Connect with us

Terkini

Purata harga ayam standard meningkat RM10.33 sekilogram

Purata harga ayam standard pada bulan Februari 2023 meningkat kepada RM10.33 sekilogram berbanding RM9.46 pada Februari 2022.

Wartawan TMT

Published

on

Purata harga ayam standard meningkat RM10.33 sekilogram
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Purata harga ayam standard pada bulan Februari 2023 meningkat kepada RM10.33 sekilogram berbanding RM9.46 pada Februari 2022.
  • Purata harga bahan mentah itu di Semenanjung Malaysia adalah sebanyak RM9.76 sekilogram berbanding RM8.94 sekilogram pada Februari 2022 di mana melebihi paras harga kawalan ditetapkan kerajaan iaitu RM9.40. – Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin 
  • “Selain itu, peningkatan pada subkumpulan itu turut didorong oleh peningkatan daging babi (31.8 peratus) dan itik (10.5 peratus).
  • “Secara bulanan, daging segar meningkat sebanyak 0.5 peratus disumbangkan oleh peningkatan daging babi yang mencatatkan kenaikan 2.4 peratus, diikuti daging ayam dan itik di mana masing-masing meningkat sebanyak 0.4 peratus,” katanya dalam satu kenyataan akhbar berkenaan Indeks Harga Pengguna (IHP) Februari 2023 yang dikeluarkan hari ini.

PUTRAJAYA – Purata harga ayam standard pada bulan Februari 2023 meningkat kepada RM10.33 sekilogram berbanding RM9.46 pada Februari 2022.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, selain itu, purata harga bahan mentah itu di Semenanjung Malaysia adalah sebanyak RM9.76 sekilogram berbanding RM8.94 sekilogram pada Februari 2022 di mana melebihi paras harga kawalan ditetapkan kerajaan iaitu RM9.40.

“Selain itu, peningkatan pada subkumpulan itu turut didorong oleh peningkatan daging babi (31.8 peratus) dan itik (10.5 peratus).

“Secara bulanan, daging segar meningkat sebanyak 0.5 peratus disumbangkan oleh peningkatan daging babi yang mencatatkan kenaikan 2.4 peratus, diikuti daging ayam dan itik di mana masing-masing meningkat sebanyak 0.4 peratus,” katanya dalam satu kenyataan akhbar berkenaan Indeks Harga Pengguna (IHP) Februari 2023 yang dikeluarkan hari ini.

Katanya, peningkatan dua digit daging babi yang berterusan sejak 2022 adalah disebabkan oleh kekurangan bekalan susulan Demam Babi Afrika yang melanda beberapa negeri.

“Bagaimanapun, daging lembu mencatatkan penurunan sebanyak negatif 0.1 peratus,” katanya.

Pada masa sama, katanya, hujan lebat berterusan sejak akhir Disember 2022 hingga Februari 2023 di beberapa negeri telah mendorong kepada kenaikan harga makanan terutamanya sayur-sayuran.

“Kesan daripada perubahan monsun itu, inflasi bagi subkumpulan sayur-sayuran telah mencatatkan peningkatan ketara kepada 5.8 peratus berbanding 1 peratus pada Januari 2023.

“Secara bulanan, sayur-sayuran merekodkan peningkatan sebanyak 2.8 peratus berbanding 0.7 peratus pada Januari 2023.

“Antara sayur-sayuran mencatatkan kenaikan tahun ke tahun adalah timun (24.8 peratus) dengan purata harga RM5.20 sekilogram serta bendi (19 peratus) dengan purata harga RM11.66 sekilogram,” katanya.

Jelasnya, kenaikan juga dicatatkan bagi tomato iaitu peningkatan sebanyak 17.1 peratus dengan purata harga RM8.73 sekilogram.

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Mahkamah batal penukaran agama gadis Kristian kepada Islam

Seorang penganut Kristian Katolik Sabah berjaya dalam permohonan untuk membatalkan penukaran agamanya kepada Islam dua tahun lalu susulan keretakan hubungannya dengan lelaki Islam yang berjanji untuk mengahwini gadis berkenaan pada mulanya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang penganut Kristian Katolik Sabah berjaya dalam permohonan untuk membatalkan penukaran agamanya kepada Islam dua tahun lalu susulan keretakan hubungannya dengan lelaki Islam yang berjanji untuk mengahwini gadis berkenaan pada mulanya.
  • Peguam, Shamsher Singh Thind mewakili gadis berusia 21 tahun itu mengesahkan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membenarkan permohonan semakan kehakimannya.
  • Menurut dokumen mahkamah, gadis etnik Murut itu menegaskan tindakannya memeluk Islam – ketika berusia 17 tahun pada 11 Jun 2020, di pejabat Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa Pulau Pinang – adalah tidak sah kerana dilakukan tanpa persetujuan ibu bapanya yang menganut Kristian Katolik.
  • Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Quay Chew Soon dalam keputusan hari ini membenarkan permohonan gadis itu untuk membatalkan penukaran agamanya, menunjukkan Seksyen 117(b) enakmen negeri yang sama memerlukan persetujuan kedua-dua ibu bapanya sebelum dia boleh memeluk Islam.
  • Mahkamah bukan sahaja memutuskan gadis itu masih beragama Kristian Katolik, namun pendaftarannya sebagai mualaf adalah tidak sah sejak awal proses lagi.

KUALA LUMPUR — Seorang penganut Kristian Katolik Sabah berjaya dalam permohonan untuk membatalkan penukaran agamanya kepada Islam dua tahun lalu susulan keretakan hubungannya dengan lelaki Islam yang berjanji untuk mengahwini gadis berkenaan pada mulanya.

Peguam, Shamsher Singh Thind mewakili gadis berusia 21 tahun itu mengesahkan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membenarkan permohonan semakan kehakimannya.

Menurut dokumen mahkamah, gadis etnik Murut itu menegaskan tindakannya memeluk Islam – ketika berusia 17 tahun pada 11 Jun 2020 di pejabat Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa Pulau Pinang – adalah tidak sah kerana dilakukan tanpa persetujuan ibu bapanya yang menganut Kristian Katolik.

Gadis itu berkata persetujuannya untuk didaftarkan sebagai mualaf hanya diberikan kerana teman lelakinya ketika itu memaklumkan prosedur berkenaan diperlukan supaya mereka boleh melangsungkan perkahwinan yang sah.

Katanya, sewaktu dia bersetuju untuk didaftarkan sebagai mualaf, dia masih belum mencapai usia 18 tahun, yang hanya berlaku kemudian pada 22 November 2020.

“Saya mengesahkan bahawa sekitar Februari 2022, saya berputus hubungan dengan teman lelaki saya dan tidak berkahwin dengannya.

“Saya mengesahkan bahawa selepas berputus hubungan dengan teman lelaki dan sehingga 25 April 2023, saya telah cuba beberapa kali membatalkan pendaftaran saya sebagai mualaf.

“Tetapi dimaklumkan beberapa peguam syarie bahawa permintaan ini adalah mustahil kerana seksyen 113(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 memperlakukan saya sebagai orang Islam untuk selama-lamanya,” kata gadis itu dipetik Malaysiakini hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Quay Chew Soon dalam keputusan hari ini membenarkan permohonan gadis itu untuk membatalkan penukaran agamanya, menunjukkan Seksyen 117(b) enakmen negeri yang sama memerlukan persetujuan kedua-dua ibu bapanya sebelum dia boleh memeluk Islam.

Mahkamah bukan sahaja memutuskan gadis itu masih beragama Kristian Katolik, namun pendaftarannya sebagai mualaf adalah tidak sah sejak awal proses lagi.

Quay juga mengarahkan kedua-dua responden – Majlis Islam Pulau Pinang dan pendaftar mualaf negeri – untuk mengeluarkan nama dan butiran gadis itu daripada pejabat pendaftaran. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending