Connect with us

Terkini

Malaysia perlu lebih 40,000 penolong pegawai perubatan menjelang 2025

Negara memerlukan seramai 44,804 penolong pegawai perubatan (PPP) menjelang 2025 dengan mengambil kira jangkaan terdapat 36 juta penduduk Malaysia ketika itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Malaysia perlu lebih 40,000 penolong pegawai perubatan menjelang 2025
Foto:Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni (tengah).
  • Negara memerlukan seramai 44,804 penolong pegawai perubatan (PPP) menjelang 2025 dengan mengambil kira jangkaan terdapat 36 juta penduduk Malaysia ketika itu. – Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni
  • Beliau berkata bilangan PPP di negara kini adalah 23,329 orang dengan nisbah 1:1,400 berbanding populasi penduduk.
  • “Kekurangan PPP menyebabkan peningkatan beban kerja. PPP sedia ada bekerja lebih masa dan ia secara tidak langsung boleh menjejaskan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan,” katanya ketika berucap merasmikan Hari Pembantu Perubatan Ke-12 2023 Peringkat Kebangsaan di Kementerian Kesihatan (KKM), di sini, hari ini.
  • Beliau berkata bilangan PPP memiliki ijazah masih kecil membabitkan kurang 10 peratus, dan sasaran KKM adalah 75 peratus daripada mereka mempunyai kelulusan peringkat berkenaan menjelang 2030.

PUTRAJAYA, 10 Mac (Bernama) – Negara memerlukan seramai 44,804 penolong pegawai perubatan (PPP) menjelang 2025 dengan mengambil kira jangkaan terdapat 36 juta penduduk Malaysia ketika itu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni, berkata bilangan PPP di negara kini adalah 23,329 orang dengan nisbah 1:1,400 berbanding populasi penduduk.

“Kekurangan PPP menyebabkan peningkatan beban kerja. PPP sedia ada bekerja lebih masa dan ia secara tidak langsung boleh menjejaskan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan,” katanya ketika berucap merasmikan Hari Pembantu Perubatan Ke-12 2023 Peringkat Kebangsaan di Kementerian Kesihatan (KKM), di sini, hari ini.

Lukanisman menjelaskan, perbincangan antara Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan sentiasa diadakan bagi memastikan isu perjawatan tetap dapat diselesaikan dalam tempoh tiga hingga lima tahun.

Dalam pada itu, beliau berkata, bilangan PPP atau pembantu perubatan yang memiliki ijazah masih kecil membabitkan kurang 10 peratus, dan sasaran KKM adalah 75 peratus daripada mereka mempunyai kelulusan peringkat berkenaan menjelang 2030.

Justeru, beliau berkata, beberapa sesi libat urus telah diadakan antara cawangan perkhidmatan PPP dan Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia dengan beberapa universiti awam serta swasta untuk membuka peluang pendidikan program ijazah kepada golongan itu.

Ketika ini, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sultan Zainal Abidin dan Universiti Terbuka Malaysia menjalankan program khusus pada peringkat ijazah bagi PPP.

Lukanisman turut memaklumkan, Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi persidangan ‘The Global Association of Clinical Officers and Physician Associates’ di Putrajaya, Jun depan.

Sumber: BERNAMA

Author