Connect with us

Terkini

Babitkan rakyat dalam program bantuan, bukan hanya minta peruntukan – Rafizi Ramli

Pemimpin di negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) diminta bekerjasama untuk membabitkan rakyat miskin tegar dan B40 dalam program bantuan yang dilaksanakan kerajaan Persekutuan, bukan hanya memohon peruntukan demi peruntukan.

Wartawan TMT

Published

on

Babitkan rakyat dalam program bantuan, bukan hanya minta peruntukan - Rafizi Ramli
Foto: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
  • Peruntukan berkenaan sebenarnya sudah ada, mana melalui Belanjawan 2023, sehingga 50 peratus perbelanjaan pembangunan asas diperuntukkan kepada negeri termiskin di Malaysia, iaitu Sabah, Sarawak, Perak, Kedah, Kelantan dan Terengganu. – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli
  • “Sebab itu saya syorkan, lebih baik bekerjasama menyambut usaha kerajaan Persekutuan kerana peruntukan sudah diberikan, program sudah ada dan sudah tiba masanya untuk kerajaan negeri yang dikawal PN memastikan perancangan ekonomi di peringkat negeri itu sama baik, bukan hanya memohon peruntukan demi peruntukan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.
  • Beliau menjawab soalan tambahan Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (PN-Permatang Pauh) mengenai usaha kerajaan kurangkan jurang pendapatan antara negeri kaya dan miskin serta pendirian kerajaan dalam kurangkan kesenjangan pembangunan ekonomi jika pembangunan ‘game changer’ negeri tidak diluluskan kerajaan Persekutuan.

KUALA LUMPUR: Pemimpin di negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) diminta bekerjasama untuk membabitkan rakyat miskin tegar dan B40 dalam program bantuan yang dilaksanakan kerajaan Persekutuan, bukan hanya memohon peruntukan demi peruntukan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata peruntukan berkenaan sebenarnya sudah ada, yang mana melalui Belanjawan 2023, sehingga 50 peratus perbelanjaan pembangunan asas diperuntukkan kepada negeri termiskin di Malaysia, iaitu Sabah, Sarawak, Perak, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Memberi contoh Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang dilancarkan baru-baru ini, seramai 22,209 orang daripada golongan miskin tegar dan B40 memohon dalam program itu, namun jumlah pemohon di Kelantan, Terengganu dan Kedah yang ditadbir PN amat rendah, berbanding negeri lain.

“Sebab itu saya syorkan, lebih baik bekerjasama menyambut usaha kerajaan Persekutuan kerana peruntukan sudah diberikan, program sudah ada dan sudah tiba masanya untuk kerajaan negeri yang dikawal PN memastikan perancangan ekonomi di peringkat negeri itu sama baik, bukan hanya memohon peruntukan demi peruntukan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (PN-Permatang Pauh) mengenai usaha kerajaan untuk mengurangkan jurang pendapatan antara negeri kaya dan miskin serta pendirian kerajaan dalam mengurangkan kesenjangan pembangunan ekonomi jika pembangunan ‘game changer’ negeri tidak diluluskan kerajaan Persekutuan.

Rafizi berkata, beliau sudah meminta kementeriannya mengadakan mesyuarat khusus dengan seluruh kepemimpinan di 20 daerah termiskin di seluruh negara.

“(Pemimpin) daerah ini, yang ada sebahagiannya di Sarawak, Kelantan, Terengganu dan Kedah akan dipanggil untuk berbincang dengan saya supaya mereka membantu keluarga untuk mengambil peluang dan potensi yang disediakan kerajaan dan bekerjasama dengan kerajaan untuk membasmi kemiskinan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending