Connect with us

Terkini

Denda pihak bocor data peribadi dinaikkan dalam pindaan Akta 709 – Nie Ching

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dalam proses meminda Akta Perlindungan Data Peribadi (Akta 709) untuk meningkatkan kadar denda yang boleh dikenakan kepada pihak yang membocorkan data peribadi pengguna.

Wartawan TMT

Published

on

Denda pihak bocor data peribadi dinaikkan dalam pindaan Akta 709 – Nie Ching
Foto: Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching.
  • Jumlah denda dikenakan terhadap pihak disabit kesalahan mengikut Akta 709 (Akta Perlindungan Data Peribadi) ketika ini terlalu kecil dan tidak setara dengan kesalahan dilakukan. – Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching.
  • “Memang setakat ini Akta 709 diguna pakai tapi denda memang tak tinggi. Untuk tujuh kes yang dikeluarkan kompaun mengikut Seksyen 5 Akta 705, kompaun keseluruhan yang dikenakan hanyalah RM200,000, manakala bagi lapan kes mengikut Seksyen 16, kompaun dikenakan secara keseluruhan hanyalah RM81,000.”
  • “Sebab itu kita berhasrat mengkaji Akta 709 dan antara cadangan ialah meningkatkan lagi denda yang boleh dikenakan, dengan memastikan denda yang dikenakan adalah setimbang dengan maklumat yang dibocorkan,” katanya ketika sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dalam proses meminda Akta Perlindungan Data Peribadi (Akta 709) untuk meningkatkan kadar denda yang boleh dikenakan kepada pihak yang membocorkan data peribadi pengguna.

Selain itu, KKD juga sedang menggubal Akta Keselamatan Siber bagi menangani isu scam atau penipuan yang menjadi ancaman besar kepada pengguna di Malaysia.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching, berkata jumlah denda yang dikenakan terhadap pihak yang disabit kesalahan mengikut Akta 709 ketika ini terlalu kecil dan tidak setara dengan kesalahan yang dilakukan.

Sehubungan itu, katanya, kementerian itu berharap peningkatan denda menerusi pindaan Akta 709 akan memastikan pihak syarikat dan agensi lebih bertanggungjawab dalam mengawal dan melindungi data peribadi pengguna.

“Memang setakat ini Akta 709 diguna pakai tapi denda memang tak tinggi. Untuk tujuh kes yang dikeluarkan kompaun mengikut Seksyen 5 Akta 705, kompaun keseluruhan yang dikenakan hanyalah RM200,000, manakala bagi lapan kes mengikut Seksyen 16, kompaun dikenakan secara keseluruhan hanyalah RM81,000.

“Sebab itu kita berhasrat mengkaji Akta 709 dan antara cadangan ialah meningkatkan lagi denda yang boleh dikenakan, dengan memastikan denda yang dikenakan adalah setimbang dengan maklumat yang dibocorkan,” katanya ketika sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang bertanya apakah matlamat KKD dalam pindaan Akta 709 serta sama ada kementerian itu berhasrat menubuhkan pasukan khas bagi menangani isu kebocoran data dan scam.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending