Connect with us

Terkini

Anthony Loke bersifat terbuka syarikat penerbangan patuh syariah

Kementerian Pengangkutan bersikap terbuka tanpa halangan terhadap syarikat penerbangan di negara ini yang mahu membangunkan modul pematuhan syariah.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Anthony Loke bersifat terbuka syarikat penerbangan patuh syariah
Foto: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
  • Kementerian Pengangkutan bersikap terbuka tanpa halangan terhadap syarikat penerbangan yang mahu membangunkan modul pematuhan syariah.
  • Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata ia terpulang kepada syarikat penerbangan yang mahu mengguna pakai pendekatan terbabit bagi operasi mereka.
  • “Kita tiada halangan bagi syarikat penerbangan ingin mengadakan modul dan pendekatan pematuhan syariah, terpulang kepada mana-mana syarikat penerbangan,” katanya.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan bersikap terbuka tanpa halangan terhadap syarikat penerbangan di negara ini yang mahu membangunkan modul pematuhan syariah.

Menterinya, Anthony Loke, berkata ia terpulang kepada syarikat penerbangan yang mahu mengguna pakai pendekatan terbabit bagi operasi mereka.

“Kita tiada halangan bagi syarikat penerbangan ingin mengadakan modul dan pendekatan pematuhan syariah, terpulang kepada mana-mana syarikat penerbangan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Jamaludin Yahya (PN-Pasir Salak) yang mahu tahu sejauh mana kerajaan menggalakkan syarikat penerbangan yang mahu meletakkan prosedur operasi standard (SOP) berlandaskan syariah.

Jamaludin turut memberi contoh syarikat penerbangan Malaysia Airlines menetapkan SOP bacaan doa dibuat bagi penerbangan ke Jeddah.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *