Connect with us

Terkini

Terjerumus dalam Islamofobia faktor muslim hina Islam

Bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa memberitahu terdapat masyarakat Muslim yang menghina Islam kerana terikut-ikut dengan budaya Islamofobia secara sedar atau tidak sedar.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Terjerumus dalam Islamofobia faktor muslim hina Islam
Foto: Bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.
  • Terdapat Muslim yang menghina Islam kerana terikut-ikut dengan budaya Islamofobia secara sedar atau tidak sedar. – Tan Sri Annuar Musa
  • Mereka sewenang-wenang memandang rendah pada ajaran Islam, mencemuh orang yang menegakkan Islam dan hukum-hakam Islam.
  • Kumpulan itu selesa dengan musuh Islam dan mencipta alasan untuk menjauhkan diri daripada Islam demi kedudukan serta kebendaan.
  • “Di Mekah ini kita menyaksikan manusia pelbagai kaum… bermacam-macam bahasa dan budaya. Namun semuanya mesra,bersama dan bersaudara,” katanya.

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa memberitahu terdapat masyarakat Muslim yang menghina Islam kerana terikut-ikut dengan budaya Islamofobia secara sedar atau tidak sedar.

“Mereka sewenang-wenang memandang rendah pada ajaran Islam, mencemuh orang yang menegakkan Islam, alim ulama Islam, malah hukum-hakam Islam,” katanya dalam satu kenyataan Facebook, semalam.

Beliau menjelaskan kumpulan itu selesa dengan musuh Islam dan mencipta alasan untuk menjauhkan diri daripada Islam demi kedudukan serta kebendaan yang ingin diperolehi.

“Kembali kita kepada dalil kebenaran. Islam agama persaudaraan kesederhanaan dan menolak perkauman,” katanya. 

Menurutnya, kelompok Islamofobia yang sememangnya memusuhi Islam memomokkan nilai-nilai negatif terhadap agama ini.

Surah al-Hujurat ayat ke-13 dalam kitab al-Quran juga jelas menunjukkan Islam tidak mendidik umatnya dengan sifat tersebut.

“Di Mekah ini kita menyaksikan manusia pelbagai kaum dan rupa, bermacam-macam warna kulit, bermacam-macam bahasa dan budaya. Namun semuanya mesra,bersama dan bersaudara,” katanya.

Bagaimanapun, orang ramai zaman ini dilihat seperti berpuak-puak dan menzalimi antara satu sama lain. – The Merdeka Times 

Sumber: Facebook Tan Sri Annuar Musa

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *