Connect with us

Terkini

(VIDEO) Johor tetap dengan pendirian tidak benarkan jual beli vape

Johor tetap dengan keputusannya tidak akan membenarkan penjualan rokok elektronik atau lebih dikenali sebagai vape seperti yang dikuatkuasakan sejak 2016, walaupun cukai peranti itu telah dikuatkuasakan bermula 1 April lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Johor tetap dengan pendirian tidak benarkan jual beli vape
Foto: Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor.
  • Johor tetap dengan keputusannya tidak akan membenarkan penjualan rokok elektronik atau lebih dikenali sebagai vape seperti yang dikuatkuasakan sejak 2016, walaupun cukai peranti itu telah dikuatkuasakan bermula 1 April lalu.
  • Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, larangan penjualan vape serta produk berkaitan dengannya telah dilaksanakan sejak tujuh tahun lalu di negeri ini.
  • Menurutnya, larangan itu masih terpakai melibatkan jual beli vape termasuk perisanya sama ada dalam bentuk gel atau cecair, khususnya mengandungi nikotin.
  • “Tiada sebab untuk Johor mengubah pendirian berhubung larangan menjual vape hanya kerana kerajaan Persekutuan telah melaksanakan cukai melibatkan peranti tersebut,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

JOHOR BAHRU: Johor tetap dengan keputusannya tidak akan membenarkan penjualan rokok elektronik atau lebih dikenali sebagai vape seperti yang dikuatkuasakan sejak 2016, walaupun cukai peranti itu telah dikuatkuasakan bermula 1 April lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, larangan penjualan vape serta produk berkaitan dengannya telah dilaksanakan sejak tujuh tahun lalu di negeri ini.

Menurutnya, larangan itu masih terpakai melibatkan jual beli vape termasuk perisanya sama ada dalam bentuk gel atau cecair, khususnya yang mengandungi nikotin.

“Tiada sebab untuk Johor mengubah pendirian berhubung larangan menjual vape hanya kerana kerajaan Persekutuan telah melaksanakan cukai melibatkan peranti tersebut,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Mohd. Jafni berkata, larangan jualan vape di premis-premis perniagaan adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT), manakala kesalahan menghisap vape di tempat awam tertakluk kepada Jabatan Kesihatan.

“Setakat ini, tiada PBT di negeri ini telah mengeluarkan lesen perniagaan kepada pihak untuk menjual peranti vape dan produk berkaitan dengannya.

“Oleh itu, orang awam yang mempunyai maklumat tentang penjualan vape berserta bahan perisa, khususnya yang mengandungi nikotin boleh membuat laporan kepada PBT masing-masing. Tindakan boleh dikenakan sekiranya didapati bersalah,” tegasnya.

Pada 1 Januari 2016, kerajaan negeri menguatkuasakan undang-undang melarang menghisap vape termasuk mengambil tindakan terhadap peniaga yang didapati melakukan urusan jual beli peranti tersebut ekoran titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang melarang kegiatan tersebut di negeri ini.

Ahad lalu, kerajaan telah mewartakan duti eksais bagi cecair vape dengan kandungan nikotin pada kadar 40 sen setiap mililiter (ml) dalam usaha mengenakan cukai produk cecair atau gel yang mengandungi nikotin.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
  • Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
  • Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
  • Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 
  • Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.

Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.

Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.

Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 

Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear. 

Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending