Connect with us

Terkini

Kerajaan disaran perkenal semula GST dengan kadar munasabah perkukuh pungutan hasil

Kerajaan disaran menimbang memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan kadar yang munasabah bagi meluaskan pendapatan yang mampan dan komprehensif.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan disaran perkenal semula GST dengan kadar munasabah perkukuh pungutan hasil
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan disaran menimbang memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan kadar yang munasabah bagi luaskan pendapatan yang mampan dan komprehensif.
  • Langkah ini sekali gus akan dapat kukuhkan pungutan hasil negara, kata Senator Tan Sri Low Kian Chuan, yang juga merupakan Presiden Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM) semasa sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Negara, di sini hari ini.
  • “ACCCIM menyokong sepenuhnya pengenalan semula GST. Kami mencadangkan penambahbaikan sistem bayaran balik dan penentuan nilai ambang tahunan ditetapkan pada paras munasabah,” katanya.

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran menimbang memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan kadar yang munasabah bagi meluaskan pendapatan yang mampan dan komprehensif.

Langkah ini sekali gus akan dapat mengukuhkan pungutan hasil negara, kata Senator Tan Sri Low Kian Chuan, yang juga merupakan Presiden Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM) semasa sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Negara di sini hari ini.

“ACCCIM menyokong sepenuhnya pengenalan semula GST. Kami mencadangkan penambahbaikan sistem bayaran balik dan penentuan nilai ambang tahunan ditetapkan pada paras munasabah.

”(Sebagai contoh) Katakan…RM1 juta dengan pendaftaran secara sukarela untuk memastikan perniagaan terutama Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bebas GST,” jelasnya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan kekal dengan pendirian untuk tidak memperkenalkan kembali cukai GST buat masa ini dan yakin hasil yang bakal dikutip dan penguatkuasaan kutipan yang cekap mampu menambah pendapatan negara.

Ini memandangkan pendapatan rakyat yang masih rendah berbanding negara lain yang mengguna pakai sistem GST seperti Singapura dan Kanada, katanya.

Sementara itu Low juga menyarankan Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA) yang dicadangkan merangkumi aspek kawalan liabiliti luar jangka yang ditanggung kerajaan.

Ini, katanya, bagi memastikan penyata kewangan kerajaan persekutuan berasaskan perakaunan terakru (accrue accounting) dan dapat memberi gambaran holistik serta tepat berasaskan kedudukan kewangan semasa negara.

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending