Connect with us

Terkini

Pengendali taska tidak kena tindakan undang-undang jika tidak hubungi ibu bapa

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menegaskan tiada tindakan atau hukuman yang akan dikenakan terhadap pengusaha atau pengendali Taman Asuhan Kanak-kanak, (TASKA) sekiranya tidak menghubungi ibu bapa.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri.
  • Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menegaskan tiada tindakan atau hukuman yang akan dikenakan terhadap pengusaha atau pengendali TASKA sekiranya tidak menghubungi ibu bapa.
  • SOP dicadangkan itu hanya saranan bagi penambahbaikan usaha mencegah bayi atau kanak-kanak tertinggal di dalam kenderaan.
  • Menteri KPWKM, Datuk Seri Nancy Shukri menjawab kegelisahan segelintir operator taska yang khuatir dikenakan tindakan sekiranya tidak menghubungi ibu bapa sebagai peringatan keberadaan kanak-kanak.

PETALING JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menegaskan tiada tindakan atau hukuman yang akan dikenakan terhadap pengusaha atau pengendali Taman Asuhan Kanak-kanak, (TASKA) sekiranya tidak menghubungi ibu bapa.

Sebaliknya Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dicadangkan itu hanya sebagai saranan bagi penambahbaikan usaha mencegah bayi atau kanak-kanak tertinggal di dalam kenderaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri memberi penjelasan terhadap perkara itu sebagai menjawab kegelisahan segelintir operator taska yang khuatir dikenakan tindakan sekiranya tidak menghubungi ibu bapa sebagai peringatan keberadaan kanak-kanak.

Ujarnya, saranan untuk menghubungi ibu bapa itu juga adalah satu langkah progresif yang dapat mengurangkan risiko tertinggal anak di dalam kereta untuk satu tempoh yang lama.

“Ada juga cakap mereka takut akan dikenakan tindakan undang-undang. Sebenarnya tidak, ini hanya SOP, walaupun kita tak letak dalam SOP, sekurang-kurangnya dalam masa yang singkat ni, kalau berlaku apa-apa misalnya ditinggal dalam kereta jadi sekurang-kurangnya masa yang ditinggalkan tak lama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Sri Pentas, petang tadi.

Pada masa sama, beliau juga berpendapat tidak wajar untuk operator taska menaikkan kos penjagaan dengan alasan perlu menghubungi ibu bapa sekiranya kanak-kanak di bawah jagaan mereka tidak hadir.

Advertisement

Katanya, operator taska tidak perlu menganggap ianya sebagai satu kerja tambahan, sebaliknya perlu dipandang dari sudut tanggungjawab sesama manusia.

Terdahulu media melaporkan KPWKM mengeluarkan SOP mewajibkan operator taska menghubungi ibu bapa sekiranya anak mereka tidak hadir bagi mengelakkan kes kematian kanak-kanak tertinggal di dalam kereta.

Sumber: Buletin TV3

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending