Terkini
Melayu undi PN kerana main isu perkauman – pemimpin DAP
Pemimpin DAP, P Ramasamy hari ini menuduh Bersatu dan PAS sebagai parti perkauman, sambil berkata ia merupakan sebab gabungan Perikatan Nasional (PN) menerima sokongan majoriti orang Melayu.

- Ramasamy berkata, beliau tidak fikir PN akan dapat lebih 50% undi Melayu tanpa terlibat dalam perbuatan perkauman dan ekstremisme agama paling teruk.
- “Pada PRU15 lepas, saya tidak fikir PN akan dapat lebih 50% undi Melayu tanpa terlibat dalam perbuatan perkauman dan ekstremisme agama paling teruk,” -Ramasamy,
- PN yang diketuai oleh Muhyiddin Yassin menang sebahagian besar undi Melayu pada PRU15 lepas, malah berjaya mengalahkan Umno di kubu kuatnya.
Pemimpin DAP, P Ramasamy hari ini menuduh Bersatu dan PAS sebagai parti perkauman, sambil berkata ia merupakan sebab gabungan Perikatan Nasional (PN) menerima sokongan majoriti orang Melayu.
“Pada PRU15 lepas, saya tidak fikir PN akan dapat lebih 50% undi Melayu tanpa terlibat dalam perbuatan perkauman dan ekstremisme agama paling teruk,” kata Ramasamy, yang merupakan timbalan ketua menteri II Pulau Pinang, dipetik Malaysia Now.
Dalam reaksinya terhadap kenyataan pemimpin Bersatu Wan Saiful Wan Jan yang menuduh Pakatan Harapan (PH) menggunakan isu perkauman, Ramasamy menafikan dakwaan itu, dengan mengatakan gabungan itu tidak pernah mengapi-apikan sentimen perkauman.
Ramasamy turut mengakui majoriti orang Melayu menyokong Bersatu dan PAS di bawah PN, sambil menambah bahawa kedua-dua parti itu saling memperkukuhkan “dua bentuk ekstremisme”.
“Ya, orang bukan Melayu beramai-ramai undi PH, adakah ini rahsia? Pakatan dapat kurang undi Melayu berbanding PN. Adakah ini rahsia?” soalnya.
PN yang diketuai oleh Muhyiddin Yassin menang sebahagian besar undi Melayu pada PRU15 lepas, malah berjaya mengalahkan Umno di kubu kuatnya.
Sumber : Malaysia Now, Facebook Prof.Dr.Ramasamy
Terkini
Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
- Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
- “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
- “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
- Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.
“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.
“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.
Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.
“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.
“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.
Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.
Sumber : Harian Metro
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa2 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS