Connect with us

Terkini

MUIP berjaya batalkan permohonan deklarasi 137 orang asli keluar Islam

Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) berjaya membatalkan permohonan deklarasi 137 orang asli untuk keluar dari agama Islam di Mahkamah Tinggi Kuantan sebentar tadi.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

MUIP berjaya batalkan permohonan deklarasi 137 orang asli keluar Islam
Foto: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).
  • Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Datuk Haji Zainal Azman Bin Ab Aziz telah membenarkan permohonan yang dipohon MUIP melalui peguam mereka Tetuan Syahidah Sharul & Marsyara.
  • Hakim Mahkamah Tinggi juga membenarkan kos sebanyak RM10,000 dibayar kepada MUIP, RM5,000 dibayar kepada Kerajaan Negeri Pahang, Bakar Bin Unus, Ketua Pengarah Orang Asli, Jabatan Kemajuan Orang Asli dan Kerajaan Persekutuan pula RM10,000.
  • Mac lalu, seratus tiga puluh tujuh Orang Asli daripada suku Bateq Mayah memohon deklarasi di mahkamah sivil untuk membatalkan status Islam mereka berikutan penukaran agama beramai-ramai yang didakwa menyalahi undang-undang pada 30 tahun lalu.

Kuala Lumpur – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) berjaya membatalkan permohonan deklarasi 137 orang asli untuk keluar dari agama Islam di Mahkamah Tinggi Kuantan sebentar tadi.

Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Datuk Haji Zainal Azman Bin Ab Aziz telah membenarkan permohonan yang dipohon oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) melalui peguam mereka Tetuan Syahidah Sharul & Marsyara.

Hakim Mahkamah Tinggi juga membenarkan kos sebanyak RM10,000 dibayar kepada MUIP, RM5,000 dibayar kepada Kerajaan Negeri Pahang, Bakar Bin Unus, Ketua Pengarah Orang Asli, Jabatan Kemajuan Orang Asli dan Kerajaan Persekutuan pula RM10,000.

MRM menerusi Bahagian Undang-Undang MRM terlibat sejak awal dalam membantu MUIP dalam kes ini.Tetuan Syahidah Sharul & Marsyara antara firma guaman yang bersama di dalam Bahagian Undang-Undang MRM.

Mac lalu, seratus tiga puluh tujuh Orang Asli daripada suku Bateq Mayah memohon mahkamah sivil membatalkan status Islam mereka berikutan penukaran agama beramai-ramai yang didakwa menyalahi undang-undang pada 30 tahun lalu.

137 plaintif, melalui peguam daripada firma guaman Fahri Azzat & Co, memfailkan writ saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Sept tahun lepas.

Tindakan sivil itu menamakan enam defendan iaitu Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), pengarah dan pegawainya, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Pahang (MUIP), kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.- The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *