Connect with us

Terkini

Mentega Terbang: Pembuat filem diingatkan hormati undang-undang

Pembuat filem di negara ini diingatkan agar menghormati undang-undang yang terpakai terhadap karya yang dihasilkan.

Wartawan TMT

Published

on

Mentega Terbang: Pembuat filem diingatkan hormati undang-undang
Foto: Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil.
  • Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata mana-mana pihak melanggar undang-undang akan berdepan tindakan dan dibawa ke muka pengadilan.
  • “Saya ingin beri ingatan kepada semua walaupun kita nak jadi pembuat filem, kita masih ada undang-undang yang terpakai kepada apa-apa karya kita hasilkan, jadi kita perlu hormat undang-undang itu.
  • “Kalau berlaku pelanggaran, pihak berkuasa akan ambil tindakan. Memang saya pernah sebut ia (Mentega Terbang) disiapkan pada 2021, waktu itu saya bukan menteri, jadi saya tak mahu mengelak dan kita ambil tindakan sekarang,” katanya semasa Town Hall Rakyat Sinar Harian Bersama Fahmi Fadzil pada Isnin.
  • Beliau berkata siasatan masih diteruskan dan sekiranya Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati ada pelanggaran, maka tindakan boleh diambil.

KUALA LUMPUR : Pembuat filem di negara ini diingatkan agar menghormati undang-undang yang terpakai terhadap karya yang dihasilkan.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, mana-mana pihak yang melanggar undang-undang akan berdepan tindakan dan dibawa ke muka pengadilan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kontroversi filem Mentega Terbang yang mengundang kemarahan banyak pihak.

“Saya ingin tegaskan bahawa Kerajaan pada hari ini sangat tegas dalam isu kepatuhan kepada undang-undang sedia ada.

“Saya ingin beri ingatan kepada semua walaupun kita nak jadi pembuat filem, kita masih ada undang-undang yang terpakai kepada apa-apa karya kita hasilkan, jadi kita perlu hormat undang-undang itu.

“Kalau berlaku pelanggaran, pihak berkuasa akan ambil tindakan. Memang saya pernah sebut ia (Mentega Terbang) disiapkan pada 2021, waktu itu saya bukan menteri, jadi saya tak mahu mengelak dan kita ambil tindakan sekarang,” katanya semasa Town Hall Rakyat Sinar Harian Bersama Fahmi Fadzil pada Isnin.

Ujarnya,Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah mengambil langkah untuk berhubung dengan pihak Viu dan filem itu telah diturunkan serta tidak lagi boleh ditonton oleh mana-mana pihak.

“Jadi, siasatan diteruskan dan sekiranya Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati ada pelanggaran, maka tindakan boleh diambil,” tambahnya lagi.

Beliau juga berharap proses siasatan akan dapat diselesaikan segera dan memahami polis perlu mengambil keterangan pihak tertentu.

“Jadi kita kena pastikan proses itu berjalan. Jangan melakukan tindakan di luar batas undang-undang. Itu juga satu kesalahan. Jadi sabar, pihak berkuasa akan ambil tindakan,” ujar beliau.

Pada Sabtu, PDRM telah membuka satu kertas siasatan terhadap filem kontroversi Mentega Terbang selepas menerima lapan laporan polis.

Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), D5 Bukit Aman di bawah Seksyen 298A KK, Seksyen 505 (b) KK dan Seksyen 233 AKMM 1998.

Sejak minggu lalu, filem Mentega Terbang arahan sutradara muda, Khairil Anwar, tular selepas dikecam mengandungi babak didakwa mempersendakan Islam dan menyentuh sensitiviti umat Islam.

Filem berdurasi sejam 45 minit itu menjadi bualan hangat kerana mengandungi babak seorang bapa yang berfikiran terbuka apabila tidak menghalang anak memilih agama, di mana perbuatan itu bertentangan dengan Islam.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending