Terkini
Jawatankuasa kaji kursus pra perkahwinan pasangan bukan Islam akan ditubuhkan – KPWKM
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam proses menyediakan kertas cadangan bagi penubuhan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji kebolehlaksanaan mewajibkan kursus praperkahwinan kepada pasangan bukan Islam.
- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam proses menyediakan kertas cadangan bagi penubuhan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji kebolehlaksanaan mewajibkan kursus praperkahwinan kepada pasangan bukan Islam.
- Timbalan Menteri KPWKM, Aiman Athirah Sabu berkata jawatankuasa itu akan mencadangkan program bersesuaian dan ia akan dibentangkan kepada Kabinet dalam masa terdekat.
- Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan perbahasan Titah Diraja, di Dewan Negara pada isnin bagi mengulas cadangan Senator Aknan Ehtook agar pasangan bukan Islam yang bakal berkahwin juga melalui kursus praperkahwinan bagi membekalkan ilmu kekeluargaan kepada mereka.
KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam proses menyediakan kertas cadangan bagi penubuhan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji kebolehlaksanaan mewajibkan kursus praperkahwinan kepada pasangan bukan Islam.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Aiman Athirah Sabu berkata jawatankuasa itu akan mencadangkan program bersesuaian dan ia akan dibentangkan kepada Kabinet dalam masa terdekat.
Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan perbahasan Titah Diraja, di Dewan Negara hari ini bagi mengulas cadangan Senator Aknan Ehtook agar pasangan bukan Islam yang bakal berkahwin juga melalui kursus praperkahwinan bagi membekalkan ilmu kekeluargaan kepada mereka.
Sementara itu, mengulas mengenai kekurangan pegawai dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di pusat penempatan sementara (PPS) ketika banjir, Aiman Athirah berkata jabatan itu telah mengambil langkah bagi mengatasi isu berkenaan menerusi pemerkasaan komuniti.
“JKM telah mengambil inisiatif untuk memperkasakan komuniti dengan melantik ketua komuniti, ketua agensi tempatan, pengetua, guru-guru besar dan lain lain sukarelawan komuniti sebagai penyelia dan ahli jawatankuasa dan petugas di PPS yang diaktifkan semasa berlaku banjir besar.
“Melalui pendekatan pemerkasaan dan daya tahan masyarakat semasa bencana, ia akan membolehkan ketua-ketua komuniti membuka dan mengoperasikan PPS dengan pemantauan minima daripada kakitangan JKM,” katanya.
Persidangan Dewan Negara bersambung hari ini.
Sumber: Astro Awani
Antarabangsa
Israel bom depot senjata berdekatan pangkalan udara Russia di Syria
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
- Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
- Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
Pertahanan udara Russia dan Syria dilaporkan memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit.
Terdapat dakwaan bahawa pertahanan udara memintas peluru berpandu di luar pantai Jableh, sebuah bandar di barat laut Syria, dengan anggaran 30 peluru berpandu dilancarkan.
Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Laporan tempatan lain mencadangkan sebuah pesawat Iran di lapangan terbang mungkin turut menjadi sasaran.
Israel yang sering menjalankan operasi terhadap sasaran berkaitan dengan Iran di Syria belum memberikan sebarang komen mengenai insiden letupan itu. — The Merdeka Times