Terkini
Kerajaan boleh jana lebih RM4b setahun jika naikkan cukai rokok – MCTC
Kerajaan boleh menjana lebih RM4 bilion setahun daripada kutipan cukai rokok jika kadar cukainya dinaikkan, iaitu pendapatan yang lebih tinggi berbanding hasil cukai yang bakal diperoleh daripada industri vape.
- Kerajaan boleh menjana lebih RM4 bilion setahun daripada kutipan cukai rokok jika kadar cukainya dinaikkan, iaitu pendapatan yang lebih tinggi berbanding hasil cukai yang bakal diperoleh daripada industri vape.
- Jika benar langkah kerajaan laksanakan cukai untuk vape seperti diumumkan, baru-baru ini, adalah untuk tingkatkan kutipan hasil negara, kenaikan cukai rokok tidak sepatutnya dihentikan sejak lapan tahun lalu. – Setiausaha Agung Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC), Muhammad Sha’ani Abdullah
- “Cukai rokok ini sudah dihentikan kenaikan sejak lapan tahun dulu, yang mana kita setuju kutipan itu akan dapat memberikan hasil lebih banyak kepada kerajaan,” katanya kepada BH.
KUALA LUMPUR: Kerajaan boleh menjana lebih RM4 bilion setahun daripada kutipan cukai rokok jika kadar cukainya dinaikkan, iaitu pendapatan yang lebih tinggi berbanding hasil cukai yang bakal diperoleh daripada industri vape.
Setiausaha Agung Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC), Muhammad Sha’ani Abdullah, berkata jika benar langkah kerajaan melaksanakan cukai untuk vape seperti yang diumumkan, baru-baru ini, adalah untuk meningkatkan kutipan hasil negara, kenaikan cukai rokok tidak sepatutnya dihentikan sejak lapan tahun lalu.
“Cukai rokok ini sudah dihentikan kenaikan sejak lapan tahun dulu, yang mana kita setuju kutipan itu akan dapat memberikan hasil lebih banyak kepada kerajaan.
“Namun, syarikat pengeluar rokok mendakwa lebih 60 peratus rokok yang dijual di pasaran adalah rokok haram atau rokok seludup. Jadi, jika kita boleh banteras rokok seludup dan rokok haram, kita boleh tingkatkan hasil cukai.
“Jika kita dapat kurangkan kepada 30 peratus pun, kita boleh menjana mungkin RM4 bilion lagi sebagai kutipan cukai. Ini lebih tinggi berbanding dengan apa yang kita boleh dapat daripada vape ini,” katanya kepada BH.
Beliau mengulas mengenai pelaksanaan cukai ke atas penjualan cecair vape pada kadar 40 sen setiap mililiter (ml) bagi rokok elektronik dan vape, yang mempunyai kandungan nikotin, berkuat kuasa pada Sabtu.
Pelaksanaan cukai itu diumumkan menerusi satu notis warta Kerajaan Persekutuan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Jumaat lalu.
Berdasarkan notis warta itu, duti baharu itu berkuat kuasa berikutan bermulanya Perintah Duti Eksais (Pindaan) 2023.
Kerajaan turut mewartakan tampalan, cecair dan gel nikotin untuk membantu menghentikan tabiat merokok, serta cecair vape, dikecualikan daripada Akta Racun 1952.
Berdasarkan notis yang dikeluarkan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, pada Jumaat lalu, warta itu adalah sebahagian daripada Perintah Racun Pindaan Senarai Racun 2023.
Muhammad Sha’ani berkata, turut mempersoalkan hujah kerajaan yang pelaksanaan cukai untuk vape itu bertujuan membantu peniaga vape yang kebanyakannya Bumiputera dan menyifatkannya tidak berdasarkan fakta sebenar.
“Benarkah pengusaha Bumiputera yang ramai dalam penjualan vape ini? Kerajaan boleh semak siapa pemilik syarikat vape yang ada di negara ini. Segala maklumat ini boleh didapati daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), termasuk siapa pembekal, pemegang saham, pengarah syarikat dan kita boleh tahu sebenarnya kedudukan industri ini.
“Saya bimbang mereka sengaja menggunakan nama orang Melayu, yang sekadar ‘Ali Baba’ untuk membolehkan perundangan diubah sesuka hati, dengan menggunakan data ini sebagai alasan membantu Bumiputera,” katanya.
Beliau menegaskan, pakar kesihatan dan racun juga menolak pengecualian cecair nikotin untuk vape dalam Akta Racun 1952.
Jelasnya, masalah merokok dan penggunaan vape serta dadah adalah masalah besar, khususnya golongan muda di negara ini.
“Kita juga bimbang dengan risiko penggunaan vape dalam kalangan kanak-kanak,” katanya.
Pada masa sama, beliau berkata, MCTC menggesa kerajaan membentangkan semula Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok serta dasar Generasi Penamat (GEG) bagi menangani masalah merokok dalam kalangan masyarakat di negara ini.
“Kerajaan terutama Kementerian Kesihatan (KKM) sepatutnya tidak akan mengambil masa yang lama untuk membentangkan RUU ini kerana draf RUU itu sudah dikaji semula dan dipersetujui Jawatankuasa Parlimen sebelum Parlimen dibubarkan tahun lalu,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini3 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini2 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini2 days ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina