Connect with us

Antarabangsa

YouTuber antara tiga rakyat Britain ditahan Taliban di Afghanistan

Jurucakap Presidium Network, Scott Richards mengesahkan penahanan tiga individu itu di Twitter, kelmarin, selepas berhubung dengan keluarga mangsa.

Wartawan TMT

Published

on

YouTuber antara tiga rakyat Britain ditahan Taliban di Afghanistan
Foto: YouTuber, Miles Routledge (kanan).
  • Seorang YouTuber antara tiga rakyat Britain ditahan Taliban di Afghanistan.
  • Jurucakap Presidium Network, Scott Richards mengesahkan penahanan tiga individu itu di Twitter, kelmarin, selepas berhubung dengan keluarga mangsa.
  • “Kami percaya mereka berada dalam keadaan sihat dan dilayan dengan baik.
  • Kami tidak mempunyai sebab untuk mempercayai mereka tertakluk kepada sebarang layanan negatif seperti penyeksaan dan kami diberitahu mereka boleh dijangkakan dalam keadaan sedemikian,” katanya kepada Sky News.
  • Katanya, seorang daripada mereka ialah YouTuber serta seorang lagi didakwa sebagai pelancong, dipercayai ditahan Taliban sejak Januari lalu.
  • Kumpulan itu turut menggesa Taliban mempertimbangkan perkara itu sebagai salah faham dan membebaskan mangsa.

Kabul: Seorang YouTuber antara tiga rakyat Britain ditahan Taliban di Afghanistan.

Jurucakap Presidium Network, Scott Richards mengesahkan penahanan tiga individu itu di Twitter, kelmarin, selepas berhubung dengan keluarga mangsa.

Katanya, seorang daripada mereka ialah YouTuber, Miles Routledge, 23, serta seorang lagi didakwa sebagai pelancong, dipercayai ditahan Taliban sejak Januari lalu.

“Kami percaya mereka berada dalam keadaan sihat dan dilayan dengan baik.

“Kami tidak mempunyai sebab untuk mempercayai mereka tertakluk kepada sebarang layanan negatif seperti penyeksaan dan kami diberitahu mereka boleh dijangkakan dalam keadaan sedemikian,” katanya kepada Sky News.

Kumpulan itu turut menggesa Taliban untuk mempertimbangkan perkara itu sebagai salah faham dan membebaskan mangsa.

Sementara itu, Kementerian Luar Britain berkata, pihaknya akan membantu keluarga mengharungi cabaran ini.

“Kami bekerja keras untuk mendapatkan hubungan konsular dengan warga Britain yang ditahan di Afghanistan, malah kami membantu keluarga mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Laporan media menamakan mangsa, doktor, Kevin Cornwell, 53, pengurus hotel yang tidak dinamakan untuk pekerja bantuan dan bintang YouTube, Routledge yang popular dengan saluran Lord Miles.

Tujuh bulan lalu, saluran itu menyiarkan video dengan keterangan ‘Saya pergi menembak dengan Taliban’.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Universiti UK henti hubungan dengan syarikat senjata Israel

Sebuah universiti di United Kingdom (UK) menghentikan pelaburannya kepada pengeluar senjata api yang berkaitan dengan Israel akibat tekanan berpanjangan pelajar dan kakitangannya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sebuah universiti di United Kingdom (UK) menghentikan pelaburannya kepada pengeluar senjata api yang berkaitan dengan Israel akibat tekanan berpanjangan pelajar dan kakitangannya.
  • The University of York mengesahkan ia berlepas diri daripada syarikat senjata api yang dikaitkan dengan Israel berikutan protes, perhimpunan, perarakan dan tindakan daripada gabungan yang diketuai pelajar institusi berkenaan.
  • Kempen Solidariti Palestin (PSC), organisasi UK terbesar memperjuangkan hak rakyat Palestin, dan Persatuan Solidariti Palestin Universiti York mengumumkan berita itu minggu lalu dalam hantaran Instagram.
  • “Selepas bantahan berpanjangan, perhimpunan, perarakan dan tindakan langsung oleh pelajar, Universiti York terpaksa melakukan pelepasan sepenuhnya daripada pengeluar senjata dan persenjataan dan mengumumkannya melalui kenyataan awam pada 11 April 2024,” kata hantaran itu dipetik The New Arab.
  • Mereka menegaskan akan terus berkempen untuk memastikan pihak universiti dipertanggungjawabkan dan terus menyeru diadakan gencatan senjata di Gaza.

Sebuah universiti di United Kingdom (UK) menghentikan pelaburannya kepada pengeluar senjata api yang berkaitan dengan Israel akibat tekanan berpanjangan pelajar dan kakitangannya.

The University of York mengesahkan ia berlepas diri daripada syarikat senjata api yang dikaitkan dengan Israel berikutan protes, perhimpunan, perarakan dan tindakan daripada gabungan diketuai pelajar institusi berkenaan.

Kempen Solidariti Palestin (PSC), organisasi UK terbesar memperjuangkan hak rakyat Palestin, dan Persatuan Solidariti Palestin Universiti York mengumumkan berita itu minggu lalu dalam hantaran Instagram dipetik The New Arab.

“Selepas bantahan berpanjangan, perhimpunan, perarakan dan tindakan langsung oleh pelajar, Universiti York terpaksa melakukan pelepasan sepenuhnya daripada pengeluar senjata dan persenjataan dan mengumumkannya melalui kenyataan awam pada 11 April 2024,” kata hantaran itu.

Mereka menegaskan akan terus berkempen untuk memastikan pihak universiti dipertanggungjawabkan dan terus menyeru diadakan gencatan senjata di Gaza.

Menurut kajian PSC, kebebasan perolehan maklumat mendedahkan universiti itu melabur £33,251 ke dalam dua syarikat teknologi, Cisco Systems dan Smiths Group.

PSC berkata teknologi reka bentuk Cisco digunakan Israel untuk memudahkan pendudukannya di wilayah Palestin. 

Smiths Group pula memohon 32 lesen eksport senjata ke Israel daripada kerajaan British dan membekalkan banyak komponen program F-35 Lightning, yang digunakan Israel dalam serangan ke atas Gaza pada 2021. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending