Connect with us

Terkini

(VIDEO) PrEP jimatkan RM47 juta kos rawatan HIV dari 2006 hingga 2013 – Timbalan Menteri Kesihatan

Kajian Centre Of Excellence For Research In AIDS (CERiA) menunjukkan penggunaan Pre-exposure prophylaxis (PrEP) sebagai langkah pencegahan transmisi HIV menjimatkan kos kesihatan merawat penyakit itu sebanyak RM47 juta pada 2006 hingga 2013.

Hidayah Sani

Published

on

PrEP jimatkan RM47 juta kos rawatan HIV dari 2006 hingga 2013 - Timbalan Menteri Kesihatan
Foto: Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni.
  • Kajian Centre Of Excellence For Research In AIDS (CERiA) menunjukkan penggunaan PrEP sebagai langkah pencegahan transmisi HIV menjimatkan kos kesihatan merawat penyakit itu sebanyak RM47 juta pada 2006 hingga 2013.
  • Demikian jawapan Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berhubung pertanyaan mengenai kesan pemberian PrEP kepada kewangan negara bagi pelaksanaan projek perintis penggunaan ubat PrEP yang meletakkan kumpulan sasar individu 18 tahun ke atas, HIV seronegatif dan berisiko tinggi dijangkiti HIV.
  • “Mencegah dengan ubat PrEP adalah bersifat sementara berbanding merawat orang yang menghidapi HIV yang perlu mengambil ubat antiretroviral seumur hidup dan pastinya memakan belanja lebih besar,” kata Lukanisman menjawab soalan Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi mengenai isu itu di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPURKajian Centre Of Excellence For Research In AIDS (CERiA) menunjukkan penggunaan Pre-exposure prophylaxis (PrEP) sebagai langkah pencegahan transmisi HIV menjimatkan kos kesihatan merawat penyakit itu sebanyak RM47 juta pada 2006 hingga 2013.

Demikian jawapan Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berhubung pertanyaan mengenai kesan pemberian PrEP kepada kewangan negara bagi pelaksanaan projek perintis penggunaan ubat PrEP yang meletakkan kumpulan sasar individu 18 tahun ke atas, HIV seronegatif dan individu berisiko tinggi untuk dijangkiti HIV.

Pertanyaan itu diajukan Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi di Dewan Rakyat hari ini.

Lukanisman berkata memandangkan projek perintis itu baru sahaja dilaksanakan, maka kajian berhubung kesan kewangan negara akan diteliti semula selepas tempoh pelaksanaan selesai, termasuk keperluan meneruskan projek berkenaan atau sebaliknya.

“PrEP adalah kaedah pencegahan tambahan yang ternyata berkesan yang perlu disediakan sebagai suplemen kepada usaha pencegahan sedia ada seperti advokasi abstinens, kondom, pengurangan risiko dan lain-lain.

“Mencegah dengan ubat PrEP adalah bersifat sementara berbanding merawat orang yang menghidapi HIV yang perlu mengambil ubat antiretroviral seumur hidup dan pastinya memakan belanja lebih besar,” katanya.

Beliau berkata jika individu menghidapi HIV mendapat komplikasi AIDS dan penyakit oportunistik rawatan akan menjadi lebih mahal serta melibatkan kos hospital dan rawatan rapi yang sangat tinggi.

Katanya, kos bakal dikeluarkan adalah lebih tinggi berbanding pemberian PrEP yang hanya berharga RM320 bagi seorang untuk tempoh setahun.

Kementerian Kesihatan pada Disember lalu dilaporkan bakal melakukan projek rintis berkenaan penggunaan ubat PrEP di beberapa hospital bagi menilai keberkesanan dan keselamatannya dalam mengurangkan risiko penularan jangkitan HIV.

Ubat PrEP secara percuma itu akan diberikan kepada golongan berisiko dijangkiti HIV, termasuk komuniti LGBT, di mana ia menimbulkan perdebatan dalam kalangan pengamal perubatan, terutama doktor Muslim. – The Merdeka Times

Sumber : Youtube Parlimen Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending