Connect with us

Antarabangsa

Badan penyiaran swasta di India didenda kerana ‘kandungan anti-Muslim’

Badan kawal selia berita India membuat bantahan ke atas dua rangkaian penyiaran swasta kerana menyiarkan program yang didakwa menyasarkan warga minoriti Islam.

Wartawan TMT

Published

on

Badan penyiaran swasta di India didenda kerana 'kandungan anti-Muslim'
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Badan kawal selia berita India membuat bantahan terhadap dua rangkaian penyiaran swasta kerana menyiarkan program yang didakwa menyasarkan kepada warga Islam.
  • Badan Penyiaran Berita dan Piawaian Digital (NBDSA) mengecam Zee News, News18 India dan Times Now dan mengeluarkan tujuh perintah yang turut menandakan “kandungan anti-Muslim” yang disiarkan pihak terbabit.
  • NBSDA mengeluarkan amaran kepada badan penyiaran terbabit dan meminta mereka untuk membayar denda Rs 50,000 (RM2,712).
  • Mahkamah Agung India berkata mana-mana hos yang cuba memecah belahkan masyarakat menerusi mana-mana program penyiaran, perlu dibuang.

Badan kawal selia berita India membuat bantahan ke atas dua rangkaian penyiaran swasta kerana menyiarkan program yang didakwa menyasarkan warga minoriti Islam.

Badan Penyiaran Berita dan Piawaian Digital (NBDSA), badan penyiar kawal selia dan kini diketuai bekas hakim Mahkamah Agung, AK Sikri, mengecam Zee News, News18 India dan Times Now serta mengeluarkan tujuh perintah pada Isnin lalu dengan menandakan “kandungan anti-Muslim” disiarkan pihak terbabit.

LiveLaw melaporkan NBDSA mendedahkan Zee News ‘menyasarkan secara terpilih’ masyarakat Islam semasa menyampaikan berita mengenai ‘lebihan penduduk’ di negara itu.

“Walaupun mereka dibenarkan untuk melaporkan statistik Laporan Pew yang menganggarkan jumlah penduduk Islam menjadi kira-kira 310 juta menjelang 2050. 

“Namun untuk memastikan keseimbangan dalam program itu, adalah wajar untuk mereka melaporkan statistik lengkap yang diberikan seperti dalam laporan itu yang menunjukkan pertumbuhan populasi Hindu akan menjadi kira-kira 1.3 billion menjelang 2050,” katanya.

Dalam arahan lain terhadap Times Now, badan kawal selia itu menyatakan saluran terbabit salah dalam melaporkan bahawa slogan pro-Pakistan dibangkitkan semasa protes di Pune oleh pertubuhan Popular Front of India.

Lima lagi perintah NDBSA adalah berkaitan rancangan dihoskan pembaca berita News18, Aman Sharma yang dirasakan tidak menyenangkan dan menganggu sensitiviti agama.

Advertisement

Satu aduan dibuat merujuk kepada program pada 18 Januari tahun lalu, di mana hosnya membuat kenyataan yang didakwa memburukkan masyarakat Islam.

“Rancangan itu berkisar untuk mewujudkan imej yang negatif tentang komuniti Muslim untuk mencetuskan kebencian orang Hindu terhadap Muslim,” kata aduan itu.

Badan penyiaran itu menafikan dakwaan NBSDA yang dibuat di dalam aduan dan menjelaskan program itu selaras dengan garis panduan dan nasihat NBSDA dan undang-undang yang terpakai.

NBSDA mengeluarkan amaran kepada badan penyiaran terbabit dan meminta mereka untuk membayar denda Rs 50,000 (RM2,712).

Bulan lalu, Mahkamah Agung India semasa mendengar beberapa petisyen berkenaan ucapan kebencian berkata, mana-mana hos yang cuba memecah belahkan masyarakat menerusi mana-mana program penyiaran perlu dibuang.

Sumber: Independent

Advertisement

Author

Antarabangsa

AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel

Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
  • Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
  • Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.

“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.

Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.

Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.

Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Advertisement

Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending