Connect with us

Terkini

60,000 remaja di Malaysia dikenalpasti terjebak penyalahgunaan dadah

Seramai 60,000 remaja di negara ini dikenal pasti terjebak dalam kegiatan penyalahgunaan dadah manakala kira-kira 106,000 lagi memiliki sejarah pengambilan barangan terlarang itu.

Wartawan TMT

Published

on

60,000 remaja di Malaysia dikenalpasti terjebak penyalahgunaan dadah
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seramai 60,000 remaja di negara ini dikenal pasti terjebak dalam kegiatan penyalahgunaan dadah manakala kira-kira 106,000 lagi memiliki sejarah pengambilan barangan terlarang itu.
  • Data itu didedahkan dalam laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2022 oleh Institut Kesihatan Awam (IKU) Kementerian Kesihatan (KKM).
  • NHMS 2022 antara lain mendedahkan tiga daripada empat remaja berusia antara 13 hingga 17 tahun yang pernah terjebak dalam kegiatan itu, mula mengambil dadah seawal usia 14 tahun.
  • Penemuan sama turut menggariskan keperluan mendesak bagi intervensi awal, program pendidikan dan rangkaian sokongan untuk mencegah risiko ketagihan dadah dalam kalangan remaja.

KUALA LUMPUR: Seramai 60,000 remaja di negara ini dikenal pasti terjebak dalam kegiatan penyalahgunaan dadah manakala kira-kira 106,000 lagi memiliki sejarah pengambilan barangan terlarang itu.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Data itu didedahkan dalam laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2022 oleh Institut Kesihatan Awam (IKU) Kementerian Kesihatan (KKM).

Ia menjadikan pelajar berusia 13 hingga 17 tahun sebagai responden bagi mengenal pasti tingkah laku dan trend kesihatan remaja dengan tinjauan itu dilaksanakan antara 12 Jun hingga 8 Julai 2022.

NHMS 2022 antara lain mendedahkan tiga daripada empat remaja berusia antara 13 hingga 17 tahun yang pernah terjebak dalam kegiatan itu, mula mengambil dadah seawal usia 14 tahun.

Laporan bertajuk` Tinjauan Kesihatan Remaja’ itu turut mendedahkan responden kajian berkenaan menggunakan pelbagai jenis dadah.

Penemuan sama turut menggariskan keperluan mendesak bagi intervensi awal, program pendidikan dan rangkaian sokongan untuk mencegah risiko ketagihan dadah dalam kalangan remaja.

Tinjauan sama mendapati sebanyak 2.8 peratus responden mengakui pernah menggunakan inhalan seperti gam dan cat, manakala ketum (2.3 peratus).

Selain itu, sebanyak 1.1 peratus responden dikenal pasti pernah menghisap ganja sekurang-kurangnya sekali, manakala satu peratus mengakui pernah menggunakan amphetamina dan syabu.

Laporan sama turut mendedahkan 38.4 peratus responden membeli dadah secara terus daripada seseorang, manakala 23.1 peratus lagi meminta pihak lain untuk membelikan barangan terlarang itu.

Sebanyak 13.9 peratus responden pula dikenal pasti mendapat akses kepada dadah menerusi rakannya, selain 9.7 peratus lagi memaklumkan menggunakan akses lain bagi mendapatkan bekalan terbabit.

Lebih membimbangkan apabila 14.9 peratus responden mengakui melakukan kegiatan mencuri sebagai akses kepada modal untuk membeli dadah.

Sementara itu, hasil tinjauan turut mendedahkan satu daripada lima responden dikenal pasti mengambil minuman keras, sekurang-kurangnya sekali, manakala hampir tujuh peratus lagi dikesan masih mengambil arak.

Sebanyak 65 peratus daripada responden yang mengambil minuman keras itu dikenal pasti mula terjebak kegiatan itu pada usia 14 tahun. Laporan sama turut mendedahkan seramai 25 peratus daripada responden berkenaan dikesan pernah mabuk.

Perincian kajian mendapati, 55 peratus daripada remaja yang mengambil minum keras mendapat akses daripada keluarga masing-masing, manakala 19 peratus lagi membelinya dari kedai dan 13 peratus mendapat bekalan daripada rakan.

Sebanyak 73 peratus responden itu dikenal pasti memiliki ibu bapa yang mengambil alkohol, manakala 86 peratus pula memiliki rakan yang minum arak.

Peratusan pengambilan alkohol dalam kalangan remaja menunjukkan pola naik turun dengan 8.9 peratus direkodkan pada 2012 dan meningkat kepada 10.2 peratus pada 2017, sebelum menurun kepada 7.4 peratus, tahun lalu.

Sumber: Berita Harian

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai

Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Hidayah Sani

Published

on

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai
Foto: Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral.
  • Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp)  membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.
  • Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan  pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.
  • “Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.
  • “Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

KUALA LUMPUR — Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata anugerah itu berjaya mewujudkan perspektif kecemerlangan dengan mencapai satu tanda aras kualiti tinggi.

Beliau berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.

“Sepertimana tahun-tahun sebelum ini, SME Corp. Malaysia akan menjemput PMKS yang layak untuk menyertai Anugerah E50 pada tahun ini, iaitu syarikat-syarikat yang telah menerima penarafan 4-Bintang dan 5-Bintang di bawah Program Penarafan Daya Saing PKS untuk Peningkatan atau SCORE.

“Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.

“Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick yang turut mengucapkan syabas ke atas SME Corp. Malaysia kerana berjaya menganjurkan program itu secara berterusan sejak 1997.

Bagi tahun ini, syarikat ingin menyertainya perlu mengemukakan pencalonan mereka secara dalam talian melalui Sistem Bersepadu Penarafan Insentif PMKS (MyBPI) sebelum tarikh tutup pada 30 Jun 2024.

Syarat kelayakan Anugerah E50 adalah memenuhi definisi PMKS dan diperbadankan di Malaysia dengan sekurang-kurangnya 40 peratus ekuiti tempatan; mendapat penarafan empat dan lima bintang di bawah SCORE; tidak disenaraikan di Bursa Malaysia; mempunyai penyata kewangan beraudit tiga tahun terkini dan anak syarikat tidak layak jika syarikat induk mengambil bahagian.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Anugerah E50, boleh layari laman sesawang www.e50.com.my. — The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending