Connect with us

Terkini

(VIDEO) Tanpa UMNO-BN, PH masih ada majoriti – KJ

Tanpa UMNO dan Barisan Nasional (BN), Perdana Menteri masih mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Wartawan TMT

Published

on

Tanpa UMNO-BN, PH masih ada majoriti – KJ
Foto: Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (tengah).
  • Tanpa UMNO dan Barisan Nasional (BN), Perdana Menteri masih mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.
  • Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, berdasarkan angka itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya boleh menolak permainan politik Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
  • Tegasnya, Anwar semestinya tahu harga politik yang perlu dibayar sekiranya diketahui bahawa beliau telah memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong supaya memberi pengampunan kepada Najib.
  • “Tolak BN, masih lagi ada majoriti, masih ada 118 kerusi. Jadi adakah ini masa PMX (PM ke-10) mengatakan bahawa cukuplah…enough is enough?,” katanya.

KUALA LUMPUR: Tanpa UMNO dan Barisan Nasional (BN), Perdana Menteri masih mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, berdasarkan angka itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya boleh menolak permainan politik Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, ia termasuklah berkaitan pengampunan diraja untuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Tegasnya, Anwar semestinya tahu harga politik yang perlu dibayar sekiranya diketahui bahawa beliau telah memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong supaya memberi pengampunan kepada Najib.

“Saya nak jadi budak nakal sikit. Sekarang ini Perdana Menteri sudah ada sokongan daripada Sabah dan Sarawak.

“Tolak BN, masih lagi ada majoriti, masih ada 118 kerusi. Jadi adakah ini masa PMX (PM ke-10) mengatakan bahawa cukuplah…enough is enough?

“Saya tidak mahu jadi tebusan kepada politik Zahid di mana segala-galanya terpaksa dihalalkan, segala-galanya terpaksa diputihkan.

“Jadi saya put my foot down, sebab bagi saya, you do the crime, you serve the time…dan saya cukup tanpa UMNO dan BN,” katanya.

Tambahnya, sebelum ini Pakatan Harapan (PH) menggunakan alasan terpaksa terima Ahmad Zahid, terpaksa terima ‘perangai’ UMNO kerana enggan kerajaan jatuh kepada Perikatan Nasional (PN).

Begitupun, tegas Khairy, berdasarkan kira-kira kerusi Parlimen, Anwar sebenarnya masih mempunyai majoriti sokongan, meskipun tanpa UMNO dan BN.

Beliau berkata demikian dalam siaran podcast ‘Keluar Sekejap’ yang turut menampilkan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan.

Walau bagaimanapun, Shahril tidak senada dengan Khairy apabila beliau berpendapat bahawa Anwar akan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk memberi pengampunan kepada Najib.

Menurutnya, sekiranya UMNO tahu Perdana Menteri tidak menyokong usul tersebut, parti itu pasti tidak akan berdiam diri.

Sumber: Astro Awani 

Author

Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending