Connect with us

Antarabangsa

Mahkamah Belanda arah kerajaannya henti salur alat ganti jet pejuang F-35 ke Israel

Mahkamah Belanda mengarahkan kerajaannya menghentikan penghantaran alat ganti jet pejuang F-35 digunakan Israel dalam operasi pengebomannya di wilayah Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Mahkamah Belanda mengarahkan kerajaannya menghentikan penghantaran alat ganti jet pejuang F-35 digunakan Israel dalam operasi pengebomannya di wilayah Gaza.
  • Dalam keputusan yang disampaikan mahkamah rayuan semalam menyatakan terdapat “risiko jelas” bahawa alat ganti yang dieksport Belanda itu digunakan dalam situasi yang  melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
  • Sebagai tindak balas kepada keputusan itu, kerajaan Belanda akan membuat rayuan di Mahkamah Agung dengan alasan alat ganti itu penting bagi Israel untuk melindungi dirinya daripada ancaman serantau, contohnya dari Iran, Yaman, Syria dan Lubnan.

Mahkamah Belanda mengarahkan kerajaannya menghentikan penghantaran alat ganti jet pejuang F-35 digunakan Israel dalam operasi pengebomannya di wilayah Gaza.

Dalam keputusan yang disampaikan mahkamah rayuan semalam menyatakan terdapat “risiko jelas” bahawa alat ganti yang dieksport Belanda itu digunakan dalam situasi yang  melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Jelas mahkamah, Israel berkemungkinan menggunakan F-35 nya dalam serangan ke atas Gaza, yang membawa kepada angka korban jiwa yang tidak boleh diterima.

Sebagai tindak balas kepada keputusan itu, kerajaan Belanda akan membuat rayuan di Mahkamah Agung dengan alasan alat ganti itu penting bagi Israel untuk melindungi dirinya daripada ancaman serantau, contohnya dari Iran, Yaman, Syria dan Lubnan.

Keputusan semalam merupakan rayuan susulan Amnesty International dan Oxfam terhadap keputusan mahkamah rendah tahun lalu yang menolak hujah mereka bahawa membekalkan alat ganti itu membawa kepada dakwaan “menyumbang pelanggaran undang-undang kemanusiaan secara besar-besaran dan serius oleh Israel di Gaza.”

Organisasi hak asasi manusia sebelum ini menuduh kerajaan negara itu terlibat dalam jenayah perang dengan meneruskan penghantaran tersebut.

Kementerian Kesihatan Gaza pada Isnin berkata sekurang-kurangnya 28,340 orang terbunuh dan 67,984 orang cedera di wilayah terkepung itu sepanjang peperangan, termasuk 164 dalam tempoh 24 jam yang lalu. – The Mereka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending