Connect with us

Antarabangsa

Tiada prospek penyelesaian rundingan dalam krisis di Myanmar, kata PBB

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berpandangan tiada prospek untuk penyelesaian dirundingkan dalam krisis di Myanmar, buat masa ini, berikutan pihak tentera dan penentang pemerintahan junta dilihat masing-masing nekad untuk menang melalui kekerasan yang menyaksikan gelombang bantahan rakyat tidak menunjukkan sebarang tanda reda di sebahagian besar negara bergolak itu.

Wartawan TMT

Published

on

Tiada prospek penyelesaian rundingan dalam krisis di Myanmar, kata PBB
Foto: Pergolakan di Myanmar susulan rampasan kuasa oleh tentera pada tahun 2021.
  • Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berpandangan tiada prospek untuk penyelesaian dirundingkan dalam krisis di Myanmar, berikutan pihak tentera dan penentang pemerintahan junta dilihat nekad untuk menang melalui kekerasan menyaksikan gelombang bantahan rakyat tidak menunjukkan sebarang tanda reda di sebahagian besar negara bergolak itu.
  • Utusan khas PBB ke Myanmar, Noeleen Heyzer memaklumkan kepada 193 anggota Perhimpunan Agung PBB, rampasan kuasa oleh tentera pada Februari 2021 mengakibatkan kemusnahan, malah keganasan kini berterusan pada skala membimbangkan.
  • Myanmar berada bawah pemerintahan keras tentera selama lima dekad, sebelum Aung San Suu Kyi mengambil alih pentadbiran sebagai pemimpin yang dipilih rakyat pada 2015.

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berpandangan tiada prospek untuk penyelesaian dirundingkan dalam krisis di Myanmar, buat masa ini, berikutan pihak tentera dan penentang pemerintahan junta dilihat masing-masing nekad untuk menang melalui kekerasan yang menyaksikan gelombang bantahan rakyat tidak menunjukkan sebarang tanda reda di sebahagian besar negara bergolak itu.

Utusan khas PBB ke Myanmar, Noeleen Heyzer memaklumkan kepada 193 anggota Perhimpunan Agung PBB, semalam, rampasan kuasa oleh tentera pada Februari 2021 mengakibatkan ‘kemusnahan’, malah keganasan kini berterusan ‘pada skala membimbangkan.’

Beliau antara lain memberi contoh dakwaan peningkatan tindakan keras oleh tentera Myanmar sejak perintah darurat dilanjutkan pada 1 Februari lalu, termasuk pengeboman, pembakaran infrastruktur awam serta ‘pelanggaran hak asasi manusia yang amat teruk untuk mengekalkan kuasa.’

Heyzer mendakwa, strategi ’empat sekatan’ yang digunakan tentera Myanmar, iaitu menyekat akses kepada makanan, dana, maklumat dan rekrut, turut menyasarkan orang awam sebagai hukuman kolektif.

Myanmar berada bawah pemerintahan keras tentera selama lima dekad, sebelum Aung San Suu Kyi mengambil alih pentadbiran sebagai pemimpin yang dipilih rakyat pada 2015.

Heyzer berkata, generasi yang mengecapi manfaat daripada keterbukaan Myanmar pada 2015, khususnya golongan muda, kini dalam kekecewaan dan berdepan kesukaran kronik, malah ramai melihat tiada lagi cara selain daripada mengangkat senjata untuk menentang pemerintahan tentera.

Katanya, pertempuran sengit juga merebak ke kawasan baharu, sekali gus meletakkan semakin banyak nyawa dalam risiko serta menyukarkan operasi penghantaran bantuan kemanusiaan yang diperlukan kira-kira 17.6 juta penduduk Myanmar ketika ini.

Advertisement

Beliau turut menekankan, pelaksanaan pilihan raya yang dirancang pihak tentera, tahun ini, berisiko memburukkan lagi keganasan kerana ia bakal diadakan dalam keadaan rakyat Myanmar disekat daripada menggunakan hak politik secara bebas tanpa rasa takut atau ugutan.

“Orang awam tidak mempunyai sebarang kepercayaan terhadap rejim berkenaan yang dilihat hanya berhasrat memperkukuh penguasaan dengan mengubah daripada pemerintahan darurat kepada pentadbiran kerajaan yang disokong tentera untuk jangka panjang,” katanya.

Dalam pada itu, Heyzer berkata, pihaknya baru-baru ini mengadakan perbincangan dengan Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi atas kapasiti negara berkenaan mempengerusikan ASEAN kini, antara lain antaranya menyentuh mengenai keperluan menyegerakan kemajuan secara konkrit dalam konsensus lima perkara (5PC) yang dipersetujui blok berkenaan pada April 2021 untuk memulihkan keamanan di Myanmar.

Myanmar mempersetujui langkah 5PC tetapi masih belum melaksanakannya. Konsensus itu menggesa supaya keganasan dihentikan, dialog konstruktif diadakan dengan semua pihak, pelantikan utusan khas ASEAN sebagai pengantara, bantuan kemanusiaan serta lawatan pengantara ke Myanmar yang merangkumi pertemuan dengan Suu Kyi.

Sumber: Berita Harian

Advertisement

Antarabangsa

Kumpulan hak asasi manusia tuduh Beijing bunuh,dera etnik Uyghur Muslim di kem tahanan Xinjiang

Jawatankuasa Kongres Amerika Syarikat (AS) yang baharu mengenai China yang mengadakan perbicaraan kedua semalam, mengetengahkan apa yang dikatakan Washington sebagai pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap Uyghur dan etnik minoriti lain di wilayah Xinjiang China.

Wartawan TMT

Published

on

Kumpulan hak asasi manusia tuduh Beijing bunuh,dera etnik Uyghur Muslim di kem tahanan Xinjiang
Foto: Gulbahar Haitiwaji (kiri), Qelbinur Sidik (kanan).
  • Jawatankuasa Kongres Amerika Syarikat (AS) yang baharu mengenai China yang mengadakan perbicaraan kedua semalam, mengetengahkan apa yang dikatakan Washington sebagai pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap Uyghur dan etnik minoriti lain di wilayah Xinjiang China.
  • Kumpulan hak asasi manusia menuduh Beijing melakukan penderaan, termasuk buruh paksa, pengawasan besar-besaran dan menempatkan sejuta atau lebih etnik Uyghur yang kebanyakan Islam dalam rangkaian kem tahanan di Xinjiang.
  • Keadaan di Xinjiang ‘sepatutnya memberi amaran kepada dunia mengenai kepimpinan di bawah PKC’.
  • Panel Dewan mendengar pengalaman diceritakan seorang wanita Uyghur, Gulbahar Haitiwaji yang berkongsi dia menghadapi penderaan dan pendidikan patriotik yang dipaksa sepanjang berada di dalam kem tersebut.

WASHINGTON: Jawatankuasa Kongres Amerika Syarikat (AS) yang baharu mengenai China yang mengadakan perbicaraan kedua semalam, mengetengahkan apa yang dikatakan Washington sebagai pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap Uyghur dan etnik minoriti lain di wilayah Xinjiang China.

Kumpulan hak asasi manusia menuduh Beijing melakukan penderaan, termasuk buruh paksa, pengawasan besar-besaran dan menempatkan sejuta atau lebih etnik Uyghur yang kebanyakan Islam dalam rangkaian kem tahanan di Xinjiang.

Ahli Kongres, Mike Gallagher yang juga Pengerusi Republikan Jawatankuasa Pilihan Dewan Perwakilan mengenai Parti Komunis China (PKC), memberitahu pemberita sebelum perbicaraan, keadaan di Xinjiang ‘sepatutnya memberi amaran kepada dunia mengenai kepimpinan di bawah PKC’.

China bersungguh-sungguh menafikan penderaan di Xinjiang dan berkata, ia menubuhkan ‘pusat latihan vokasional’ untuk membendung keganasan, pemisahan dan radikalisme agama.

Perbicaraan itu adalah yang terbaru dalam siri acara yang dirancang untuk dua tahun akan datang, manakala Republikan yang mengawal Dewan Perwakilan untuk meyakinkan rakyat Amerika, bahawa mereka perlu mengambil berat untuk menyaingi China dan untuk ‘memisahkan secara terpilih’ ekonomi negara.

Panel Dewan mendengar pengalaman yang diceritakan seorang wanita Uyghur, Gulbahar Haitiwaji yang bercakap melalui penterjemah, apa yang dikatakannya selama bertahun-tahun di kem di mana dia menghadapi penderaan dan pendidikan patriotik yang dipaksa.

Etnik Uzbekistan, Qelbinur Sidik yang ditugaskan sebagai guru di kem sedemikian melalui penterjemah, turut menggambarkan keadaan seperti penjara yang menurutnya tahanan menghadapi penyeksaan dan soal siasat.

Advertisement

Kedua-dua wanita itu berjaya melakukan perjalanan ke Eropah dan kini mereka menetap di sana.

Keterangan juga didengar daripada peguam terkemuka Amerika Uyghur, Nury Turkel dan penyelidik Jerman, Adrian Zenz, yang berusaha mendokumentasikan tahap kem tahanan di Xinjiang dan Naomi Kikoler dari Muzium Memorial Holocaust AS.

Jurucakap Kedutaan China di Washington, Liu Pengyu, berkata saksi yang dirancang jawatankuasa itu telah ‘mencipta pembohongan berkaitan Xinjiang’ berdasarkan motif politik tersembunyi.

“Kami berharap rakyat Amerika dapat mengenali wajah sebenar pasukan anti-China ini dan tidak terpedaya dengan khabar angin dan pembohongan,” kata Liu sambil menambah, hak asasi manusia semua kumpulan etnik di Xinjiang sudah ‘dilindungi sepenuhnya’.

Kerajaan AS dan parlimen di Britain, Kanada dan negara lain menyifatkan pencegahan kelahiran dan dasar penahanan besar-besaran China di Xinjiang sebagai pembunuhan beramai-ramai.

Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tahun lalu menyatakan China mungkin sudah melakukan jenayah terhadap kemanusiaan di rantau itu.

Advertisement

Jawatankuasa dwipartisan tidak akan menulis undang-undang tetapi akan membuat cadangan dasar, pada garis masa keras terhadap China adalah salah satu daripada beberapa dasar dengan sokongan dwipartisan dalam Kongres AS yang sangat berpecah belah.

Kikoler dari muzium holocaust berkata, kerajaan China menggunakan taktik halus untuk ‘memusnahkan orang Uyghur dengan sengaja’ termasuk pengawasan dan penahanan besar-besaran, penyeksaan, pemindahan kanak-kanak dan mengehadkan kelahiran.

Zenz berkata, walaupun kerajaan China mengatakan pihaknya menutup kem di Xinjiang dalam beberapa tahun kebelakangan ini, namun ia adalah pusat ‘pendidikan semula’ keselamatan rendah, selain ada perluasan serentak penjara dengan keselamatan lebih tinggi atau kemudahan buruh paksa.

“Kita boleh mengandaikan ratusan ribu sudah dipindahkan ke kemudahan ini, yang telah diperluaskan secara dramatik,” katanya sambil menyatakan terdapat tanda-tanda tahanan beramai-ramai memuncak pada 2018. – REUTERS

Sumber: Berita Harian

Advertisement
Teruskan Membaca
Advertisement

Kata Kunci

Advertisement

Trending