Connect with us

Antarabangsa

Sekolah di Afghanistan kembali dibuka tanpa pelajar perempuan

Sesi persekolahan tahun akademik baharu di Afghanistan sudah dibuka, namun, begitu pemerintahan Taliban masih menafikan peluang untuk pelajar-pelajar perempuan daripada menghadiri kelas di peringkat menengah.

Wartawan TMT

Published

on

Sekolah di Afghanistan kembali dibuka tanpa pelajar perempuan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sesi persekolahan tahun akademik baharu di Afghanistan sudah dibuka, namun, begitu pemerintahan Taliban masih menafikan peluang untuk pelajar-pelajar perempuan daripada menghadiri kelas di peringkat menengah.
  • Menteri Pendidikan Habibullah Agha berkata, pelajar-pelajar perempuan hanya berpeluang mendapat pendidikan sehingga Gred 6 sahaja dan kerajaan masih kekal tidak membenarkan golongan itu menghadiri pengajian peringkat menengah.
  • Di negara berkenaan, hanya madrasah atau sekolah pengajian agama Islam sahaja yang terbuka kepada pelajar-pelajar perempuan dari semua lapisan usia.
  • “Tetapi, madrasah tidak boleh membantu saya bergelar seorang doktor, perkara itu hanya boleh dilakukan di sekolah,” – Pelajar Gred 9 di Kabul, Yana.

KABUL: Sesi persekolahan tahun akademik baharu di Afghanistan sudah dibuka, namun, begitu pemerintahan Taliban masih menafikan peluang untuk pelajar-pelajar perempuan daripada menghadiri kelas di peringkat menengah.

Portal berita Al Jazeera melaporkan, Menteri Pendidikan Habibullah Agha mengesahkan perkara itu berkata, pelajar-pelajar perempuan hanya berpeluang mendapat pendidikan sehingga Gred 6 sahaja dan kerajaan masih kekal tidak membenarkan golongan itu menghadiri pengajian peringkat menengah.

Di negara berkenaan, hanya madrasah atau sekolah pengajian agama Islam sahaja yang terbuka kepada pelajar-pelajar perempuan dari semua lapisan usia.

Menurut Yada, seorang pelajar Gred 9 di Kabul memberitahu Al Jazeera, madrasah merupakan pusat pengajian paling tepat sekali utuk meningkatkan pengetahuan agama.

“Tetapi, madrasah tidak boleh membantu saya bergelar seorang doktor, perkara itu hanya boleh dilakukan di sekolah,” kata Yada.

Sementara mimpi dan keinginan Sara yang berada di Gred 10 pula semoga sekolah-sekolah dibuka sepanjang masa.

“Semoga satu hari nanti sekolah akan dibuka (untuk pelajar-pelajar perempuan) dan pembelajaran saya akan terus berkembang. Harapan saya tidak pernah hilang,” ujarnya.

Sejak berkuasa pada Ogos 2021, pemerintah Taliban begitu tegas dalam melaksanakan pemerintahan Islam.

Tindakan tidak membenarkan pelajar perempuan melanjutkan pendidikan di peringkat menengah dikuatkuasakan pada Mac tahun lalu oleh Taliban, hanya beberapa jam selepas Kementerian Pendidikan membuka semula sekolah untuk pelajar perempuan dan lelaki.

Tidak ada mana-mana negara yang majoriti penduduknya beragama Islam menafikan hak Pendidikan kepada kaum wanita.

Taliban juga, lapor portal itu, mengharamkan wanita melanjutkan pengajian di universiti pada Disember lalu.

Sumber: Astro Awani

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Muslim lemah dan letih, Ramadan masa terbaik bunuh penduduk Gaza – Ahli Parlimen Israel

Ramadan masa terbaik untuk membunuh penduduk Gaza yang lemah dan letih kerana mereka berpuasa, kata Ahli Knesset (Parlimen Israel), Almog Cohen.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Ahli Knesset (Parlimen Israel), Almog Cohen.

Ramadan masa terbaik untuk membunuh penduduk Gaza yang lemah dan letih kerana mereka berpuasa, kata Ahli Knesset (Parlimen Israel), Almog Cohen.

Bercakap di Channel 14 Israel, Ahli Parlimen rasis itu menyeru Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu supaya menyerang Rafah dan membunuh warga Palestin di Gaza.

“Perdana Menteri individu yang menentukan keputusan (menyerang), Perdana Menteri, kita perlu turunkan tentera di Rafah dan “bunuh mereka”.

“Ya! ketika mereka lapar, ketika mereka kepenatan, ketika mereka lemah, supaya dipatahkan tulang belulang mereka.

“Waktu Ramadan lah waktu terbaik untuk membunuh mereka, mereka lemah dan kepenatan dan tidak, saya tidak mengasihani mereka,” kata Cohen.

Video dimuat naik di Instagram MEMO itu menerima respons negatif netizen termasuk individu yang tidak senang dengan laras bahasa digunakan Ahli Parlimen Israel itu.

“Adakah kamu tahu mana-mana orang negara lain yang bercakap seperti ini ketika ke udara? dahagakan darah? Genosida.. secara terbuka.. bebas atas kesepakatan awam..?! Tak pernah nampak rejim yang paling ganas pun cakap macam ni tentang manusia .. tak masuk akal!!,” kata netizen, Yusra Ahmed.

Israel membunuh lebih 32,000 rakyat Palestin sejak permulaan tindakan genosidnya ke atas Gaza pada 7 Oktober lalu dengan majoriti mangsanya adalah wanita dan kanak-kanak. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending