Connect with us

Terkini

(VIDEO) Dana wakaf Hindu: Tidak tunai janji beri peruntukan, Akauntabiliti dan ketelusan RSN Rayer dipersoal

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Tangkap layar petikan video dimuat naik Siranjeev Ram di TikTok
  • Akauntabiliti dan ketelusan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer dipertikaikan Pengerusi Community Rising, Siranjeev Ram ekoran penjelasan beliau yang dilihat pelik dan tidak masuk akal berkenaan isu dana Lembaga Wakaf Hindu (HEB) Pulau Pinang yang dipengerusikan Rayer.
  • Menurut Siranjeev, beliau sebelum ini telah mengajukan permohonan dana bagi pihak sekumpulan pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) untuk satu program kebudayaan Tamil dan Rayer didakwa bersetuju memberikan peruntukan itu dan komunikasi dari pejabatnya menunjukkan permintaan tersebut sedang diproses tanpa sebarang penolakan rasmi.
  • Bagaimanapun, Siranjeev menerusi beberapa siri klip video di TikTok yang difahamkan dimuat naik pada Januari lalu,Ā mendakwa peruntukan dijanjikan tidak disalurkan walaupun program kebudayaan tersebut sudah tamat dijalankan.

KUALA LUMPUR —Ā Akauntabiliti dan ketelusan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer dipertikaikan Pengerusi Community Rising, Siranjeev Ram ekoran penjelasan beliau yang dilihat pelik dan tidak masuk akal berkenaan isu dana Lembaga Wakaf Hindu (HEB) Pulau Pinang yang dipengerusikan Rayer.

Menurut Siranjeev, beliau sebelum ini telah mengajukan permohonan dana bagi pihak sekumpulan pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) untuk satu program kebudayaan Tamil dan Rayer didakwa bersetuju memberikan peruntukan itu dan komunikasi dari pejabatnya menunjukkan permintaan tersebut sedang diproses tanpa sebarang penolakan rasmi.

Bagaimanapun, Siranjeev menerusi beberapa siri klip video di TikTok yang difahamkan dimuat naik pada Januari lalu,Ā mendakwa peruntukan dijanjikan tidak disalurkan walaupun program kebudayaan tersebut sudah tamat dijalankan.

Beliau turut memuat naik video Rayer yang memberi penjelasan berhubung perkara itu di mana Ahli Parlimen Jelutong berkenaan menyatakan beliau hanya boleh menyalurkan peruntukan jika program berlangsung dalam kawasan Parlimennya.

“Seorang pelajar USM mengatakan saya telah janji nak bagi peruntukan untuk satu program di Universiti Sains Malaysia dan tak bagi peruntukan… Penjelasan saya adalah nombor satu kalau aktiviti itu berlangsung di Parlimen Jelutong, saya boleh memberi peruntukan tetapi kalau aktiviti itu berlaku di luar Parlimen Jelutong, barangkali besar kemungkinan saya tidak boleh memberi peruntukan.

“Saya mungkin telah nasihatkan mereka untuk pergi jumpa dengan Ahli Parlimen ataupun ADUN kawasan… Universiti Sains Malaysia berada dalam Parlimen Bayan Baru bukan dalam Parlimen Jelutong.Ā 

“Keduanya saya tidak boleh menggunakan peruntukan Lembaga Wakaf Hindu seperti yang saya suka dan saya perlu menerima penjelasan ataupun menerima keputusan ataupun persetujuan daripada semua Pesuruhjaya Lembaga Wakaf Hindu sebelum saya boleh menggunakan peruntukan,” kata Rayer.

Foto: Tangkap layar petikan video dimuat naik Siranjeev Ram di TikTok pada 21 Januari 2025.

Siranjeev bagaimanapun menafikan beliau seorang pelajar USM, sebaliknya meminta Rayer menyemak fakta terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan kerana beliau adalah seorang Pengerusi Community Rising yang membantu pelajar universiti terbabit memohon dana dan bukan pelajar sebagaimana dinyatakan Rayer.

Beliau turut menyoal sama ada benar Rayer ada menasihatkan beliau menghubungi Ahli Parlimen atau ADUN lain berikutan Ahli Parlimen Jelutong itu menyatakan beliau hanya dapat menyalurkan peruntukan di kawasan Parlimennya.

Ini kerana dakwa beliau komunikasi antara mereka selepas Rayer menyatakan persetujuan memberikan dana sebelum ini menunjukkan permintaan itu sedang diproses, tidak ditolak secara rasmi.

Foto: Tangkap layar petikan video dimuat naik Siranjeev Ram di TikTok

“Saya datang sebab portfolio YB sebagai Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang. Adakah YB nak katakan kalau ada yang minta dana wakaf Hindu, mereka kena pergi jumpa MP atau ADUN lain? Ingat, Lembaga WakafĀ  Hindu Pulau Pinang ni bertanggungjawab seluruh negeri, bukan hanya Jelutong.

“Kedua, penggunaan dana Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang. YB kata tak boleh guna dana sesuka hati, kena dapat persetujuan semua pesuruhjaya. Baik, saya faham.

“Tapi, kalau begitu, kenapa komitmen awal diberikan tanpa rujukan lembaga dulu? Janji dibuat dulu, baru cakap soal persetujuan? Tak masuk akal. Lepas tu, bila follow up, pejabat YB yang kata dana tengah proses,” kata Siranjeev.

Foto: Tangkap layar klip video dimuat naik pemilik TikTok @siranjeevram berkenaan isu sama pada 18 Januari 2025.

Justeru beliau mengekalkan tiga tuntutan kepada Rayer iaitu yang pertama berkenaan penjelasan dana– siapa yang bertanggungjawab dalam isu berkenaan dan mengapa komunikasi pejabat Rayer lemah.

Kedua, beliau mendesak laporan kewangan penuh Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang sejak permulaan penggal Rayer didedahkan kepada umum.

“Semua rakyat ada hak tahu ke mana duit itu pergi. Mana transparency? Ketiga, pelan tindakan — Langkah konkrit apa YB akan ambil supaya komunikasi dengan komuniti lebih jelas dan tepat selepas ini?

“Penjelasan YB sangat tidak memuaskan… Ini bukan soal duit masuk ke tak atau saya nak duit untuk program tu… Program dah lama habis dah. Buat apa saya nak minta lagi? Ini isu tentang akauntabiliti dan ketelusan.Ā 

“Sebagai rakyat biasa, saya cuma nak tahu apa yang berlaku bila komuniti datang memohon bantuan…Saya tunggu penjelasan yang jelas dan logik daripada pihak YB… Jika YB ingin berjumpa untuk penjelasan, dipersilakan,” kata Siranjeev. — The Merdeka Times

Author