Terkini
Peluk Islam kerana tertarik dengan cara hidup muslim – Penerjun muda negara
Penerjun muda negara, Nur Eilisha Rania Muhammad Abrar Raj mengakui memilih Islam sebagai cara hidup selepas tertarik dengan cara penganutnya mengamalkan ajaran agama berkenaan.
- Penerjun muda negara, Nur Eilisha Rania Muhammad Abrar Raj mengakui memilih Islam sebagai cara hidup selepas tertarik dengan cara penganutnya mengamalkan ajaran agama berkenaan
- Niat untuk memeluk islam tatkala dia mencuba mengikut amalan yang dilakukan oleh rakan-rakan muslimnya.
- Hasratnya untuk berpindah agama pada usia 13 tahun disokong oleh ibu bapanya yang terlebih dahulu memeluk agama Islam.
- “Saya tertarik dengan agama Islam kerana saya percaya bahawa tuhan itu satu dan tiada tuhan selain Allah. Saya mula minat dengan agama Islam ketika usia tujuh tahun apabila bergaul dengan kawan-kawan yang beragama Islam. – Penerjun muda negara, Nur Eilisha Rania Muhammad Abrar Raj
Kuala Lumpur: Penerjun muda negara, Nur Eilisha Rania Muhammad Abrar Raj mengakui memilih Islam sebagai cara hidup selepas tertarik dengan cara penganutnya mengamalkan ajaran agama berkenaan.
Menceritakan pengalamannya, atlet kelahiran Kuching, Sarawak itu memberitahu dia mula mengenal Islam sejak berusia tujuh tahun menerusi kawannya di sekolah rendah.
Sejak detik itu, kata Eilisha, dia cuba mengikut serba sedikit amalan dilakukan oleh kawan-kawannya sebelum memutuskan untuk memeluk Islam ketika berusia 13 tahun.
Menurut Eilisha, dia bersyukur kerana hasratnya itu disokong oleh kedua-dua ibu bapanya yang juga sebenarnya terlebih dahulu memeluk agama Islam berbanding dirinya.
“Dulu saya Kristian dan juga kedua-dua ibu bapa saya. Sebenarnya daddy saya sudah lama nak peluk Islam cuma mommy saya ketika itu belum bersedia untuk bertukar agama.
“Namun selepas satu kejadian berlaku, barulah ibu saya terbuka untuk memeluk Islam. Setahun selepas itu kami adik beradik memeluk Islam cumanya tak semua kerana tiga daripada lima sahaja yang bersetuju.
“Saya tertarik dengan agama Islam kerana saya percaya bahawa tuhan itu satu dan tiada tuhan selain Allah. Saya mula minat dengan agama Islam ketika usia tujuh tahun apabila bergaul dengan kawan-kawan yang beragama Islam.
“Saya suka cara mereka malah saya juga kadang-kadang ada ikut cara mereka seperti baca doa sebelum makan dan juga ketika saya berusia 12 tahun saya sudah cuba untuk berpuasa tapi tak penuh,” katanya yang akan membuat penampilan pertamanya di temasya Sukan Sea Kemboja Mei ini.
Dalam pada itu, atlet berusia 17 tahun itu ketika ditanya berkenaan pembabitannya dalam sukan terjun, minatnya hadir selepas dicabar oleh ibunya yang juga merupakan bekas atlet terjun wanita Sarawak Victory Emmy.
“Semuanya bermula apabila saya dipilih menjadi penerjun ketika sekolah rendah. Ibu dan jurulatih bertanya sama ada saya benar-benar minat sukan terjun dan saya jawab ya.
“Tetapi ibu saya cakap jangan sesekali menyesali keputusan anda untuk meneruskan aktiviti terjun, tetapi ingat ia tidak selalunya mudah,” katanya turut berterima kasih kepada bapanya, Muhammad Abrar Raj yang disifatkan sebagai tonggak kekuatannya.
Sumber: Harian Metro
Terkini
Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama
Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
- “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
- “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
- Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
- Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.
KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.
Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.
Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa3 days ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Saham MAHB: BlackRock sah miliki GIP – ARMADA BERSATU
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Antarabangsa3 days ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia