Connect with us

Terkini

Zahid nasihat KJ rujuk semula Akta Pertubuhan 1966

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahamad Zahid Hamidi menasihatkan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar supaya merujuk semula Akta Pertubuhan 1966 berhubung keputusan pengecualian pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti tahun ini.

Wartawan TMT

Published

on

Zahid nasihat KJ rujuk semula Akta Pertubuhan 1966
Foto: Khairy Jamaluddin Abu Bakar (kiri), Datuk Seri Dr Ahamad Zahid Hamidi (kanan).
  • Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahamad Zahid Hamidi nasihatkan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar supaya rujuk semula Akta Pertubuhan 1966 berhubung keputusan pengecualian pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti tahun ini.
  • “Tak setuju dia kena tengok baliklah dalam keputusan (akta) pada tahun 1966. Itu adalah merupakan satu akta dan diluluskan oleh Parlimen,” katanya ditemui selepas menghadiri Majlis Pengenalan Calon Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, semalam.
  • Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan hala tuju parti selepas ini adalah berdasarkan perancangannya yang pernah dinyatakan dalam ucapan penggulungan pada PAU lalu merangkumi lima perkara dan 21 langkah.

SHAH ALAM: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahamad Zahid Hamidi menasihatkan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar supaya merujuk semula Akta Pertubuhan 1966 berhubung keputusan pengecualian pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti tahun ini.

“Tak setuju dia kena tengok baliklah dalam keputusan (akta) pada tahun 1966. Itu adalah merupakan satu akta dan diluluskan oleh Parlimen,” katanya ditemui selepas menghadiri Majlis Pengenalan Calon Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, semalam.

Malah, beliau menyatakan akta tersebut perlu dirujuk semula kepada Parlimen sekiranya mahu dibuat pindaan. 

Terdahulu, Khairy yang juga bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO memuat naik sebuah video mempertikai keputusan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang menggunakan kuasanya di bawah Seksyen 70 Akta Pertubuhan untuk melangkaui keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Tindakan tersebut dibuat selepas ROS menerusi sepucuk surat dipercayai meminta UMNO merujuk semula perlembagaan parti berhubung pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dalam pemilihan walaupun usul tersebut dibawa perwakilannya pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menjelaskan hala tuju parti selepas ini adalah berdasarkan perancangannya yang pernah dinyatakan dalam ucapan penggulungan pada PAU lalu merangkumi lima perkara dan 21 langkah.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berharap, kepimpinan baharu dipilih akan bersama-samanya untuk menterjemah pelaksanaan hala tuju parti menerusi UMNO Bangkit 2.0.

“Kita tunggu pemilihan pada 18 Mac nanti dan saya akan umumkan secara rasmi hala tuju yang telah diumumkan ketika ucapan penangguhan PAU 2022 dan kita mahu barisan yang akan terpilih nanti bersama-sama saya untuk terjemahkan pelaksanaan hala tuju baharu nanti.

“Kita menyusun satu langkah bagi merealisasikan hala tuju ini dan kita harap dalam UMNO tiada ‘duri dalam daging’ lagi dan tidak ada ‘gunting dalam lipatan’, semuanya bersatu dalam satu pasukan,” jelasnya.

Sementara itu, Ahmad Zahid turut mengulas mengenai persediaan UMNO untuk berunding mengenai pengagihan kerusi, namun akan memutuskan pada peringkat dalaman parti terlebih dahulu selepas mesyuarat pada malam ini, esok dan lusa diadakan. 

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Antarabangsa

Israel bom depot senjata berdekatan pangkalan udara Russia di Syria

Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
  • Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria. 
  • Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
  • Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.

Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.

Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria. 

Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.

Pertahanan udara Russia dan Syria dilaporkan memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit.

Terdapat dakwaan bahawa pertahanan udara memintas peluru berpandu di luar pantai Jableh, sebuah bandar di barat laut Syria, dengan anggaran 30 peluru berpandu dilancarkan.

Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.

Laporan tempatan lain mencadangkan sebuah pesawat Iran di lapangan terbang mungkin turut menjadi sasaran.

Israel yang sering menjalankan operasi terhadap sasaran berkaitan dengan Iran di Syria belum memberikan sebarang komen mengenai insiden letupan itu. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending