Connect with us

Antarabangsa

Serangan di pusat Islam Lisbon, dua maut

Dua maut dalam serangan bersenjatakan pisau di sebuah pusat Islam Ismailiyah, di sini dengan pihak polis Portugal dilapor menembak lelaki disyaki suspek insiden itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Serangan di pusat Islam Lisbon, dua maut
Foto: Tempat kejadian di sebuah pusat Islam Ismailiyah.
  • Dua maut dalam serangan bersenjatakan pisau di sebuah pusat Islam Ismailiyah, di sini dengan pihak polis Portugal dilapor menembak lelaki disyaki suspek insiden itu.
  • Menurut pihak berkuasa, polis dipanggil ke pusat itu lewat pagi Selasa di mana mereka menemukan suspek yang bersenjatakan pisau besar.
  • Polis berkata pihaknya mengarahkan lelaki terbabit menyerah diri, namun suspek terus mara dan terpaksa ‘diamankan’.
  • Perdana Menteri, António Costa, berkata polis menembak suspek dan serangan yang disifatkannya sebagai tindakan jenayah.
  • Umat ​​Islam Syiah Imami Ismaili umumnya dikenali sebagai Ismaili, tergolong dalam cabang Islam Syiah dan mereka adalah masyarakat pelbagai budaya yang tinggal di lebih 25 negara di seluruh dunia.

LISBON: Dua maut dalam serangan bersenjatakan pisau di sebuah pusat Islam Ismailiyah, di sini dengan pihak polis Portugal dilapor menembak lelaki disyaki suspek insiden itu.

Menurut pihak berkuasa, polis dipanggil ke pusat itu lewat pagi Selasa di mana mereka menemukan suspek yang bersenjatakan pisau besar.

Melalui kenyataan dikeluarkan, polis berkata pihaknya mengarahkan lelaki terbabit menyerah diri, namun suspek terus mara dan terpaksa ‘diamankan’.

Suspek kemudian dibawa ke hospital Lisbon untuk rawatan, di mana dia kini berada dalam tahanan polis.

Selain dua yang maut terdapat beberapa yang lain cedera, namun kenyataan dikeluarkan pihak polis tidak memberikan butiran lanjut.

Perdana Menteri, António Costa, berkata polis menembak suspek dan serangan yang disifatkannya sebagai tindakan jenayah.

“Semuanya menunjukkan ini sebagai insiden terpencil,” kata Costa tanpa mengulas lanjut.

Tiada maklumat segera mengenai identiti mangsa yang terbunuh.

Dalam pada itu, polis bersenjata dari unit operasi khas dilihat mengawal perimeter luar bangunan.

Costa berkata, polis masih lagi menyiasat insiden serangan itu dan sehingga kini, masih terlalu awal untuk membuat spekulasi mengenai motif.

Umat ​​Islam Syiah Imami Ismaili umumnya dikenali sebagai Ismaili, tergolong dalam cabang Islam Syiah dan mereka adalah masyarakat pelbagai budaya yang tinggal di lebih 25 negara di seluruh dunia.

Portugal tidak merekodkan sebarang serangan pengganas ketara dalam beberapa dekad kebelakangan ini dan keganasan agama hampir tidak pernah didengari. = AGENSI

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *