Connect with us

Antarabangsa

Israel lulus pelan militan Ben-Gvir

Kabinet Israel meluluskan rancangan kontroversi Menteri Keselamatan berhaluan kanan Israel, Itamar Ben-Gvir untuk menubuhkan pasukan pengawal negara bagi menangani pergolakan dalam masyarakat Palestin di Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Israel lulus pelan militan Ben-Gvir
Foto: Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir.
  • Kabinet Israel luluskan rancangan kontroversi Menteri Keselamatan berhaluan kanan Israel, Itamar Ben-Gvir untuk menubuhkan pasukan pengawal negara bagi tangani pergolakan dalam masyarakat Palestin di Israel.
  • Pejabat Perdana Menteri berkata,  Kabinet luluskan penubuhan pasukan itu, namun sebuah jawatankuasa terdiri daripada agensi keselamatan sedia ada Israel akan menentukan bidang kuasa pasukan tersebut dan sama ada menjadi badan polis atau terima arahan terus daripada Ben-Gvir seperti dituntutnya.
  • Menurut portal Al Jazeera, jawatankuasa berkenaan diberi tempoh 90 hari untuk mengusulkan cadangannya.
  • Satu kenyataan dikeluarkan pejabat Ben-Gvir berkata, pasukan pengawal itu akan beroperasi di bawah kementeriannya bagi tangani senario kecemasan, jenayah nasionalistik, keganasan dan pengukuhan kedaulatan.

BAITULMUQADDIS: Kabinet Israel meluluskan rancangan kontroversi Menteri Keselamatan berhaluan kanan Israel, Itamar Ben-Gvir untuk menubuhkan pasukan pengawal negara bagi menangani pergolakan dalam masyarakat Palestin di Israel.

Pejabat Perdana Menteri berkata,  Kabinet meluluskan penubuhan pasukan itu, namun sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada agensi keselamatan sedia ada Israel akan menentukan bidang kuasa pasukan tersebut dan sama ada menjadi badan polis atau menerima arahan terus daripada Ben-Gvir seperti yang dituntutnya.

Menurut portal Al Jazeera, jawatankuasa berkenaan diberi tempoh 90 hari untuk mengusulkan cadangannya.

FANTASI EKSTREMIS BEN-GVIR

Satu kenyataan yang dikeluarkan pejabat Ben-Gvir berkata, pasukan pengawal itu akan beroperasi di bawah kementeriannya bagi menangani senario kecemasan, jenayah nasionalistik, keganasan dan pengukuhan kedaulatan.

Tindakan berkenaan merupakan syarat yang ditetapkan oleh ketua parti Kuasa Yahudi itu untuk bersetuju membekukan reformasi kehakiman kontroversi kerajaan berikutan bantahan berbulan-bulan dan mogok umum  minggu lalu.

Pemimpin pembangkang, Yair Lapid menyifatkan keputusan kerajaan tersebut sebagai ‘fantasi ekstremis’  dan menyelar keputusan berasingan untuk mengurangkan belanjawan daripada kementerian lain bagi membiayai pasukan yang digelar ‘militia persendirian’ Ben-Gvir itu.

“Keutamaan yang diberikan kerajaan itu sangat tidak masuk akal dan keji.  Perkara ini jelas melangkaui demokrasi dan mempromosi fantasi melampau mereka yang kurang siuman,” kata Lapid di laman Twitter.

Di bawah rancangan Ben-Gvir, unit itu akan bekerjasama dengan polis dan tentera bagi menangani bantahan oleh rakyat Palestin yang disifatkannya sebagai kekacauan awam seperti yang berlaku di Gaza pada Mei 2021.

“Ia akan menangani perkara ini secara eksklusif. Pihak polis tidak menangani perkara ini secara eksklusif. Ia sibuk dengan seribu satu perkara,” kata Ben-Gvir kepada Army Radio.

HANYA KERUHKAN KEADAAN

Pengkritik memberi amaran bahawa Ben-Gvir yang juga seorang peneroka Yahudi tegar di Tebing Barat dan sering menyokong keganasan serta hasutan terhadap rakyat Palestin, dikhuatiri akan menggunakan kekuatan sekitar 2,000 tentera khususnya terhadap penunjuk perasaan anti-kerajaan atau penduduk Palestin dan Arab.

Malah, bekas Komander Daerah Polis Tel Aviv, David Tzur turut berpendapat, tiada keperluan untuk pasukan berasingan menjaga keamanan di Tebing Barat.

“Saya fikir kita perlu mengukuhkan pasukan polis sedia ada.

“Kami tidak boleh menerima apa-apa jenis penguatkuasaan undang-undang yang bukan di bawah pesuruhjaya polis. 

“Adalah sangat pelik bahawa kerajaan akan membuat keputusan untuk mewujudkan satu lagi unit polis, dan pasukan ini hanya akan menjadi militia persendirian, sekali gus mencetus bencana yang lebih besar,” katanya.

Lapor media Israel, beberapa menteri pada mulanya menentang projek Ben-Gvir, tetapi akhirnya bersetuju atas desakan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu yang bersetuju mengeluarkan bajet  sekitar $276 juta (RM1.2 billion) untuk projek berkenaan.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
  • Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
  • Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
  • Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
  • Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.

Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.

Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.

Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.

Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.

Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending