Connect with us

Terkini

Kerajaan perlu lakukan transformasi pembiayaan kesihatan menyeluruh

Kerajaan perlu melakukan transformasi pembiayaan kesihatan secara menyeluruh bagi memastikan sistem kesihatan negara berkualti bagi memenuhi hak asasi rakyat.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan perlu lakukan transformasi pembiayaan kesihatan menyeluruh
Foto: Bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Prof Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman.
  • Kerajaan perlu lakukan transformasi pembiayaan kesihatan secara menyeluruh bagi pastikan sistem kesihatan negara berkualti memenuhi hak asasi rakyat.
  • Bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Prof Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berharap keputusan Kabinet tubuhkan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi 1 April lalu, tidak seharusnya hanya tertumpu kepada isu doktor semata-mata, sebaliknya turut melihat kepada isu penghijrahan doktor pakar dari perkhidmatan awam.
  • “Jawatankuasa yang melibatkan semua agensi termasuk JPA, SPA dan KKM penting bagi mencari penyelesaian secara holistik untuk jangka masa pendek.
  • “Ingin saya tegaskan untuk jangka masa panjang, kerajaan wajib menangani punca utama bagi permasalahan ini iaitu sistem kesihatan dan sistem pembiayaan kesihatan yang tidak mampan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini pada Isnin.

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu melakukan transformasi pembiayaan kesihatan secara menyeluruh bagi memastikan sistem kesihatan negara berkualti bagi memenuhi hak asasi rakyat.

Justeru, bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Prof Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berharap keputusan Kabinet untuk menubuhkan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi pada 1 April lalu, tidak seharusnya hanya tertumpu kepada isu doktor semata-mata, sebaliknya turut melihat kepada isu penghijrahan doktor pakar dari perkhidmatan awam.

“Jawatankuasa yang melibatkan semua agensi termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Kementerian Kesihatan (KKM) penting bagi mencari penyelesaian secara holistik untuk jangka masa pendek.

“Saya harap jawatankuasa ini tidak hanya tertumpu pada doktor-doktor kontrak sahaja tetapi juga melihat pada isu perletakan jawatan pakar perubatan dari perkhidmatan awam.

“Ingin saya tegaskan untuk jangka masa panjang, kerajaan wajib menangani punca utama bagi permasalahan ini iaitu sistem kesihatan dan sistem pembiayaan kesihatan yang tidak mampan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Isnin.

Mengulas lanjut Lokman Hakim menjelaskan, kerajaan sudah tidak mampu menambah bajet Kementerian Kesihatan tanpa menjejaskan bajet kementerian-kementerian lain.

“Oleh itu saya berharap transformasi menyeluruh dan keputusan dasar ini perlu dibuat oleh kerajaan dan wajib disokong pembangkang serta seluruh rakyat Malaysia,” ujarnya.

Sabtu lalu, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa memberitahu Jemaah Menteri bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi bagi menangani isu doktor kontrak yang menjadi topik hangat dalam negara ketika ini.

Kumpulan dikenali Mogok Doktor Malaysia sebelum ini berkata lebih 8,000 doktor kontrak akan melakukan mogok antara 3 hingga 5 April dengan mengambil cuti perubatan/kecemasan sebagai protes terhadap sistem tidak adil dan gaji rendah dalam sektor penjagaan kesihatan awam.

Kumpulan itu juga memberi amaran terdapat 3,000 doktor kontrak akan meletak jawatan daripada Kementerian Kesihatan pada 1 April.

Selain penyerapan semua doktor kontrak ke jawatan tetap tanpa sebarang syarat atau temuduga, kumpulan itu mendesak kenaikan gaji pokok dan kadar ‘on-call’ untuk pakar perubatan dan pegawai perubatan.

Mereka juga mahu Kementerian Kesihatan menyelesaikan isu kekurangan pakar, pegawai perubatan dan pegawai perubatan siswazah dengan segera.

Hartal Doktor Kontrak yang pernah terbabit dengan gerakan mogok pada 26 Julai 2021 memaklumkan pihaknya bersama sekutunya tiada kaitan dengan mogok terbaru yang akan diadakan itu.

Sumber: Astro Awani

Author

Terkini

Tidak boleh tolak permohonan pasport kerana pemohon gagal kuasai bahasa Melayu – KP Imigresen

Pegawai imigresen tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan, menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh bagaimanapun berkata dalam melaksanakan tanggungjawab, pegawai-pegawai imigresen akan melakukan semakan rawak dari pelbagai aspek bagi mengesahkan permohonan.
  • Menurutnya, semakan itu perlu dilakukan secara profesional dan berhemah.
  • “Jabatan Imigresen komited dalam memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan dan sentiasa mengingatkan semua pegawai menyantuni pelanggan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan jabatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
  • Satu hantaran menerusi Facebook sebelum ini tular, mengenai kekecewaan seorang lelaki tidak dapat memperbaharui pasport ibunya kerana tidak boleh berbahasa Melayu di UTC Pulau Pinang.

PUTRAJAYA — Pegawai imigresen tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan, menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh.

Bagaimanapun, beliau berkata dalam melaksanakan tanggungjawab, pegawai-pegawai imigresen akan melakukan semakan rawak dari pelbagai aspek bagi mengesahkan permohonan.

Namun, menurutnya semakan itu perlu dilakukan secara profesional dan berhemah.

“Jabatan Imigresen komited dalam memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan dan sentiasa mengingatkan semua pegawai untuk menyantuni pelanggan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan jabatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular satu hantaran menerusi laman Facebook mengenai kekecewaan seorang lelaki tidak dapat memperbaharui pasport ibunya kerana tidak boleh berbahasa Melayu di UTC Pulau Pinang.

Ruslin memaklumkan pelanggan berkenaan telah dapat memperbaharui pasport dan mengambilnya di Pejabat UTC Pulau Pinang pada Isnin lalu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending