Connect with us

Antarabangsa

Iran minta sekatan anti-Syria ditamatkan

Iran meminta sekatan anti-Syria ditamatkan serta-merta dan tanpa mengenakan sebarang syarat, ekoran gempa bumi dahsyat melanda negara itu awal bulan lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Iran minta sekatan anti-Syria ditamatkan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Iran meminta sekatan anti-Syria ditamatkan serta-merta dan tanpa mengenakan sebarang syarat, ekoran gempa bumi dahsyat melanda negara itu awal bulan lalu.
  • Duta tetap Ira, Amir-Saeed Iravani meminta bantuan kemanusiaan ditingkatkan bagi mengurangkan bencana kemanusiaan yang berlaku di negara itu.
  • “Gempa dahsyat baru-baru ini telah meningkatkan lagi krisis kemanusiaan yang sebelum ini telah wujud, disebabkan semua infrastruktur di Syria telah musnah dan situasi ini menjejaskan keupayaan rakyat untuk mendapatkan akses kepada keperluan asas,” katanya.

NEW YORK, 1 Mac (Bernama) — Iran meminta sekatan anti-Syria ditamatkan serta-merta dan tanpa mengenakan sebarang syarat, ekoran gempa bumi dahsyat melanda negara itu awal bulan lalu.

Duta tetap Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amir-Saeed Iravani juga meminta bantuan kemanusiaan ditingkatkan bagi mengurangkan bencana kemanusiaan yang berlaku di negara itu.

“Gempa dahsyat baru-baru ini telah meningkatkan lagi krisis kemanusiaan yang sebelum ini telah wujud, disebabkan semua infrastruktur di Syria telah musnah dan situasi ini menjejaskan keupayaan rakyat untuk mendapatkan akses kepada keperluan asas,” Agensi Berita Republik Islam (IRNA) memetik kenyataannya ketika Mesyuarat Majlis Keselamatan PBB di Syria pada Selasa.

Diplomat kanan itu menambah bahawa peningkatan bantuan kemanusiaan tanpa sebarang agenda politik, dan penamatan sekatan adalah perlu bagi memastikan bantuan kemanusiaan sampai kepada golongan yang memerlukan ekoran keadaan yang semakin sukar di negara itu.

Iravani berkata bahawa Iran adalah antara negara pertama yang menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada Syria dan Turkiye dengan kapasiti penuh. 

Sumber: BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending