Connect with us

Antarabangsa

India tidak iktiraf perkahwinan sejenis 

Pada 2018, mahkamah tertinggi di India menyahjenayah homoseksual dengan membatalkan larangan era penjajah terhadap seks gay. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

India tidak iktiraf perkahwinan sejenis 
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan India menentang pengiktirafan perkahwinan sejenis, menggesa mahkamah menolak cabaran ke atas rangka kerja undang-undang semasa yang dikemukakan pasangan LGBT, kata Kementerian Undang-undang negara itu dalam pemfailan di Mahkamah Agung pada Ahad.
  • “Hidup bersama sebagai pasangan dan melakukan hubungan seksual dengan individu sama jantina… tidak selari dengan konsep unit keluarga India iaitu suami, isteri dan anak-anak.
  • “Mahkamah tidak boleh diminta mengubah keseluruhan dasar perundangan negara yang tertanam dalam norma agama dan masyarakat,” kata kementerian itu dalam pemfailannya kepada Mahkamah Agung India.

NEW DELHI – Kerajaan India menentang pengiktirafan perkahwinan sejenis, katanya dalam pemfailan kepada Mahkamah Agung negara itu pada Ahad, sambil menggesa pihak mahkamah menolak cabaran ke atas rangka kerja undang-undang semasa yang dikemukakan pasangan LGBT.

Kementerian Undang-undang India  percaya ketika terdapat pelbagai bentuk hubungan dalam masyarakat, pengiktirafan undang-undang perkahwinan adalah untuk hubungan heteroseksual dan kerajaan mempunyai kepentingan yang sah untuk mengekalkannya, kata pemfailan mahkamah itu yang dilihat agensi berita Reuters dan belum didedahkan kepada umum.

“Hidup bersama sebagai pasangan dan melakukan hubungan seksual dengan individu sama jantina… tidak selari dengan konsep unit keluarga India iaitu suami, isteri dan anak-anak.

“Mahkamah tidak boleh diminta untuk mengubah keseluruhan dasar perundangan negara yang tertanam dalam norma agama dan masyarakat,” kata kementerian itu.

Dalam keputusan bersejarah pada 2018, mahkamah tertinggi di India menyahjenayah homoseksual dengan membatalkan larangan era penjajah terhadap seks gay. 

Sekurang-kurangnya 15 pengakuan beberapa pasangan gay, difailkan beberapa bulan kebelakangan ini, meminta mahkamah mengiktiraf perkahwinan sejenis, sekaligus meletakkan pertentangan undang-undang dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi.

Aktivis LGBT mengatakan walaupun keputusan pada 2018 mengesahkan hak perlembagaan mereka, namun adalah tidak adil mereka masih tidak mendapat sokongan undang-undang untuk ‘penyatuan’ mereka sebagaimana hak asasi dinikmati pasangan suami isteri heteroseksual.

Dalam pemfailan Ahad, kerajaan berhujah keputusan 2018 tidak bermakna mengiktiraf hak asasi undang-undang untuk perkahwinan sejenis di bawah undang-undang negara.

Kes-kes itu ditetapkan untuk dibicarakan di Mahkamah Agung pada Isnin.

Sumber : Reuters

 

 

 

Author