Connect with us

Terkini

Malaysia tidak maju jika tidak martabat bahasa kebangsaan – Hadi Awang

Malaysia masih tidak mampu menjadi negara maju disebabkan tidak memartabatkan bahasa kebangsaan.

Wartawan TMT

Published

on

Malaysia tidak maju jika tidak martabat bahasa kebangsaan – Hadi Awang
Foto: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
  • Malaysia masih tidak mampu menjadi negara maju disebabkan tidak memartabatkan bahasa kebangsaan.
  • Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, negara perlu mencontohi negara maju lain yang mana mendidik rakyat menggunakan bahasa kebangsaan sendiri.
  • “Malaysia tidak sampai tahap negara maju sedangkan hasil kita banyak. Kita ada sumber sendiri, tenaga manusia.
  • “Kita melihat Korea, Jepun, Jerman, China bangkit dengan bahasa ibunda. Mereka didik rakyat, mengilmukan rakyat dengan bahasa ibunda mereka sendiri.
  • “Kita tidak mendidik rakyat dengan bahasa kebangsaan kita. Kalau nak bijak, kena belajar bahasa Inggeris, bahasa asing,” ujarnya.

KUALA LUMPUR – Malaysia masih tidak mampu menjadi negara maju disebabkan tidak memartabatkan bahasa kebangsaan.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, negara perlu mencontohi negara maju lain yang mana mendidik rakyat menggunakan bahasa kebangsaan sendiri.

“Malaysia tidak sampai tahap negara maju sedangkan hasil kita banyak. Kita ada sumber sendiri, tenaga manusia.

“Kita terletak di tempat yang paling strategik. Selat Melaka, Laut China Selatan. Tengah Asia Tenggara. Sepatutnya kita dapat menjana ekonomi, menampung pekerja dan segala-galanya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Dialog Ulama Negarawan sempena Pelancaran Buku Fiqh Siasah Abdul Hadi Awang di sini pada Selasa.

Menurut Ahli Parlimen Marang itu, peranan bahasa merupakan faktor penting dalam memajukan sesebuah negara.

“Kita melihat Korea, Jepun, Jerman, China bangkit dengan bahasa ibunda. Mereka didik rakyat, mengilmukan rakyat dengan bahasa ibunda mereka sendiri.

“Kita tidak mendidik rakyat dengan bahasa kebangsaan kita. Kalau nak bijak, kena belajar bahasa Inggeris, bahasa asing,” ujarnya.

Beliau menambah, ketika kebangkitan Islam pada zaman dahulu, kesemua ilmu diterjemahkan kepada bahasa Arab.

“Walaupun dalam bahasa lain, mereka terjemah kepada bahasa Arab. Mereka mengilmukan rakyat dengan bahasa ibunda,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Author

Terkini

(VIDEO) Isu ‘politik bodoh’ tiada kaitan Perkara 153, Menteri Kesihatan & KPT selesai segera isu ‘Parallel Pathway’ ! – KJ

Menteri Kesihatan, Menteri Pendidikan Tinggi dan Ketua Pengarah Kesihatan digesa segera menyelesaikan isu pendaftaran dan perakuan graduan pembedahan kardiotoraks dan pelatih di bawah Program Parallel Pathway untuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan (kiri), Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad (tengah bawah), Menteri Pendidikan Tinggi, Dato Seri Zambry Abdul Kadir (tengah atas) dan Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (kanan).
  • Menteri Kesihatan, Menteri Pendidikan Tinggi dan Ketua Pengarah Kesihatan digesa segera menyelesaikan isu pendaftaran dan perakuan graduan pembedahan kardiotoraks dan pelatih di bawah Program Parallel Pathway untuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM).
  • Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) mendakwa isu itu tercetus kerana Ketua Pengarah Kesihatan yang juga Presiden Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tidak mengiktiraf kepakaran graduan daripada program tersebut.
  • KJ berkata permasalahan itu berlanjutan terlalu lama hingga menjadi perdebatan beberapa pihak dan membabitkan perkara yang tidak sepatutnya dibangkitkan seperti Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
  • So kalau tak iktiraf then fix the problem quickly. Sebab kita tak boleh nak tunggu ada satu cohort pelajar pegawai perubatan yang sekarang ini stuck .
  • “UiTM dia tak boleh pergi sebab tiada guarantee (jaminan) yang dia akan dia akan didaftar sebagai specialty dan dia terpaksa berdepan isu politik yang bodoh ini yang sebenarnya tak ada kaitan langsung dengan isu spesifik ini dibesarkan dijadikan sampai isu 153 Perlembagaan Persekutuan sebagainya,” katanya menerusi klip video dimuat naik di Instagram @keluar.sekejap di sini hari ini.
  • Media sebelum ini melaporkan Anggota Lembaga Program Pascasiswazah Pembedahan Kardiotoraks UiTM-IJN, Profesor Dr Raja Amin Raja Mokhtar mendedahkan UiTM bersedia membuka program berkenaan secara sementara kepada pelatih dan graduan Parallel Pathway bukan bumiputera sehingga program sama dibuka di Universiti Malaya (UM).
  • Perkara itu menimbulkan pertikaian beberapa pihak yang mendakwanya sebagai mengganggu-gugat hak orang Melayu dan bumiputera susulan Fasal 1A Akta UiTM 1976 (Akta 173) memperuntukkan dengan jelas penubuhan UiTM adalah selaras Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

KUALA LUMPUR — Menteri Kesihatan, Menteri Pendidikan Tinggi dan Ketua Pengarah Kesihatan digesa segera menyelesaikan isu pendaftaran dan perakuan graduan pembedahan kardiotoraks dan pelatih di bawah Program Parallel Pathway untuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) mendakwa isu itu tercetus kerana Ketua Pengarah Kesihatan yang juga Presiden Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tidak mengiktiraf kepakaran graduan daripada program tersebut.

KJ berkata permasalahan itu berlanjutan terlalu lama hingga menjadi perdebatan beberapa pihak dan membabitkan perkara yang tidak sepatutnya dibangkitkan seperti Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

So kalau tak iktiraf then fix the problem quickly. Sebab kita tak boleh nak tunggu ada satu cohort pelajar pegawai perubatan yang sekarang ini stuck .

“UiTM dia tak boleh pergi sebab tiada guarantee (jaminan) yang dia akan dia akan didaftar sebagai specialty dan dia terpaksa berdepan isu politik yang bodoh ini yang sebenarnya tak ada kaitan langsung dengan isu spesifik ini dibesarkan dijadikan sampai isu 153 Perlembagaan Persekutuan sebagainya. 

We want to settle a very specific problem so menteri kesihatan, menteri pengajian tinggi, ketua pengarah kesihatan this problem has gone on long enough (masalah ini telah berlarutan cukup lama) dan dia dah menjadi masalah percakapan dan juga perdebatan yang bodoh yang sekarang ini melibatkan benda yang sepatutnya tak dilibatkan Perlembagaan Persekutuan, kedudukan istimewa orang Melayu dan sebagainya.

“Selesaikanlah isu ini, I mean you are the ministers, you are the director general of health for god’s sake, get it done, (Maksud saya, anda adalah menteri, anda adalah ketua pengarah kesihatan demi tuhan, selesaikan isu ini),” katanya menerusi klip video dimuat naik di Instagram @keluar.sekejap di sini hari ini.

Portal berita kesihatan CodeBlue pada April lalu melaporkan Anggota Lembaga Program Pascasiswazah Pembedahan Kardiotoraks UiTM-IJN, Profesor Dr Raja Amin Raja Mokhtar mendedahkan UiTM bersedia membuka program berkenaan secara sementara kepada pelatih dan graduan Parallel Pathway bukan bumiputera sehingga program sama dibuka di Universiti Malaya (UM).

Perkara itu menimbulkan pertikaian beberapa pihak yang mendakwanya sebagai mengganggu-gugat hak orang Melayu dan bumiputera susulan Fasal 1A Akta UiTM 1976 (Akta 173) memperuntukkan dengan jelas penubuhan UiTM adalah selaras Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Memetik laporan Malaysiakini, difahamkan pada 20 Mac lalu terdapat empat graduan yang menjalankan program latihan ijazah lanjutan kepakaran bersama Royal College of Surgeons Edinburgh dalam pembedahan kardiotoraks memfailkan permohonan semakan kehakiman bersama di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Ia adalah untuk mencabar keputusan MMC yang menolak permohonan graduan terbabit pada 21 Disember lalu untuk berdaftar di Pendaftaran Pakar Kebangsaan (NSR).

MMC dikatakan menolak pendaftaran mereka kerana kelulusan Persekutuan Kolej Pakar Bedah Diraja Edinburgh dalam Pembedahan Kardiotoraks (FRCS Ed) tidak diiktiraf. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending