Connect with us

Terkini

Tiada keperluan selaras sijil tauliah penceramah – Maidam

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menganggap tiada keperluan untuk diselaraskan sijil pentauliahan mengajar dalam kalangan penceramah agama di semua negeri kerana perkara tersebut di bawah bidang kuasa negeri-negeri.

Wartawan TMT

Published

on

Tiada keperluan selaras sijil tauliah penceramah – Maidam
Foto: Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail (barisan depan, tengah) bergambar selepas melancarkan pelan strategik 2023-2027 dan laman web baharu Maidam di Kuala Terengganu.
  • Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menganggap tiada keperluan selaraskan sijil pentauliahan mengajar dalam kalangan penceramah agama di semua negeri kerana perkara tersebut di bawah bidang kuasa negeri-negeri.
  • Yang Dipertuanya, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, setakat ini, urusan agama termasuk pentauliahan mengajar masih mampu diuruskan dengan baik oleh negeri-negeri tanpa sebarang masalah.
  • Menurutnya, pelaksanaan undang-undang Islam yang ada di Malaysia ketika ini juga mempunyai persamaan antara 98 hingga 99 peratus dan hanya seksyen sahaja berbeza termasuk istilah perkataan tertentu.
  • “Jika hendak diselaraskan, ia perlu dibawa ke dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja dan dibincangkan oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI),” katanya ketika ditemui selepas merasmikan majlis pelancaran pelan strategik 2023-2027 dan laman web baharu Maidam di sini hari ini.

KUALA TERENGGANU: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menganggap tiada keperluan untuk diselaraskan sijil pentauliahan mengajar dalam kalangan penceramah agama di semua negeri kerana perkara tersebut di bawah bidang kuasa negeri-negeri.

Yang Dipertuanya, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, setakat ini, urusan agama termasuk pentauliahan mengajar masih mampu diuruskan dengan baik oleh negeri-negeri tanpa sebarang masalah.

Menurutnya, pelaksanaan undang-undang Islam yang ada di Malaysia ketika ini juga mempunyai persamaan antara 98 hingga 99 peratus dan hanya seksyen sahaja berbeza termasuk istilah perkataan tertentu.

“Jika hendak diselaraskan, ia perlu dibawa ke dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja dan dibincangkan oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI).

“Namun, buat masa ini, hal-hal berkaitan agama masih mampu diuruskan dengan baik oleh pentadbiran negeri-negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan majlis pelancaran pelan strategik 2023-2027 dan laman web baharu Maidam di sini, hari ini.

Mingguan Malaysia semalam melaporkan penceramah bebas, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani mencadangkan sijil pentauliahan mengajar bagi penceramah agama perlu diselaraskan di semua negeri bagi mengelakkan timbul pertikaian pada masa hadapan.

Sebelum itu, Maidam mengeluarkan arahan semua semua ahli politik termasuk Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Dewan Negara tidak dibenarkan menyampaikan ceramah dan kuliah agama di masjid serta surau di Terengganu.

Mengulas lanjut, Shaikh Harun berkata, larangan pemimpin dan aktivis politik di Terengganu tidak menggunakan masjid serta surau bagi menyampaikan ceramah atau mengadakan sebarang aktiviti berunsur politik kepartian bertujuan mengelakkan perpecahan dalam kalangan penduduk di negeri itu.

“Kita tidak menghalang untuk menyebarkan syiar Islam, namun tidak mahu masjid dan surau dijadikan gelanggang politik kepartian.

“Kadang-kadang orang politik ini bila diberi peluang sejengkal jadi sedepa (berlebihan), sebab itu kena ada tauliah untuk mengajar di masjid dan surau,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending