Connect with us

Terkini

Jual beli organ bertentangan dengan etika perubatan

Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan sebarang dakwaan berhubung wujudnya aktiviti jual beli organ di negara ini perlu dianggap amat serius.

Wartawan TMT

Published

on

Jual beli organ bertentangan dengan etika perubatan
Foto: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.
  • Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan sebarang dakwaan berhubung wujudnya aktiviti jual beli organ di negara ini perlu dianggap amat serius.
  • Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata aktiviti itu dilihat satu exploitasi terhadap golongan tertentu dan bercanggah dengan etika perubatan. 
  • “Konsisten dengan kewajipan negara dan antarabangsa, KKM tidak menyokong mana-mana individu atau organisasi yang terlibat di dalam aktiviti perolehan organ secara haram dan tidak beretika.
  • “Dalam perkara ini, KKM memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa siasatan sekiranya diperlukan,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan sebarang dakwaan berhubung wujudnya aktiviti jual beli organ di negara ini perlu dianggap amat serius.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, aktiviti itu dilihat satu exploitasi terhadap golongan tertentu dan bercanggah dengan etika perubatan.

“Konsisten dengan kewajipan negara dan antarabangsa, KKM tidak menyokong mana-mana individu atau organisasi yang terlibat di dalam aktiviti perolehan organ secara haram dan tidak beretika.

“Dalam perkara ini, KKM memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa siasatan sekiranya diperlukan,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, jika terdapat aktiviti melibatkan pemerdagangan orang untuk tujuan jual beli organ, ia perlu disiasat di bawah Akta Anti-pemerdagangan Orang dan Anti-penyeludupan Migran 2007.

Dr. Noor Hisham berkata, sekiranya mana-mana individu atau kumpulan yang mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti ini, mereka boleh tampil ke KKM atau pihak polis untuk menangani perkara ini.

Menurutnya, pihak berkuasa boleh mengambil tindakan jika pemerdagangan orang berlaku untuk tujuan pengalihan organ secara haram.

“Dasar KKM jelas sebagaimana dalam Akta Tisu Manusia 1974 yang mengawal selia aktiviti pengambilan organ bagi tujuan perawatan daripada penderma selepas kematian (kadaverik).

“Malaysia juga menandatangani The Declaration of Istanbul on Organ Trafficking and Transplant Tourism (2008) yang menyatakan bahawa organ untuk transplantasi harus diagih secara saksama kepada penerima sesuai tanpa mengenal jantina, etnik, agama dan status sosial serta kewangan,” katanya.

Katanya, deklarasi ini juga menekankan bahawa komersialisasi transplantasi organ hendaklah dilarang kerana ia mensasarkan golongan miskin dan lemah yang menjurus kepada ketidakadilan.

Dalam pada itu, katanya, KKM juga menubuhkan jawatankuasa transplantasi yang berfungsi mengawal selia program pendermaan organ dalam kalangan penderma semasa hidup melibatkan pasangan bakal penderma-penerima yang tidak mempunyai kaitan keluarga atau melibatkan pasangan bakal penderma-penerima bukan warganegara.

“Jawatankuasa ini akan menilai dengan teliti pelbagai aspek termasuk latar belakang masalah perubatan, kesihatan mental dan juga tahap sosio-ekonomi untuk semua permohonan pembedahan transplantasi,” katanya.

Katanya, KKM turut menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa cakna dan berikrar sebagai penderma organ seterusnya memaklumkan hasrat sebagai pengikrar kepada ahli keluarga bagi menjayakan perkhidmatan transplantasi yang beretika di negara ini.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Terkini

Tidak boleh tolak permohonan pasport kerana pemohon gagal kuasai bahasa Melayu – KP Imigresen

Pegawai imigresen tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan, menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh bagaimanapun berkata dalam melaksanakan tanggungjawab, pegawai-pegawai imigresen akan melakukan semakan rawak dari pelbagai aspek bagi mengesahkan permohonan.
  • Menurutnya, semakan itu perlu dilakukan secara profesional dan berhemah.
  • “Jabatan Imigresen komited dalam memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan dan sentiasa mengingatkan semua pegawai menyantuni pelanggan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan jabatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
  • Satu hantaran menerusi Facebook sebelum ini tular, mengenai kekecewaan seorang lelaki tidak dapat memperbaharui pasport ibunya kerana tidak boleh berbahasa Melayu di UTC Pulau Pinang.

PUTRAJAYA — Pegawai imigresen tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan, menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh.

Bagaimanapun, beliau berkata dalam melaksanakan tanggungjawab, pegawai-pegawai imigresen akan melakukan semakan rawak dari pelbagai aspek bagi mengesahkan permohonan.

Namun, menurutnya semakan itu perlu dilakukan secara profesional dan berhemah.

“Jabatan Imigresen komited dalam memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan dan sentiasa mengingatkan semua pegawai untuk menyantuni pelanggan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan jabatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular satu hantaran menerusi laman Facebook mengenai kekecewaan seorang lelaki tidak dapat memperbaharui pasport ibunya kerana tidak boleh berbahasa Melayu di UTC Pulau Pinang.

Ruslin memaklumkan pelanggan berkenaan telah dapat memperbaharui pasport dan mengambilnya di Pejabat UTC Pulau Pinang pada Isnin lalu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending