Connect with us

Terkini

Sesi berbuka puasa bertukar tragedi, rumah hangus dijilat api

Enam sekeluarga tidak sempat menjamah juadah berbuka puasa apabila rumah papan yang didiami mereka terbakar dalam kejadian di Kampung Kebun Baru, Batu 10, Telok Panglima Garang, di sini, petang semalam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Sesi berbuka puasa bertukar tragedi, rumah hangus dijilat api
Foto: Sebuah rumah di Kampung Kebun Baru, Batu 10, Telok Panglima Garang, hampir musnah sepenuhnya dalam kebakaran.
  • Enam sekeluarga tidak sempat menjamah juadah berbuka puasa apabila rumah papan yang didiami mereka terbakar dalam kejadian di Kampung Kebun Baru, Batu 10, Telok Panglima Garang, di sini, petang semalam.
  • Semua mangsa terdiri daripada dua wanita dewasa berusia antara 40 tahun dan 60 tahun serta empat kanak-kanak lelaki, berusia 12 tahun ke bawah sempat keluar menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
  • “Bomba difahamkan ketika kejadian, mereka sekeluarga sedang membuat persediaan untuk berbuka puasa.
  • “Apabila menyedari rumah terbakar, mereka keluar menyelamatkan diri bersama dokumen pengenalan diri sahaja, lain-lain hangus terbakar, termasuk baju raya,” katanya.

KUALA LANGAT: Enam sekeluarga tidak sempat menjamah juadah berbuka puasa apabila rumah papan yang didiami mereka terbakar dalam kejadian di Kampung Kebun Baru, Batu 10, Telok Panglima Garang, di sini, petang semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.15 petang dan tiba di lokasi pada jam 6.24 petang.

“Kebakaran membabitkan sebuah rumah di kelas C, berkeluasan 20 x 20 kaki persegi yang terbakar sebanyak 95 peratus.

“Sebuah kereta turut terbakar 100 peratus. Kebakaran berjaya dikawal pada jam 6.28 petang,” katanya.

Morni berkata, semua mangsa terdiri daripada dua wanita dewasa berusia antara 40 tahun dan 60 tahun serta empat kanak-kanak lelaki, berusia 12 tahun ke bawah sempat keluar menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Bomba difahamkan ketika kejadian, mereka sekeluarga sedang membuat persediaan untuk berbuka puasa.

“Apabila menyedari rumah terbakar, mereka keluar menyelamatkan diri bersama dokumen pengenalan diri sahaja, lain-lain hangus terbakar, termasuk baju raya,” katanya.

Beliau berkata, operasi memadamkan kebakaran dijalankan oleh pegawai serta anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Telok Panglima Garang, BBP Banting dan BBP Andalas.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *