Connect with us

Terkini

Kegagalan simpanan KWSP akibat rombakan buruh ekonomi, dasar kerajaan – SPCAAM

Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM) mendedahkan simpanan 71 peratus ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak mencukupi berpunca daripada rombakan ekonomi dan buruh dalam negara.

Wartawan TMT

Published

on

Kegagalan simpanan KWSP akibat rombakan buruh ekonomi, dasar kerajaan – SPCAAM
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM) mendedahkan simpanan 71 peratus ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak mencukupi berpunca daripada rombakan ekonomi dan buruh dalam negara.
  • Banyak perniagaan besar telah dapat manfaat dengan eksploitasi sumber Malaysia khususnya tenaga kerja. – Penasihat Buruh Antarabangsa SPCAAM, Callistus Anthony D’Angelus
  • Malaysia hari ini menghadapi krisis kos sara hidup teruk di mana golongan B40 dan M40 sukar ambil bahagian secara bermakna dalam komuniti.
  • “Perniagaan-perniagaan asing tidak boleh dibenarkan menggunakan Malaysia sebagai taman permainan untuk memaksimumkan keuntungan dan mengabaikan para pekerja sementara mereka membawa pulang keuntungan,” katanya.

PETALING JAYA – Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM) mendedahkan simpanan 71 peratus ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak mencukupi berpunca daripada rombakan ekonomi dan buruh dalam negara.

Penasihat Buruh Antarabangsa SPCAAM, Callistus Anthony D’Angelus berkata, kegagalan simpanan KWSP itu juga disebabkan beberapa siri kesilapan dasar kerajaan sebelum ini.

Katanya, banyak perniagaan-perniagaan besar telah mendapat manfaat dengan mengeksploitasi sumber Malaysia khususnya tenaga kerja.

Bagaimanapun, jelasnya, Malaysia hari ini menghadapi krisis kos sara hidup yang teruk di mana golongan B40 dan M40 sukar untuk mengambil bahagian secara bermakna dalam komuniti.

“Perniagaan-perniagaan asing tidak boleh dibenarkan menggunakan Malaysia sebagai taman permainan untuk memaksimumkan keuntungan dan mengabaikan para pekerja sementara mereka membawa pulang keuntungan.

“Bayaran lebihan seperti yang diperuntukkan undang-undang adalah tidak mencukupi. Perlu ada jumlah minimum dan jumlah tambahan terikat dengan keuntungan syarikat.

“Justeru, kegagalan simpanan KWSP tidak seharusnya dilihat secara berasingan sebaliknya sebagai sebahagian rombakan ekonomi dan buruh di negara ini,” katanya dalam kenyataan semalam (1 Mac).

Antony D’Angelus berkata, sebagai permulaan, kerajaan perlu mengambil keputusan berani memperkenalkan gaji minimum yang bermakna selain menguruskan latihan untuk sektor swasta.

“Kita faham pelaksanaan gaji minimum akan mengakibatkan sesetengah industri diketepikan daripada segi ekonomi dan pekerja perlu dilatih semula.

“Tetapi latihan harus dikendalikan kerajaan kerana sektor swasta tidak boleh dipercayai untuk berbuat demikian di mana mereka hanya bertindak untuk kepentingan sendiri,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoal isu pekerja-pekerja asing yang dijadikan seperti hamba dan digunakan untuk menekan gaji.

“Ini harus dihentikan segera. pekerja asing mesti diambil dengan syarat yang sama dengan pekerja Malaysia dan diberi akses pergerakan percuma. Sungguh memalukan mengetahui bahawa zaman ini, buruh abdi wujud di Malaysia,” jelasnya.

Sumber: Kosmo

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Tindakan pembohong dan pencuri zionis tuntut Palestin adalah tindakan keluar agama Yahudi

Tindakan pembohong dan pencuri zionis menuntut Palestin sebagai tanah asal Yahudi dan menubuhkan negara Israel adalah tindakan meninggalkan agama Yahudi secara keseluruhannya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Aktivis dan Jurucakap Neturei Karta, Rabbi Yisroel Dovid Weiss.

KUALA LUMPUR – Tindakan pembohong dan pencuri zionis menuntut Palestin sebagai tanah asal Yahudi dan menubuhkan negara Israel adalah tindakan meninggalkan agama Yahudi secara keseluruhannya.

Aktivis dan Jurucakap Neturei Karta, Rabbi Yisroel Dovid Weiss berkata kumpulan zionis terbukti tidak menjaga ajaran agama Yahudi dan tidak layak dikaitkan dengan agama itu.

Neturei Karta adalah organisasi antarabangsa Yahudi Ortodoks anti-Zionis.

“Mereka pembohong! semudah itu, mereka adalah pencuri, mereka adalah pembohong, negara Israel dicipta oleh orang-orang yang meninggalkan agama Yahudi, meninggalkan ketuhanan, meninggalkan agama Yahudi secara keseluruhan, mereka secara terbuka tak menjaga (arahan agama), negara itu tak menjaga 10 Perintah (dalam agama Yahudi). 

“Saya selalu kongsi gambar masa mereka buat, masa mereka isytiharkan kemerdekaan kamu pun boleh nampak, orang Yahudi kena tutup kepala seperti saya, semua Yahudi lelaki perlu menutup kepala mereka.

“Kamu boleh lihat (mereka yang) duduk pada hari-hari bersejarah pengisytiharan kemerdekaan, kamu lihat sini David Ben Gurion, ini gambar Herzl, hampir kesemua mereka tidak menutup kepala mereka.

“Ia satu sandiwara, ia adalah gurauan (bahawa) mereka menubuhkan sebuah negara Yahudi, jadi secara mudahnya ia bukan negara Yahudi, ia satu negara nasionalis yang menggunakan agama sebagai topeng, untuk menyamar, untuk menakut-nakutkan orang supaya mereka tidak bersuara menentang mereka,” kata Yisroel kepada The Merdeka Times selepas Persidangan Coalition of Malaysian Non-Governmental Organisation: Free Palestine Colloquium di Perdana Leadership Foundation, Putrajaya, dekat sini hari ini.

Turut hadir bekas Menteri Luar, Tan Sri Rais Yatim; Bekas Penolong Setiausaha Agung PBB, Dr Hans-Christof von Sponeck; Calon Hadiah Keamanan Nobel 2024, Dr Maung Zarni; dan Pengerusi Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) Malaysia, Prof Dr Mohd Nazari Ismail.

Yisroel turut menjelaskan alasan zionis untuk menduduki tanah suci itu kerana adanya arahan 3,000 tahun dulu sebenarnya sudah berakhir 2,000 tahun dahulu atas ketetapan orang-orang Yahudi diusir atas kesilapan dan dosa mereka.

“Jadi mereka (zionis) menggunakan fakta yang tuhan berikan (arahan kepada) orang Yahudi 3,000 tahun dulu supaya memasuki tanah suci, tetapi mereka sama sekali mengabaikan fakta bahawa 2000 tahun yang lalu, kita dihantar ke pengasingan dan kita dilarang sebagai orang Yahudi untuk mewujudkan negara Yahudi.

“Dan pastinya (memasuki Palestin) bukan dengan membunuh dan mencuri, dan pastinya – orang Islam dan orang Arab yang bersahabat dengan Yahudi yang mengambil Yahudi masuk sehingga kami mampu hidup, jadi kami harus menunjukkan rasa syukur kepada mereka ini.

“Apa sahaja yang mereka lakukan adalah bercanggah sama sekali dengan agama Yahudi. Dan itulah sebabnya kamu boleh dapati bahawa orang Yahudi telah berdemonstrasi selama 76 tahun di jalan-jalan Baitulmaqdis, mereka dipukul dengan kejam, ditangkap dan dibunuh dan tiada siapa yang bercakap tentang itu,” kata Yisroel.

Terdahulu di dalam ucapannya, Rabbi itu menjelaskan posisi orang Yahudi yang tidak sepatutnya menubuhkan sebuah negara dengan memetik pelbagai rujukan dalam kitab Torah (Old Testament).

Beliau berkata pengusiran warga Yahudi di tanah suci itu berlaku 2,000 tahun dahulu bukan atas dasar tiada kelengkapan senjata atau Amerika tidak memberikan sumbangan mereka, tetapi ia adalah disebabkan dosa-dosa mereka sendiri.

Yisroel menegaskan Yahudi yang jujur kepada agamanya mengungkapkan dalam doa upacara mereka bahawa “oleh kerana dosa, maka kami dalam pengusiran” dan pengusiran itu menyebabkan orang Yahudi tidak dibenarkan kembali ke tanah suci itu secara besar-besaran sebagai bangsa yang menguasainya dan perkara itu merupakan sumpah perjanjian antara mereka dengan tuhan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending