Terkini
Kerajaan koordinasi bantuan kepada Orang Asli terjejas banjir – TPM
Ahmad Zahid akan meminta Ketua Pengarah JAKOA untuk ke kawasan masyarakat itu yang terjejas bencana berkenaan untuk membuat penilaian.
- Kerajaan akan mengkoordinasi bantuan kepada masyarakat Orang Asli yang terjejas dengan banjir terutama di Johor dan Pahang. – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
- “Untuk JAKOA, selain daripada bantuan diberikan oleh Jawatankuasa Bencana Pusat di peringkat negeri dan daerah, saya akan meminta Ketua Pengarah JAKOA sendiri turun ke bawah (untuk membuat penilaian).”
- “Mungkin bukan hanya infrastruktur dan jalan tapi perkakasan rumah, pembaikan rumah perlu dilakukan… saya akan koordinasikan dengan JAKOA,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengenalan Calon-calon Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) peringkat negeri Melaka di sini malam tadi.
MELAKA: Kerajaan akan mengkoordinasi bantuan kepada masyarakat Orang Asli yang terjejas dengan banjir terutama di Johor dan Pahang, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata beliau akan meminta Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) untuk ke kawasan masyarakat itu yang terjejas bencana berkenaan untuk membuat penilaian.
“Untuk JAKOA, selain daripada bantuan diberikan oleh Jawatankuasa Bencana Pusat di peringkat negeri dan daerah, saya akan meminta Ketua Pengarah JAKOA sendiri turun ke bawah (untuk membuat penilaian).
“Mungkin bukan hanya infrastruktur dan jalan tapi perkakasan rumah, pembaikan rumah perlu dilakukan… saya akan koordinasikan dengan JAKOA,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengenalan Calon-calon Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) peringkat negeri Melaka di sini, malam tadi.
Beliau berkata bagaimanapun kerajaan setakat ini masih belum mempunyai jumlah tepat dalam kalangan masyarakat Orang Asli yang terkesan dengan banjir.
“Setakat ini tidak dapat jumlah rasmi (tapi) kami akan selaraskan bantuan untuk mereka,” katanya. – BERNAMA
Sumber: BERNAMA
Terkini
Pentadbiran Islam di Malaysia tidak tindas, paksa mana-mana pihak tukar agama
Pentadbiran Islam di Malaysia tidak pernah menindas mana-mana kelompok, malah tiada individu di negara ini yang dipaksa atau diugut supaya menukar agamanya, kata Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Profesor Dr Muhamad Rozaimi Ramle.
- Pentadbiran Islam di Malaysia tidak pernah menindas mana-mana kelompok, malah tiada individu di negara ini yang dipaksa atau diugut supaya menukar agamanya, kata Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Profesor Dr Muhamad Rozaimi Ramle.
- Muhamad Rozaimi menegaskan rumah-rumah ibadat kelompok bukan Islam juga tidak pernah diganggu di negara Islam ini.
- Sebaliknya, beliau merasakan usaha dakwah lebih sukar dilaksanakan di Malaysia walaupun ia negara Islam.
- “…Walaupun sebutan saya ini akan menyebabkan sedikit terguris kepada pentadbiran agama tapi saya kena sebut, kadang-kadang nak berdakwah agama Islam dalam negara ini lebih sukar daripada nak menyebarkan agama bukan Islam.
- “Kerana agama bukan Islam, Kristian, Hindu, Buddha tidak pernah disyaratkan nak berceramah di tempat mereka, di tempat ibadat mereka mesti mengambil tauliah tetapi di negeri-negeri Islam ini perlu mengambil tauliah.
- “14 negeri 14 tauliahlah kena ambil walaupun negara ini adalah negara umat Islam ataupun negara Islam,” katanya menerusi program Analisis bersama Finaz Yunus bertajuk ‘Fasiskah Bumiputera di Malaysia?’ yang bersiaran di platform media sosial The Merdeka Times di sini pada Isnin malam.
- Beliau berkata demikian ketika mengulas pertanyaan sama ada ciri-ciri fasis kelihatan dalam pentadbiran agama Islam di negara ini dan mengapa saat ini masih ramai yang beranggapan menegakkan syariat Islam adalah fasisme.
KUALA LUMPUR — Pentadbiran Islam di Malaysia tidak pernah menindas mana-mana kelompok, malah tiada individu di negara ini yang dipaksa atau diugut supaya menukar agamanya, kata Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Profesor Dr Muhamad Rozaimi Ramle.
Muhamad Rozaimi menegaskan rumah-rumah ibadat kelompok bukan Islam juga tidak pernah diganggu di negara Islam ini.
Sebaliknya, beliau merasakan usaha dakwah lebih sukar dilaksanakan di Malaysia walaupun ia negara Islam.
“…Walaupun sebutan saya ini akan menyebabkan sedikit terguris kepada pentadbiran agama tapi saya kena sebut, kadang-kadang nak berdakwah agama Islam dalam negara ini lebih sukar daripada nak menyebarkan agama bukan Islam.
“Kerana agama bukan Islam, Kristian, Hindu, Buddha tidak pernah disyaratkan nak berceramah di tempat mereka, di tempat ibadat mereka mesti mengambil tauliah tetapi di negeri-negeri Islam ini perlu mengambil tauliah.
“14 negeri 14 tauliahlah kena ambil walaupun negara ini adalah negara umat Islam ataupun negara Islam,” katanya menerusi program Analisis bersama Finaz Yunus bertajuk ‘Fasiskah Bumiputera di Malaysia?’ yang bersiaran di platform media sosial The Merdeka Times di sini pada Isnin malam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas pertanyaan sama ada ciri-ciri fasis kelihatan dalam pentadbiran agama Islam di negara ini dan mengapa saat ini masih ramai yang beranggapan menegakkan syariat Islam adalah fasisme.
Program terbitan Merdeka Studio itu turut menampilkan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim dan peguam, Tai Zee How atau lebih dikenali sebagai ‘Apek Cina’ sebagai panel utama.
Mengulas lanjut, Muhamad Rozaimi menjelaskan kenyataannya itu bukan untuk mempertikaikan perkara terbabit, tetapi dalam hal sedemikian kemudahan dan kebebasan diberikan kepada kelompok bukan Islam.
“Saya bukan nak pertikai cuma kemudahan itu diberi kebebasan itu diberi… tauliah itu sebenarnya diperlukan untuk mengawal daripada ajaran-ajaran sesat itu daripada disebarkan dengan tidak berdisiplin,” katanya. — The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/
-
Terkini4 days ago
Kes GISBH, bukan di bawah bidang kuasa JAKIM – PKPU
-
Terkini4 days ago
Kajian GISBH sudah dibentang kepada JAKIM, tapi tiada tindakan – Dr Maza
-
Terkini4 days ago
GISB: Anwar arah pihak berkuasa, majlis agama segera siasat, ambil tindakan
-
Antarabangsa4 days ago
The Bibi Files: Netanyahu gagal sekat tayangan dokumentari salah lakunya