Connect with us

Terkini

Tiada konsert antarabangsa, masyarakat India sedia hormati Ramadan

Masyarakat India di Malaysia menyambut baik bulan suci Ramadan yang bakal tiba enam hari lagi.

Ruszaini Ruslan

Published

on

Tiada konsert antarabangsa, masyarakat India sedia hormati Ramadan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Vanakkam Malaysia melaporkan yang tiada lagi konsert antarabangsa akan dijalankan sepanjang hari perayaan Islam, termasuklah bulan Ramadan.
  • Tinjauan di ruangan komen hantaran Facebook Vanakkam Malaysia mendapati ramai masyarakat India menyambut baik inisiatif itu demi menghormati bulan puasa.
  • Bulan suci Ramadan dijangka bermula 23 Mac dan berakhir pada 22 April depan.

Masyarakat India di Malaysia menyambut baik bulan suci Ramadan yang bakal tiba enam hari lagi.

Vanakkam Malaysia melaporkan yang tiada lagi konsert antarabangsa akan dijalankan sepanjang hari perayaan Islam, termasuk di bulan Ramadan.

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen berbangsa India yang menyokong inisiatif itu demi menghormati bulan berpuasa bagi umat Islam.

Foto: Tangkap layar komen di Facebook.

Bagi segelintir dari mereka, konsert sebegitu hanyalah suatu pembaziran wang dan masa, lebih-lebih lagi apabila terdapat banyak lagi hari dalam setahun untuk berbuat demikian selain hari perayaan Islam.

Foto: Tangkap layar komen di Facebook.

Sebagai rakyat Malaysia, mereka turut menganggap yang bulan Ramadan sudah menjadi sebahagian dari hidup mereka.

Malah ramai di antara mereka turut teruja menantikan kemeriahan bazar Ramadan yang hanya berlaku setahun sekali itu.

Foto: Tangkap layar komen di Facebook.

Bulan suci Ramadan dijangka bermula 23 Mac dan berakhir pada 22 April depan. – The Merdeka Times

Sumber: Facebook Vanakkam Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending