Antarabangsa
Hukuman mati adalah satu kesilapan, Menteri Luar Jerman tegur Israel
Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock pada Selasa berkata beliau menyampaikan bantahan keras kepada Israel berhubung rancangannya memperkenalkan hukuman mati mandatori bagi pesalah disabitkan dengan pembunuhan warga Israel.
- Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock berkata beliau menyampaikan bantahan keras kepada Israel berhubung rancangan untuk memperkenalkan hukuman mati mandatori.
- Di seluruh dunia, banyak negara sedang dalam proses untuk memansuhkan hukuman kejam ini, kerana telah terbukti amalan ini tidak berkesan – Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock.
- Baerbock mengeluarkan respon itu ekoran keputusan Kabinet Israel meluluskan rang undang-undang mengenakan hukuman mati terhadap pengganas yang disabitkan kesalahan membunuh warga Israel.
Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock pada Selasa berkata beliau menyampaikan bantahan keras kepada Israel berhubung rancangannya memperkenalkan hukuman mati mandatori bagi pesalah disabitkan dengan pembunuhan warga Israel.
Beliau berkata demikian dalam perjumpaan dengan Menteri Luar Israel, Eli Cohen ketika undian pertama mengenai hukuman mati itu dijangka berlangsung di Parlimen Israel, Knesset, pada Rabu (hari ini).
Baerbock dipetik DW.com sebagai berkata, Jerman konsisten menentang hukuman mati dan sering membincangkan isu itu dengan sekutu lain, termasuk ahli G7 Jepun dan Amerika Syarikat, yang masih melaksanakan hukuman mati itu.
“Kami menentang hukuman mati dan kami membangkitkan isu ini di seluruh dunia,” katanya dalam sidang media di Berlin bersama rakan sejawatnya dari Israel yang juga ahli kerajaan sayap kanan pimpinan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
“Di seluruh dunia, banyak negara sedang dalam proses untuk memansuhkan hukuman kejam ini, sebahagiannya kerana telah terbukti amalan ini tidak berkesan menjadi penghalang,” kata Baerbock.
Kanun keseksaan Israel secara teorinya merangkumi peruntukan untuk hukuman mati, namun hanya untuk kes yang jarang berlaku.
Baerbock mengeluarkan respon itu ekoran keputusan Kabinet Israel meluluskan rang undang-undang mengenakan hukuman mati terhadap pengganas yang disabitkan kesalahan membunuh warga Israel.
Sumber: DW.COM
Antarabangsa
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
- Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
- Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
- “Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
- Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
- Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
“Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.
Taliban berada di bawah sekatan Barat selama lebih dua dekad dan pada awalnya dikenakan sekatan pembiayaan kepada al-Qaeda dan kumpulan lain yang dilabelkan sebagai “pengganas”.
Beberapa pegawai Russia menyeru Moscow mengeluarkan Taliban dari senarai “organisasi pengganas dan ekstremis” bagi meningkatkan kerjasama lebih lanjut.
Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi dilaporkan berada di Moscow untuk perbincangan itu.
Lavrov juga dilaporkan berkata Russia tidak akan menerima “negara ketiga” menempatkan pangkalan tentera di Afghanistan atau menubuhkan kemudahan tentera baru di negara-negara jirannya “atas apa jua alasan”.
Russia mempunyai pangkalan tentera besar di Tajikistan yang bersempadan dengan Afghanistan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa1 day ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Antarabangsa1 day ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Terkini1 day ago
(VIDEO) Mengapa wirid Aurad Muhammadiah GISB sesat?
-
Antarabangsa1 day ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia