Connect with us

Terkini

Kadar zakat mungkin diselaraskan dengan kenaikan harga beras – MAIDAM

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) tidak menolak kemungkinan berlakunya peningkatan kadar zakat fitrah bagi umat Islam di negeri ini pada tahun depan.

Wartawan TMT

Published

on

Kadar zakat mungkin diselaraskan dengan kenaikan harga beras – MAIDAM
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) tidak menolak kemungkinan berlakunya peningkatan kadar zakat fitrah bagi umat Islam di negeri ini pada tahun depan.
  • Yang Dipertua MAIDAM, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, ia susulan  kenaikan kadar harga beras melampau yang berlaku di pasaran tempatan sejak akhir-akhir ini.
  • Beliau berkata kebiasaannya, pegawai-pegawai di MAIDAM akan membuat tinjauan harga beras di pasaran dua atau tiga bulan sebelum Ramadan.
  • “Kita akan lihat harga beras yang sering dimakan oleh rakyat untuk dibawa ke dalam mesyuarat sebelum menetapkan kadar zakat fitrah yang sesuai dan seterusnya ia akan dipersembahkan kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan selepas mendapat perkenan baginda, barulah kita isytiharkan kadar zakat fitrah yang telah dipersetujui,” katanya selepas merasmikan sesi libat urus pemerkasaan pengoperasian MAIDAM dan pelancaran kempen potongan zakat berjadual di Taman Tamadun Islam.
  • Pada Ramadan lalu, MAIDAM menetapkan kadar zakat fitrah adalah RM8, RM10 dan RM24 seorang mengikut jenis beras yang dimakan setiap hari.

KUALA TERENGGANU: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) tidak menolak kemungkinan berlakunya peningkatan kadar zakat fitrah bagi umat Islam di negeri ini pada tahun depan.

Yang Dipertua MAIDAM, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, ia susulan  kenaikan kadar harga beras melampau yang berlaku di pasaran tempatan sejak akhir-akhir ini.

Beliau berkata kebiasaannya, pegawai-pegawai di MAIDAM akan membuat tinjauan harga beras di pasaran dua atau tiga bulan sebelum Ramadan.

“Kita akan lihat harga beras yang sering dimakan oleh rakyat untuk dibawa ke dalam mesyuarat sebelum menetapkan kadar zakat fitrah yang sesuai dan seterusnya ia akan dipersembahkan kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan selepas mendapat perkenan baginda, barulah kita isytiharkan kadar zakat fitrah yang telah dipersetujui,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan sesi libat urus pemerkasaan pengoperasian MAIDAM dan pelancaran kempen potongan zakat berjadual di Taman Tamadun Islam.

Pada Ramadan lalu, MAIDAM menetapkan kadar zakat fitrah adalah RM8, RM10 dan RM24 seorang mengikut jenis beras yang dimakan setiap hari.

Individu yang menggunakan beras super special tempatan perlu membayar zakat fitrah tidak kurang RM8 seorang.

Advertisement

Manakala,  jenis beras selain daripada itu, kadar zakat fitrah adalah RM10 seorang untuk beras super import (siam) dan RM24 seorang untuk beras jenis premium seperti basmathi.

Sumber: Buletin Tv3

Author

Terkini

Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel

Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

A.R. Khan

Published

on

Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Foto: Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo.
  • Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
  • Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
  • Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
  • “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
  • Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.

Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.

Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi  Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.

Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.

“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.

“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.

Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.

Advertisement

Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.

Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel. 

Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending