Connect with us

Terkini

Doktor kontrak berhak untuk mogok – Hartal Doktor Kontrak

Hartal Doktor Kontrak berpendapat yang doktor kontrak berhak untuk melakukan bantahan.

Ruszaini Ruslan

Published

on

Doktor kontrak berhak untuk mogok – Hartal Doktor Kontrak
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Hartal Doktor Kontrak nafi terlibat dengan Mogok Doktor Kontrak, namun tidak menafikan hak kelompok terbabit untuk membantah.
  • Demikian kenyataan sekretariat gerakan itu yang dikeluarkan hari ini susulan mogok doktor kontrak yang dilaporkan akan bermula hari ini selama tiga hari.
  • Dikatakan seramai 10,000 hingga 12,000 petugas kesihatan tidak akan hadir bertugas selama tiga hari bermula hari ini dengan mengambil cuti sakit atau cuti kecemasan sebagai tanda mogok.

KUALA LUMPUR – Hartal Doktor Kontrak berpendapat yang doktor kontrak berhak untuk melakukan bantahan.

Demikian kenyataan dikeluarkan sekretariat gerakan itu susulan Mogok Doktor Kontrak yang dilaporkan bermula hari ini sehingga 5 April 2023.

“Walaupun kami tidak terlibat, kami percaya ia adalah hak mereka untuk membantah dan menyerahkan sepenuhnya kepada mereka impak bantahan tersebut,” kata kenyataan sekretariat Hartal Doktor Kontrak di sini hari ini.

Mereka juga telah menjelaskan pendirian itu kepada Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa; Persatuan Perubatan Malaysia (MMA); Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan media selain kekal dengan pendirian tersebut.

Foto: Kenyataan media Hartal Doktor Kontrak.

“Kami berharap penjagaan pesakit tidak terjejas dan perkhidmatan penjagaan kesihatan boleh disambung semula setelah bantahan selesai”.

Dalam pada itu, Hartal Doktor Kontrak menggesa Dr Zaliha untuk memasukkan mereka sebagai ahli jawatankuasa mewakili doktor kontrak dalam jawatankuasa peringkat tinggi baharu menangani masalah doktor kontrak yang disebut menteri berkenaan baru-baru ini.

“Tanpa perwakilan yang sewajarnya, jawatankuasa itu tidak akan menyelesaikan isu ini dengan berkesan dan akan menjadi sama seperti beberapa jawatankuasa terdahulu yang meneliti isu ini,” kata gerakan itu.

Terdahulu, media melaporkan kumpulan doktor kontrak merancang untuk mengadakan mogok selama tiga hari bermula hari ini.

Jurucakap kumpulan itu yang dikenali sebagai Mogok Doktor Malaysia di Instagram mendakwa seramai 10,000 hingga 12,000 petugas kesihatan akan menyertai mogok berkenaan.

Pihak terbabit dikatakan tidak akan hadir bertugas selama tiga hari bermula hari ini, dengan mengambil cuti sakit atau cuti kecemasan. – The Merdeka Times

Author

Terkini

Isu penukaran agama sepihak: Apakah kesan kemenangan kes Dahlia Dhaima?

Kekusutan dan kerisauan rentetan kes Indira Gandhi sedikit sebanyak ‘diperbaiki’ kes Dahlia Dhaima di mana pada 3 Mei lalu menyaksikan Mahkamah Persekutuan menolak usahanya yang mahu membatalkan pengislamannya ketika waktu kanak-kanak selepas dilakukan ibunya, seorang mualaf.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Peguam, Haniff Khatri Abdulla.
  • Kekusutan dan kerisauan rentetan kes Indira Gandhi sedikit sebanyak ‘diperbaiki’ kes Dahlia Dhaima di mana pada 3 Mei lalu menyaksikan Mahkamah Persekutuan menolak usahanya yang mahu membatalkan pengislamannya ketika waktu kanak-kanak selepas dilakukan ibunya, seorang mualaf.
  • Peguam, Haniff Khatri Abdulla berkata susulan keputusan itu semua pihak tidak lagi tertekan atau terikat dengan kesahihan sijil pengislaman atau mualaf semata-mata, sebaliknya wajib melihat cara hidup individu tersebut selepas seseorang individu itu diislamkan untuk menentukan sama ada dia Muslim atau tidak.
  • Haniff menjelaskan kes Dahlia Dhaima bukan mematahkan terus kes Indira Gandhi kerana ia masih wujud, sebaliknya Dahlia Dhaima merupakan ‘fine tuning’ iaitu melonggarkan dengan cara paling halus apa diputuskan dalam Indira Gandhi yang mengatakan perlu mengambil kira sijil mualaf sahaja sama ada sah atau tidak dalam isu pertikaian pemelukan agama, khususnya anak-anak bawah umur.
  • Haniff menegaskan sekiranya selepas ini pihak berkuasa ditampilkan dengan mana-mana kes baru di mana seseorang itu mengatakan kononnya ibu atau bapa mengislamkan dia ketika di bawah umur.
  • Kemudiannya, bertahun selepas itu individu terbabit ke Mahkamah Sivil mengatakan dia bukan Islam, ataupun dia membuat permohonan di Mahkamah Syariah mengatakan hendak keluar Islam, maka pihak berkuasa wajib menyiasat latar belakang individu terbabit.

KUALA LUMPUR — Kekusutan dan kerisauan rentetan kes Indira Gandhi sedikit sebanyak ‘diperbaiki’ kes Dahlia Dhaima di mana pada 3 Mei lalu menyaksikan Mahkamah Persekutuan menolak usahanya yang mahu membatalkan pengislamannya ketika waktu kanak-kanak selepas dilakukan ibunya, seorang mualaf.

Peguam, Haniff Khatri Abdulla berkata susulan keputusan itu semua pihak tidak lagi tertekan atau terikat dengan kesahihan sijil pengislaman atau mualaf semata-mata, sebaliknya wajib melihat cara hidup individu tersebut selepas seseorang individu itu diislamkan untuk menentukan sama ada dia Muslim atau tidak.

Haniff menjelaskan kes Dahlia Dhaima bukan mematahkan terus kes Indira Gandhi kerana ia masih wujud, sebaliknya Dahlia Dhaima merupakan ‘fine tuning’ iaitu melonggarkan dengan cara paling halus apa diputuskan dalam Indira Gandhi yang mengatakan perlu mengambil kira sijil mualaf sahaja sama ada sah atau tidak dalam isu pertikaian pemelukan agama, khususnya anak-anak bawah umur.

“Kesan kes Dahlia Dhaima kepada rentetan undang-undang diumumkan mahkamah tertinggi Malaysia (Mahkamah Persekutuan) berhubung pengislaman anak-anak bawah umur adalah seperti berikut;  pertama (kes) Dahlia Dhaima ada mengatakan sama ada sijil (mualaf) itu sah atau tidak sah tidak menjadi isu pokok, ingat tadi kita dah sentuh mengikut undang-undang 1952 sijil itu memang tak sah sebab mana-mana ibu atau bapa pun tidak boleh mengislamkan (anak) bawah umur so sijil itu tak sah.

“Tapi (kes) Dahlia Dhaima yang pertama mengatakan kita tak boleh tengok sijil sahaja, kita kena tengok apa diumumkan dalam kes Rosliza (kes terdahulu) kita tak boleh berhenti dekat (kes) Indira Gandhi.

“(kes) Rosliza kata kita kena tengok keseluruhan fakta kehidupan anak tersebut sehingga dia datang mahkamah sama ada indentiti dia itu adalah Muslim ab initio Muslim daripada awal atau tidak kalau kita yakin daripada fakta bukan sahaja sijil tak sah tapi pengislaman atau kehidupan dia pun bukan Islam daripada awal barulah Mahkamah Sivil boleh dengar (kes) ini barulah dia bukan Islam ab initio dari awal.

“Tapi kalau sijil tak sah pun tapi cara kehidupan dia menunjukkan, menampilkan sama ada melalui perwatakan melalui kenyataan perbuatan dia kepada orang ramai bahawa dia Muslim, maka Mahkamah Sivil tidak boleh dengar (kes itu) sebab itu bidang kuasa Mahkamah Syariah pula, ini kesan penting (Dahlia Dhamia),” katanya ketika ditemui The Merdeka Times di Pejabat Haniff Khatri, Petaling Jaya pada Jumaat.

Mahkamah Persekutuan dalam kes Indira Gandhi pada 2018 memutuskan persetujuan kedua-dua ibu bapa diperlukan sebelum anak dilahirkan dalam perkahwinan sivil boleh memeluk agama Islam dan sekiranya sijil pengislaman tidak sah maka dia bukan Muslim.

Ia bermula apabila guru tadika M Indira Ghandi mencabar pengeluaran sijil penukaran agama susulan bekas suaminya seorang mualaf membuat penukaran agama Islam secara unilateral terhadap ketiga-tiga anak mereka.

Kes itu juga menyaksikan sejak 2018 isu tentang pertikaian pemelukan agama, khususnya anak-anak bawah umur, merujuk kes Indira Gandhi yang memutuskan sekiranya sijil-sijil mualaf ataupun proses mahupun prosedur pengislaman anak-anak itu tidak dituruti mengikut seksyen-seksyen enakmen tertentu, maka sijil itu boleh atau diisytiharkan sebagai tidak sah.

Manakala kes Rosliza pula adalah membabitkan dia yang dilahirkan di luar nikah, berbapakan seorang Muslim dan ibu penganut agama Buddha serta berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan pada 2021 untuk diisytiharkan sebagai bukan Muslim selepas mengakui sejak dari asal bukan Islam.

Dalam kes Rosliza, Mahkamah Persekutuan membuat satu pengumuman kedudukan undang-undang di mana kita kena melihat identiti seseorang individu itu sama ada sejak awal dia Islam atau tidak (ab initio), sekiranya ada individu terbabit datang ke mahkamah sivil dan mengatakan kononnya dia bukan Islam.

Mengulas lanjut kes Dahlia Dhaima, Haniff menegaskan sekiranya selepas ini pihak berkuasa ditampilkan dengan mana-mana kes baru di mana seseorang itu mengatakan kononnya ibu atau bapa mengislamkan dia ketika di bawah umur.

Kemudiannya, bertahun selepas itu individu terbabit ke Mahkamah Sivil mengatakan dia bukan Islam, ataupun dia membuat permohonan di Mahkamah Syariah mengatakan hendak keluar Islam, maka pihak berkuasa wajib menyiasat latar belakang individu terbabit.

“Saya syorkan kepada pihak berkuasa kalau ditampilkan mana-mana kes baru selepas ini tak semestinya di Selangor di mana-mana negeri di mana seseorang itu mengatakan ouhh kononnya, ‘Ibu atau bapa mengislamkan saya tapi saya tak ikut pun Islam maka kalau ikut Indira Gandhi sijil (pengislaman) saya tak sah sebab seorang sahaja pelukan (mengislamkan) saya’.

“Baik… tapi ikut (kes terdahulu) Rosliza ikut (kes terdahulu) Dahlia Dhaima sekarang ini kita kena tengok latar belakang awak so kami nak siasat kami nak tanya awak macam mana dari umur 7 tahun di sekolah sampai sekolah menengah pembawakan awak dengan kawan-kawan awak? Masa awak pergi kerja adakah awak balik awal juga untuk buka puasa? Atau ambil cuti lebih untuk tujuan cuti raya dan perkara-perkara ini tertakluk kepada fakta.

“Tapi apa saya nak sampaikan adalah menjadi tanggungjawab pihak berkuasa untuk menyelia dan mengambil peri penting perkara ini untuk disiasat jangan tolak tepi ja perkara ini tak buat kerja dan dengan cara itu barulah kita dapat menyelenggarakan urus tadbir konsep Islam dan pengislaman dengan cara lebih teratur.

“Itu adalah kesan bagi saya yang kita boleh ambil keuntungan daripada kes Dahlia Dhaima dan perbetulkan sistem tadbir urus di pihak berkuasa,” kata Haniff yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perundangan. 

Untuk rekod, Mahkamah Persekutuan adalah mahkamah tertinggi dalam hierarki badan kehakiman sivil negara, sekiranya satu kes itu telah sampai ke Mahkamah Persekutuan, tidak ada lagi rayuan boleh dibuat kepada mana-mana pihak lain. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending