Terkini
Masjid jemput bukan Islam bagi ceramah
Sebuah masjid di Bangsar menjemput seorang doktor berketurunan Sikh untuk menyampaikan ceramah dan berkongsi ilmu tentang bagaimana Ramadan menjadi bulan terbaik untuk berhenti merokok pada Jumaat lalu.
- Sebuah masjid di Bangsar menjemput seorang doktor berketurunan Sikh untuk menyampaikan ceramah dan berkongsi ilmu tentang bagaimana Ramadan menjadi bulan terbaik untuk berhenti merokok pada Jumaat lalu.
- Perkara itu dikongsikan pengguna Twitter @saifyakhtar yang memuat naik klip memaparkan seorang lelaki berturban merah sedang menyampaikan ucapan kepada jemaah di masjid itu.
- “Kuliah Jumaat lalu mengingatkan saya kepada zaman kegemilangan Islam di mana masjid juga dijadikan sebagai istana ilmu,” ciap @saifyakhtar pada Selasa.
- Dia turut menyeru agar lebih banyak masjid melakukan perkara sedemikian iaitu menjemput lebih ramai pakar tanpa mengira agama mereka.
- Rata-rata netizen didapati memuji tindakan itu yang disifatkan berjaya menunjukkan keindahan sikap toleransi di Malaysia hidup dalam pelbagai bangsa, agama dan budaya.
KUALA LUMPUR — Sebuah masjid di Bangsar menjemput seorang doktor berketurunan Sikh untuk menyampaikan ceramah dan berkongsi ilmu tentang bagaimana Ramadan menjadi bulan terbaik untuk berhenti merokok pada Jumaat lalu.
Perkara itu dikongsikan pengguna Twitter @saifyakhtar yang memuat naik klip memaparkan seorang lelaki berturban merah sedang menyampaikan ucapan kepada jemaah di masjid itu.
“Topik kuliah di masjid bukanlah sesuatu yang luar biasa, tetapi kebiasaannya bersandarkan kepada nilai-nilai agama.
“Kuliah Jumaat lalu mengingatkan saya kepada zaman kegemilangan Islam di mana masjid juga dijadikan sebagai istana ilmu,” ciap @saifyakhtar pada Selasa.
Dia turut menyeru agar lebih banyak masjid melakukan perkara sedemikian iaitu menjemput lebih ramai pakar tanpa mengira agama mereka.
Dengan cara itu jugalah kita dapat menarik lebih ramai orang ke masjid yang dijadikan tempat ibadah dan ilmu, katanya.
Tinjauan The Merdeka Times di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memuji tindakan itu yang disifatkan berjaya menunjukkan keindahan sikap toleransi di Malaysia hidup dalam pelbagai bangsa, agama dan budaya.
Ada di antara mereka berkata tindakan itu wajar diteladani masjid lain.
Sumber: Twitter Saify Akhtar