Connect with us

Antarabangsa

Twitter dikecam sekat akaun wartawan veteran Palestin

Pemilik Twitter, Elon Musk telah menggantung beberapa akaun wartawan termasuk wartawan dari New York Times dan Washington Post. Beliau mendakwa wartawan-wartawan itu telah melanggar peraturan baharu syarikat itu yang berkaitan dengan pendedahan lokasi orang ramai.

Wartawan TMT

Published

on

Twitter dikecam sekat akaun wartawan veteran Palestin
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pemilik Twitter, Elon Musk menggantung beberapa akaun wartawan termasuk wartawan dari New York Times dan Washington Post. Beliau mendakwa wartawan-wartawan itu telah melanggar peraturan baharu syarikat berkaitan dengan pendedahan lokasi orang ramai.
  • Tindakan beliau telah dikutuk oleh akhbar wartawan dan organisasi media lain, manakala Kesatuan Eropah dan PBB telah mengeluarkan kenyataan bahawa langkah itu adalah contoh yang berbahaya.
  • Namun kemarahan itu tidak wujud apabila berkaitan penggantungan akaun Said Arikat, seorang wartawan veteran Palestin berpangkalan di Washington, DC. Kumpulan hak digital berkata, gergasi media sosial telah menyekat, menggantung akaun wartawan dan aktivis Palestin.

WASHINGTON, 02 Mac 2023 – Pemilik Twitter, Elon Musk telah menggantung beberapa akaun wartawan termasuk wartawan dari New York Times dan Washington Post. Beliau mendakwa wartawan-wartawan itu telah melanggar peraturan baharu syarikat itu yang berkaitan dengan pendedahan lokasi orang ramai.

Tindakan Musk itu telah dikutuk oleh akhbar wartawan dan organisasi media lain, manakala Kesatuan Eropah dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengeluarkan kenyataan bahawa langkah itu adalah contoh yang berbahaya.

Namun kemarahan global seperti itu tidak pula wujud apabila berkaitan dengan hal penggantungan akaun Said Arikat, seorang wartawan veteran Palestin yang berpangkalan di Washington, DC. Kumpulan hak digital berkata, gergasi media sosial telah menyekat, menggantung akaun wartawan dan aktivis Palestin.

Beliau adalah Ketua Biro Washington untuk al-Quds yang berpangkalan di Baitulmuqaddis, salah sebuah akhbar harian Palestin yang paling banyak dibaca dan tunjang utama berita Jabatan Negara dengan soalan-soalan yang “panas” berkaitan Palestin dan wilayah Arab.

Arikat turut menyatakan Twitter telah memetik kenyataannya yang menyatakan bahawa ianya telah digodam sebagai alasan untuk menggantung akaunnya dan beliau tidak menolak bahawa penggantungan itu juga disebabkan kerana beliau lantang bersuara tentang Palestin.

Selepas penggantungan akaunnya, Facebook turut mengalih keluar akhbar Arikat al-Quds daripada platform tersebut yang kini mempunyai lebih sembilan juta pengikut.

Noura Erakat, seorang peguam bela dan peguam hak asasi manusia Palestin turut digantung akaunnya setelah memberi sokongan terhadap Arikat. Kedua-duanya telah menghubungi Twitter untuk bertanya tentang keputusan menggantung akaun itu namun tiada sebarang maklum balas.

Advertisement

Sumber: Samudera

Author

Antarabangsa

Setiap orang awam dibunuh, 10 pejuang Palestin akan ‘dilahirkan’

Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Senator Amerika Syarikat (AS) yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, Seth Moulton.
  • Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
  • Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
  • Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
  • “Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
  • Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.

Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.

Moulton merujuk kepada sayap tentera Hamas iaitu Briged Al-Qassam.

Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.

“Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.

Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.

“Kita tidak terlibat untuk menetapkan nisbah sebegitu, yang pada pendapat saya adalah (sesuatu yang) tidak enak,” kata Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric dipetik Jordan News, mengkritik jurucakap tentera Israel itu.

Advertisement

Dujarric menekankan fokus PBB adalah untuk mencegah korban awam, walaupun mengakui cabaran-cabaran di Gaza, di mana lebih 16,000 warga Palestin terkorban sejak 7 Oktober lalu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending