datuk Zaidi Attan dan Pengerusi Perbadanan Muzium Melaka Datuk Akramuddin Abdul Aziz.

Menyambut baik hasrat Werner itu, Zaidi berkata kerajaan negeri berharap kerjasama daripada kedutaan Belanda itu akan dapat meningkatkan perkongsian dan pertukaran ilmu, kepakaran, malah artifak, yang sekali gus akan menambah baik kualiti muzium berkenaan.

Katanya, meskipun belum ada perbincangan mengenai usaha membawa pulang artifak atau manuskrip Melaka di Belanda, ia perlu diteliti dari pelbagai aspek dan usaha perlu dilaksanakan ke arah itu. – BERNAMA

Sumber: BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Tidak boleh tolak permohonan pasport kerana pemohon gagal kuasai bahasa Melayu – KP Imigresen

Pegawai imigresen tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan, menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh bagaimanapun berkata dalam melaksanakan tanggungjawab, pegawai-pegawai imigresen akan melakukan semakan rawak dari pelbagai aspek bagi mengesahkan permohonan.
  • Menurutnya, semakan itu perlu dilakukan secara profesional dan berhemah.
  • “Jabatan Imigresen komited dalam memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan dan sentiasa mengingatkan semua pegawai menyantuni pelanggan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan jabatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
  • Satu hantaran menerusi Facebook sebelum ini tular, mengenai kekecewaan seorang lelaki tidak dapat memperbaharui pasport ibunya kerana tidak boleh berbahasa Melayu di UTC Pulau Pinang.

PUTRAJAYA — Pegawai imigresen tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan, menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh.

Bagaimanapun, beliau berkata dalam melaksanakan tanggungjawab, pegawai-pegawai imigresen akan melakukan semakan rawak dari pelbagai aspek bagi mengesahkan permohonan.

Namun, menurutnya semakan itu perlu dilakukan secara profesional dan berhemah.

“Jabatan Imigresen komited dalam memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan dan sentiasa mengingatkan semua pegawai untuk menyantuni pelanggan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan jabatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular satu hantaran menerusi laman Facebook mengenai kekecewaan seorang lelaki tidak dapat memperbaharui pasport ibunya kerana tidak boleh berbahasa Melayu di UTC Pulau Pinang.

Ruslin memaklumkan pelanggan berkenaan telah dapat memperbaharui pasport dan mengambilnya di Pejabat UTC Pulau Pinang pada Isnin lalu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending