Connect with us

Terkini

FELCRA bangun 20,000 hektar estet padi bantu petani miskin tegar di Sabah, Sarawak – KKDW

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan membangunkan estet padi berskala besar di Sabah dan Sarawak dalam usaha menjamin keselamatan negara selain dan membawa golongan petani keluar daripada status miskin tegar.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  • Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan bangunkan estet padi berskala besar di Sabah dan Sarawak dalam usaha menjamin keselamatan negara selain dan membawa golongan petani keluar dari status miskin tegar.
  • Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata estet padi itu akan dilaksanakan menerusi FELCRA Berhad (FELCRA) dan sudah mendapat persetujuan dasar oleh kerajaan negeri Sabah dan Sarawak.
  • Katanya, inisiatif itu menyaksikan FELCRA bakal bangunkan estet padi seluas 15,000 hingga 20,000 hektar, dan dibuka tanpa menghilangkan hak milikan tanah individu, kerajaan negeri atau perladangan yang sertai skim berkenaan.
  • “Pembangunan estet padi berskala besar ini akan dilaksanakan di Kota Belud dan Kota Marudu, Sabah serta di kawasan Sri Aman, Sarawak,” katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, semalam.

KUALA LUMPUR: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan membangunkan estet padi berskala besar di Sabah dan Sarawak dalam usaha menjamin keselamatan negara selain dan membawa golongan petani keluar daripada status miskin tegar.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata estet padi itu akan dilaksanakan menerusi FELCRA Berhad (FELCRA), dan sudah mendapat persetujuan dasar oleh kerajaan negeri Sabah dan Sarawak.

Katanya, inisiatif itu menyaksikan FELCRA bakal membangunkan estet padi seluas 15,000 hingga 20,000 hektar, dan dibuka tanpa menghilangkan hak milikan tanah individu, kerajaan negeri atau perladangan yang menyertai skim berkenaan.

“Kita akan lakukan inisiatif seperti mana yang telah berjaya dilaksanakan di Pasir Salak menerusi estet padi Seberang Perak.

“Pembangunan estet padi berskala besar ini akan dilaksanakan di Kota Belud dan Kota Marudu, Sabah serta di kawasan Sri Aman, Sarawak.

“Saya telah minta jawatankuasa teknikal kementerian dan kerajaan negeri digerakkan sepenuhnya mulai kelmarin bagi Sarawak dan semalam di Sabah bagi memberi input kepada kementerian,” katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, semalam.

Menjawab celahan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (PN-Tanjong Karang) yang bertanya perbezaan estet padi berskala besar itu dengan program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB), Ahmad Zahid memaklumkan pihaknya akan mewujudkan satu skim di bawah FELCRA.

Lebih penting, katanya, inisiatif estet padi itu bukan tertumpu pada penanaman padi semata-mata, sebaliknya turut memberi fokus pada kebajikan petani dan pembangunan kawasan berkenaan.

“Bagi tanah kepunyaan individu, kerajaan negeri atau perladangan, satu skim akan diwujudkan supaya tuan punya tanah menjadi peserta kepada estet itu. Jika tanah itu kepunyaan kerajaan negeri atau perladangan, dividennya akan diberikan daripada hasil yang dikeluarkan.

“Berdasarkan estet padi di Seberang Perak, kita bukan hanya menyediakan pekerjaan untuk mereka, malah kawasan perumahan juga kita berikan, infrastruktur di kawasan itu juga dinaik taraf, kilang pemprosesan padi diwujudkan dan pemasaran juga kita lakukan.

“Sasaran kita adalah agar mereka keluar daripada kelompok miskin tegar. Ini menjadi matlamat kami, selain soal keterjaminan makanan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Antarabangsa

Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
  • Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
  • Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
  • Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
  • Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 
  • Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.

Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.

Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.

Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.

Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 

Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.

Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.

Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending