Terkini
Larangan ahli politik ceramah di masjid, surau bantu redakan suhu politik – Fahmi
Larangan ceramah atau kuliah kepada mana-mana ahli politik di masjid dan surau dilihat mampu membantu meredakan suhu politik negara.
- Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata langkah itu juga adalah peringatan kepada semua bahawa premis agama bukanlah satu platform yang boleh digunakan untuk kepentingan politik mana-mana individu mahupun parti.
- Beliau berkata ia juga satu usaha untuk meredakan gejala ekstremis politik yang semakin meluas di negara sehingga menimbulkan persepsi ketidakstabilan kerajaan sekali gus mengurangkan kepercayaan pelabur.
- “Arahan larangan yang dikenakan kepada ahli politik khususnya di kawasan masjid itu adalah satu usaha yang saya lihat dapat bantu redakan (suhu politik) dan KKD juga akan mainkan peranan untuk tingkatkan kesedaran pentingnya hormat undang-undang ini.
- Sebab kita ke masjid untuk beribadat bukan berpolitik, jadi politik tu biarlah di luar dan jangan salah gunakan mana-mana pentas dan ruang yang tidak sepatutnya,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri sesi dialog awam bersama pengurusan dan agensi-agensi di bawah KKD di RTM Johor di sini hari ini (semalam).
JOHOR BAHRU – Tindakan beberapa negeri menguatkuasakan larangan kepada mana-mana ahli politik untuk mengadakan ceramah atau kuliah di masjid dan surau dilihat mampu membantu meredakan suhu politik negara.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata langkah itu juga adalah peringatan kepada semua bahawa premis agama bukanlah satu platform yang boleh digunakan untuk kepentingan politik mana-mana individu mahupun parti.
Beliau berkata ia juga dilihat sebagai satu usaha untuk meredakan gejala ekstremis politik yang semakin meluas di negara ini sehingga berpotensi menimbulkan persepsi ketidakstabilan kerajaan sekali gus mengurangkan kepercayaan pelabur.
“Arahan larangan yang dikenakan kepada ahli politik khususnya di kawasan masjid itu adalah satu usaha yang saya lihat dapat bantu redakan (suhu politik) dan KKD (Kementerian Komunikasi dan Digital) juga akan mainkan peranan untuk tingkatkan kesedaran pentingnya hormat undang-undang ini.
Sebab kita ke masjid untuk beribadat bukan berpolitik, jadi politik tu biarlah di luar dan jangan salah gunakan mana-mana pentas dan ruang yang tidak sepatutnya,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri sesi dialog awam bersama pengurusan dan agensi-agensi di bawah KKD di RTM Johor di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Menterinya Teo Nie Ching dan Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Seri Mohammad Mentek.
Media sebelum ini melaporkan negeri Terengganu dan Perak mengumumkan larangan kepada mana-mana individu yang mempunyai keterlibatan di dalam politik untuk menyampaikan kuliah, ceramah dan pengajaran agama di masjid dan surau bagi menjaga kemuliaan institusi keagamaan daripada sebarang unsur politik.
Fahmi berkata usaha meredakan suhu politik negara bersekali dengan membendung gejala ekstremis politik itu penting dalam memastikan kestabilan politik dan Kerajaan Persekutuan tidak diganggu.
“Kestabilan politik dan kerajaan persekutuan itu penting dalam menarik keyakinan pelabur luar, contohnya pelaburan oleh AWS (Amazon Web Services) itu ternoktah kerana keyakinan mereka kepada kestabilan negara kita.
“Kalau nak dikatakan kenapa tak tandatangan sebelum ini, kerana ketika itu (kerajaan terdahulu) tak stabil tapi Alhamdulillah kestabillan itulah yang didambakan bukan hanya pelabur tapi rakyat… jadi sama-sama kita bangunkan negeri dan negara ini,” katanya. – BERNAMA
Sumber: BERNAMA
Terkini
Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama
Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
- “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
- “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
- Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
- Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.
KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.
Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.
Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa3 days ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Saham MAHB: BlackRock sah miliki GIP – ARMADA BERSATU
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Antarabangsa3 days ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia