Connect with us

Antarabangsa

Tentera Israel terus serbu Al-Aqsa menjelang akhir Ramadan

Masyarakat antarabangsa digesa untuk menghalang peningkatan aktiviti ‘berbahaya’ Israel di Baitulmaqdis yang kini berdepan lonjakan kes keganasan dan tangkapan.

Wartawan TMT

Published

on

Tentera Israel terus serbu Al-Aqsa menjelang akhir Ramadan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Masyarakat antarabangsa digesa untuk menghalang peningkatan aktiviti ‘berbahaya’ Israel di Baitulmaqdis yang kini berdepan lonjakan kes keganasan dan tangkapan.
  • Rayuan dibuat Menteri Hal Ehwal Baitulmaqdis, Fadi Al-Hadmi, ketika tentera dan polis Israel meningkatkan pencerobohan ke dalam Masjid Al-Aqsa, dua hari sebelum Ramadan berakhir, selain terus menahan rakyat Palestin di Baitulmaqdis Timur dan Tebing Barat.
  • Sumber Palestin berkata, pihak berkuasa Israel menahan 13 individu ketika Subuh pada Rabu lalu seterusnya pada sebelah petang ramai anggota polis dan pengawal sempadan Israel menyerbu halaman ‘Dome of the Rock’ di Masjid Al-Aqsa untuk menanggalkan bendera Palestin buat kali kedua pada hari berkenaan.
  • “Tentera Israel pada mulanya menyerbu masjid ketika Subuh, menanggalkan dan merampas sepanduk yang tergantung pada tiang.”
  • “Bagaimanapun, tindakan itu gagal menurunkan bendera Palestin, menyebabkan pihak berkuasa Israel kembali menyerbu masjid dan menggunakan tangga untuk merampasnya (bendera),” kata sumber itu.

RAMALLAH: Masyarakat antarabangsa digesa untuk menghalang peningkatan aktiviti ‘berbahaya’ Israel di Baitulmaqdis yang kini berdepan lonjakan kes keganasan dan tangkapan.

Rayuan dibuat Menteri Hal Ehwal Baitulmaqdis, Fadi Al-Hadmi, ketika tentera dan polis Israel meningkatkan pencerobohan ke dalam Masjid Al-Aqsa, dua hari sebelum Ramadan berakhir, selain terus menahan rakyat Palestin di Baitulmaqdis Timur dan Tebing Barat.

Sumber Palestin berkata, pihak berkuasa Israel menahan 13 individu ketika Subuh pada Rabu lalu seterusnya pada sebelah petang ramai anggota polis dan pengawal sempadan Israel menyerbu halaman ‘Dome of the Rock’ di Masjid Al-Aqsa untuk menanggalkan bendera Palestin buat kali kedua pada hari berkenaan.

“Tentera Israel pada mulanya menyerbu masjid ketika Subuh, menanggalkan dan merampas sepanduk yang tergantung pada tiang.

“Bagaimanapun, tindakan itu gagal menurunkan bendera Palestin, menyebabkan pihak berkuasa Israel kembali menyerbu masjid dan menggunakan tangga untuk merampasnya (bendera),” kata sumber itu.

Fadi mengecam perkembangan yang berlaku di Baitulmaqdis sejak beberapa minggu lalu, terutama serangan terhadap jemaah dan sekatan solat di Masjid Al-Aqsa ketika Ramadan dan di ‘Gereja Holy Sepulcher’ ketika ‘Holy Friday’.

“Polis dengan kejam menyerang jemaah di Masjid Al-Aqsa dan mengenakan sekatan terhadap kemasukan mereka bagi membuka jalan kepada pencerobohan peneroka ke dalam masjid.

“Mereka juga menyerang peserta dalam perayaan Holy Friday dan menghalang sejumlah besar daripadanya sampai ke Gereja Holy Sepulchre,” katanya.

Menteri itu juga memberi amaran rancangan penempatan yang meluas sedang dirangka dalam pelbagai jawatankuasa Israel.

Beliau merujuk rancangan untuk merobohkan puluhan pertubuhan komersial di kejiranan Wadi Al-Joz untuk melaksanakan apa yang digelar rancangan Lembah Silikon, selain membina ratusan unit penempatan di tanah Palestin di bandar itu.

“Sekali lagi, perkembangan terkini di kota Baitulmaqdis yang diduduki membuktikan tanpa sebarang keraguan pendudukan adalah punca konflik di bandar itu dan keganasan serta pelanggaran peneroka memburukkan lagi konflik ini.

“Keselamatan dan kestabilan yang diinginkan di bandar ini akan dicapai jika pendudukan dihentikan,” katanya.

Kenyataan Fadi itu dibuat ketika Ketua Jawatankuasa Tinggi Presiden Hal Ehwal Gereja di Palestin, Ramzi Khoury, menyeru gereja Kristian di seluruh dunia untuk memberi tekanan kepada pihak berkuasa Israel bagi menamatkan pencerobohan. – AGENSI

Sumber: Berita Harian

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending