Connect with us

Antarabangsa

Hak wanita di seluruh dunia semakin terhakis

Kemajuan global mengenai hak wanita ‘hilang di depan mata kita,’ kata Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres dalam satu amaran kelmarin sambil menyatakan bahawa matlamat kesaksamaan gender masih jauh, malah, mengambil masa 300 tahun lagi untuk dicapai.

Wartawan TMT

Published

on

Hak wanita di seluruh dunia semakin terhakis
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kesaksamaan gender semakin jauh. Di landasan semasa, Wanita PBB letakkan masa 300 tahun bagi capai matlamat tersebut,” kata Guterres dalam ucapan pada Perhimpunan Agung menjelang sambutan Hari Wanita Antarabangsa hari ini.
  • “Hak wanita disalahgunakan, diancam dan dicabuli di seluruh dunia,” tambahnya sambil suarakan krisis membabitkan wanita termasuk kadar kematian ibu mengandung dan kanak-kanak perempuan dibuang sekolah atau dipaksa berkahwin awal.”
  • Guterres tidak menamakan negara tertentu tapi menegaskan, ‘di kebanyakan tempat, hak seksual dan reproduktif wanita ditarik balik, manakala di beberapa negara lain pula, gadis pergi ke sekolah berisiko diculik dan diserang’.
  • “Sistem patriarki berterusan selama berabad-abad, diskriminasi dan stereotaip berbahaya telah wujudkan jurang jantina yang ketara dalam bidang sains dan teknologi,” katanya. 

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), New York – Kemajuan global mengenai hak wanita ‘hilang di depan mata kita,’ kata Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres dalam satu amaran kelmarin sambil menyatakan bahawa matlamat kesaksamaan gender masih jauh, malah, mengambil masa 300 tahun lagi untuk dicapai.

“Kesaksamaan gender kini semakin jauh. Di landasan semasa, Wanita PBB meletakkan masa 300 tahun bagi mencapai matlamat tersebut,” kata Guterres dalam ucapan pada Perhimpunan Agung menjelang sambutan Hari Wanita Antarabangsa hari ini.

Pada sidang sama, beliau melancarkan sesi perbincangan selama dua minggu yang diketuai oleh Suruhanjaya Status Wanita (Wanita PBB).

“Hak wanita telah disalahgunakan, diancam dan dicabuli di seluruh dunia,” tambahnya sambil menyuarakan krisis membabitkan wanita termasuk kadar kematian ibu mengandung dan kanak-kanak perempuan dibuang sekolah atau dipaksa berkahwin awal.

“Kemajuan yang dicapai selama beberapa dekad lalu semakin hilang di hadapan mata kita,”kata Guterres lagi.

Beliau menekankan mengenai situasi sangat buruk di Afghanistan yang diperintah kerajaan Taliban, di mana ‘penyertaan wanita dan gadis dalam sektor awam telah dipadamkan’.

Guterres tidak menamakan negara tertentu yang lain tetapi menegaskan, ‘di kebanyakan tempat, hak seksual dan reproduktif wanita telah ditarik balik, manakala di beberapa negara lain pula, gadis yang pergi ke sekolah berisiko diculik dan diserang’.

Turut tidak disebut ialah Iran yang disingkirkan daripada Suruhanjaya Status Wanita pada akhir 2022 kerana penindasan terhadap pemberontakan yang dipimpin oleh wanita sejak September tahun yang sama.

Republik Islam itu disingkirkan daripada suruhanjaya berkenaan pada 14 Disember 2022 menerusi undian diketuai Amerika Syarikat semasa Majlis Ekonomi dan Sosial PBB(ECOSOC).

“Sistem patriarki yang berterusan selama berabad-abad, diskriminasi dan stereotaip berbahaya telah mewujudkan jurang jantina yang ketara dalam bidang sains dan teknologi,” kata Guterres. Menurutnya, wanita mewakili hanya tiga peratus daripada pemenang hadiah Nobel dalam sektor tersebut.

Justeru, beliau menyeru ‘tindakan kolektif’ di seluruh dunia oleh kerajaan, masyarakat awam dan sektor swasta untuk menyediakan pendidikan responsif gender, meningkatkan latihan kemahiran dan melabur lebih banyak dalam ‘merapatkan jurang digital jantina’.

“Patriarki sedang melawan, begitu juga kami kami juga.

“PBB berdiri bersama wanita dan gadis di mana-mana sahaja,” tambah Guterres. 

Sumber: KOSMO

Author

Antarabangsa

Dron baharu Houthi berjaya lepasi radar zionis, seorang maut, 10 cedera di Tel Aviv

Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Jurucakap Houthi, Yahya Saree.
  • Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.
  • Dalam satu kenyataan disiarkan di platform X, Jurucakap Houthi, Yahya Saree berkata dron tersebut dinamakan “Jaffa”, sempena nama bandar pelabuhan Palestin kuno di mana Tel Aviv diasaskan.
  • Terdahulu, Al Jazeera melaporkan seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 cedera berikutan serangan dron di sebuah bangunan di Tel Aviv.

Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.

Dalam satu kenyataan disiarkan di platform X, Jurucakap Houthi, Yahya Saree berkata dron tersebut dinamakan “Jaffa”, sempena nama bandar pelabuhan Palestin kuno di mana Tel Aviv diasaskan.

Terdahulu, Al Jazeera melaporkan seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 cedera berikutan serangan dron di sebuah bangunan di Tel Aviv.

Tentera Israel menyatakan bahawa mereka sedang membuka siasatan untuk mengetahui mengapa sistem pertahanan udara negara itu tidak diaktifkan untuk memintas dron tersebut.

Tentera Israel turut berkata bahawa tentera udaranya meningkatkan rondaan di ruang udara negara itu sambil siasatan serangan dron di Tel Aviv itu diteruskan – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending